Betul lah orang cakap, budak-budak zaman sekarang ini rata-ratanya sudah terlebih berani dan tak padan dengan usia bawah umur.
Ingatkan seusia sebegini hanya tahu bawa basikal lajak merempit di tengah jalan. Tetapi rupa-rupanya ada yang lagi ‘advance’ dengan cuba memandu kereta pula.
Semalam, tular di media sosial mengenai sebuah kisah tragis yang dikongsikan seorang pengguna Twitter mengenai dua kanak-kanak berusia sembilan dan 10 tahun yang membawa kereta diam tanpa pengetahuan ibu bapa.
Menurut perkongsian itu juga, kanak-kanak berusia 10 tahun itu dipercayai telah mengajar seorang lagi kanak-kanak untuk memandu kereta sehingga menyebabkan mereka terlanggar kenderaan jirannya.
Kereta Yang Dilanggar Remuk Teruk
Dalam perkongsian itu juga, kereta yang dipandu kanak-kanak itu dikatakan terbabas dan hampir remuk teruk akibat terlanggar halaman dan merempuh pagar rumah jiran sehingga roboh itupun nasib baik tiada yang tercedera dalam insiden berkenaan.
Ketika usia sebegini, memang tidak dinafikan semua kanak-kanak pasti mempunyai keinginan atau berangan-angan untuk cuba memandu kenderaan walaupun belum cukup umur.
Mungkin mereka menganggap, bila sudah boleh memandu ianya dianggap ‘cool’ namun hakikatnya apabila sudah memegang stereng kereta, kita sebenarnya sudah merisikokan diri kita kepada bahaya.
Salah Siapa?
Kejadian yang berlaku ini telah membuatkan ramai terfikir siapa yang patut dipersalahkan dalam hal ini. Kanak-kanak atau ibu bapa mereka?
Jika hendak menuding jari pada kanak-kanak ini tidak wajar pula kerana semua kanak-kanak ada sifat ingin mencuba yang mungkin mendorong mereka untuk bertindak sedemikian.
Tetapi, sekiranya kesilapan itu secara terang-terangan dilakukan oleh anak mereka, ibu bapa atau penjaga yang sewajarnya bertanggungjawab untuk memantau semua tindak tanduk yang dilakukan anak mereka dan tidak mengambil ringan meletakkan kunci kereta di merata tempat.
Bolehkah Kanak-Kanak Ini Dihukum?
Dalam hal ini, mungkin ramai yang tertanya-tanya adakah kanak-kanak ini boleh dihukum atas kesalahan yang mereka lakukan walaupun masih berada di bawah umur.
Mungkin ada yang mengatakan sekiranya kanak-kanak di bawah umur melakukan kesalahan, mereka akan diberi perlindungan atau pengecualian.
Tetapi sebenarnya, apabila kanak-kanak itu telah mencapai umur 10 tahun, mereka sebenarnya sudah boleh dipertanggungjawabkan dengan kesalahan yang dilakukannya.
Fahami Kesalahan Jalan Raya!
Sekiranya anak-anak ingin mencuba membawa kereta mahupun motor sekalipun, ibu bapa perlu sentiasa ingatkan mereka mengenai kesalahan dan hukuman yang boleh dikenakan sekiranya melanggar undang-undang jalan raya dan memandu di bawah umur.
Dalam undang-undang sudah memperuntukkan sekiranya anak masih berumur 15 tahun ke bawah, anak anda tidak di benarkan memandu motosikal.
Tidak terkecuali juga, sekiranya anak berumur 17 tahun ke bawah, anak anda juga tidak dibenarkan memandu kereta kerana kesalahan memandu di bawah umur sama sekali telah melanggar Seksyen 39 Akta Pengangkutan Jalan yang mana kes akan dihadapkan ke mahkamah.
Bila memandu bawah umur, anda juga akan dikenakan denda RM1,000 atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya sekali.
Jadi ingat, jangan pandang ringan undang-undang keras yang sedia ada di negara kita ini ya!
KATA ORANG
budak 10 tahun ajar budak 9 tahun drive . dik , abang2 kakak2 ada yang dah 20+ pon masih takut nak drive dik . walaupon sebelah ada guru memandu , kadang2 still tersalah nak on signal tapi on wiper , kental betul korang ni 😂
— Nîçkk (@areniqqqqqq) July 3, 2019
apa ke bodoh kau nk belajar sekali pun pergi tanah lapang la kat padang je ni kalau kt jalan biasa memang langgar la
— Uzair (@httpuzair) July 3, 2019
Perghh . aku umur 10/9 thun tkde mse nk main benda ni. Yg aku tau kena bljr nk score UPKK dgn UPSR je🌚
— fadhilahaluwi (@ilaaluwi) July 3, 2019
Aq yg dh ade lesen ni pun still takut2 lg nk bawak kete.. Power kau dik.. Mintak sikit keberanian kau
— anies (@anies1995) July 3, 2019