Bas mini mula diperkenalkan pada 23 September 1975 kemudiannya ditamatkan perkhidmatannya pada 1 Julai 1998 selepas pihak berkuasa menggabungkan perkhidmatan pengangkutan awam di ibu negara pada ketika itu.

sumber: mekanika

Namun selepas 21 tahun dihentikan operasinya, perkhidmatan bas mini akan diadakan semula di ibu negara bermula pada bulan hadapan oleh pihak Rapid KL.

Sememangnya penggunaan perkhidmatan bas mini pada tahun 90-an masih segar dalam ingatan bagi mereka yang sempat merasainya.

 

Jalan Makin Bertambah Sesak?

Pihak Rapid KL yang akan membuat percubaan bas mini ini dari hab Bukit Indah ke Ampang Point dari 1 September hingga 29 November dengan menguji kesesuaian pengunaan bas mini di kawasan kejiranan dengan jalan yang sempit.

Namun, cadangan yang dikemukan oleh pihak Rapid KL itu mendapat pelbagai reaksi dan ada antaranya yang merungut dan bimbang jika diwujudkan bas mini ini, keadaan akan bertambah sesak di kawasan perumahan yang sempit.

Walaubagaimana pun, pihak Rapid KL akan membuat percubaan terlebih dahulu dan jika dirasakan perlu dan sesuai digunakan, mungkin penggunaan bas mini ini akan diteruskan bagi memenuhi permintaan kepada mereka yang memerlukan perkhidmatan ini.

sumber: twitter

Bas mini yang akan diperkenalkan ini mampu membawa seramai 31 orang penumpang dan akan beroperasi dengan kekerapan 15 minit pada waktu puncak dan 25 minit pada waktu biasa dari jam 5.30 pagi hingga 11.40 malam.

 

Pembangunan Pengangkutan Awam Keterbelakang?

Bagi sesetengah pihak pula, merasakan pengenalan bas mini ini menunjukkan sistem pengangkutan awam di ibu kota semakin keterbelakang berbanding negara-negara lain.

sumber: sinar harian

Menurut sumber daripada malaysiakini.com, Ketua Pemuda parti Ikatan Malaysia, Shahir Adnan yang mengatakan kerajaan tidak sepatutnya membuang masa, tenaga dan wang rakyat dengan memperkenalkan semula bas mini dan sebaiknya memulakan operasi perkhidmatan ‘e-hailing’.

Bukan itu sahaja, Shahir juga mempersoalkan bas mini yang dihentikan perhidmatan pada tahun 1998 oleh perdana menteri keempat kerana faktor keselamatan dan kesesakan lalu lintas, tetapi ia dikembalikan semula oleh perdana menteri ketujuh.

sumber: mcrua.org

Mungkin cadangan sesetengah pihak yang mahukan pihak Rapid KL lebih kehadapan dengan mengadakan sistem ‘tramp-train’ seperti di negara maju tetapi bas mini ini juga mungkin dilihat penting bagi mereka yang tinggal di kawasan perumahan yang sempit selain perkhidmatan Gojek yang bakal diperkenalkan nanti.

 

 Satu Usaha Yang Baik

Apa yang dilakukan oleh pihak Rapid KL merupakan satu usaha yang baik dalam membangunkan serta memajukan sistem pengangkutan awam di ibu kota.

sumber: utusan

Penggunaan bas panjang sememangnya tidak sesuai di kawasan perumahan yang sempit dan wajar digantikan dengan penggunakan bas mini ini.

Bukan itu sahaja, pembangunan pengangkutan awam juga amat penting untuk mengurangkan jenis masalah yang berkaitan dengan kesesakan lalu lintas, statistik kemalangan jalan raya, pencemaran alam sekitar dan juga lain-lain lagi.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah pengenalan semula bas mini di ibu kota satu langkah yang ke belakang seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak?
4 votes · 4 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN