Dunia kanak-kanak pastinya penuh dengan aktiviti bermain. Namun, dek kerana teknologi yang ada pada hari ini, ada di kalangan mereka menjadi leka bermain gajet hingga membawa kepada kemudaratan.

Sumber: Lobak Merah

Baru-baru ini, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mendedahkan ada kanak-kanak perempuan berusia 10 hingga 14 tahun gemar memaparkan alat sulit mereka di media sosial untuk menjadi tatapan si kaki lucah!

Lebih memeranjatkan, sebuah aplikasi yang dikenali sebagai ‘Bigo Live’ menjadi tempat buat mereka untuk menjual diri demi mendapatkan wang dan meraih mata (point). 

 

WeChat Dan Instagram Juga Berisiko

Gambar sekadar hiasan

Bukan setakat aplikasi di Bigo Live sahaja, malah aplikasi lain seperti WeChat dan Instagram juga antara aplikasi yang sering digunakan si cilik ini untuk menjual diri mereka.

Menurut hasil yang dijalankan mereka, kumpulan kanak-kanak ini juga aktif bersiaran langsung di Bigo Live selama hampir lapan jam sehari pada hujung minggu.

Paling mengecewakan sekali, kanak-kanak ini berubah daripada berpakaian lengkap ketika mula bersiaran pada jam 8 malam, bertukar kepada pakaian yang hanya sekadar ‘cukup syarat’ sekitar jam 2 hingga 4 pagi.

 

Boleh Sumbang Jenayah Pedofilia

Aktiviti tidak sihat sebeginilah secara tidak langsung boleh menarik lebih ramai individu untuk melakukan jenayah pedofilia.

Pedofilia dijelaskan sebagai keinginan golongan lelaki dewasa untuk memenuhi nafsu seksual dengan melibatkan kanak-kanak.

Sumber: Bernama

Meskipun seseorang itu hanya mempunyai keinginan seksual terhadap kanak-kanak, walaupun tanpa menyentuh mereka, dia masih dianggap sebagai pedofilia.

Bayangkan jika si cilik ini menggunakan aplikasi seperti ini dengan menayang tubuh badan mereka kepada individu yang mereka tidak kenali di media sosial, tidakkah ia membawa risiko?

Untuk pengetahuan ramai, terdapat banyak kes culik dan kanak-kanak dirogol di Malaysia yang mana sebahagian besarnya berkait rapat dengan pedofilia!

 

Perlukah Aplikasi Ini Diharamkan? 

Sebenarnya sejak 2017 lagi ramai pihak menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk menyiasat aplikasi ‘Bigo Live’ dan mengambil tindakan segera mengharamkan penggunaan aplikasi tersebut.

Sumber: viva.co.id

Namun, bila mana kes seperti ini timbul, jelas kerajaan tidak mengambil tindakan terhadap aplikasi tersebut walaupun isu itu pernah dibangkitkan sebelum ini. 

Apa yang membimbangkan, aplikasi tersebut boleh dianggap sebagai ‘pelacur media sosial’ yang memberi ancaman kepada generasi muda, terutamanya pelajar sekolah yang mana aplikasi berbentuk ‘live streaming’ itu semakin mendapat perhatian dalam kalangan pengguna media sosial kerana fungsinya yang membolehkan pengguna berinteraksi secara langsung seperti berkenalan dengan rakan baharu atau meluaskan perniagaan mereka.

Tetapi, sebahagian besar pengguna media sosial menyalahgunakan aplikasi tersebut dengan begitu ghairah memberi ‘hadiah’ kepada pemilik akaun ‘Bigo Live’ yang dengan mudah menayangkan ‘aset’ mereka, termasuklah aset yang tidak sesuai untuk ditayangkan. 

 

Ibu Bapa Perlu Pantai Aktiviti Anak

Kita yang dewasa ini pun kadang-kadang cepat leka dengan aplikasi tertentu, inikan pula kanak-kanak. Sebelum ini, pernah ada kes di mana seorang lelaki mengalami masalah rumah tangga selepas isterinya menggunakan aplikasi tersebut.

Si isteri pada mulanya dikatakan hanya memuat turun aplikasi itu untuk suka-suka namun selepas mulai taksub dan mengikut beberapa ‘group’, perangainya mula berubah.

Kejadian ini berlaku di dalam negara kita! Yang dewasa dan sudah berumah tangga pun boleh goyah jiwa bermain aplikasi ini, inikan pula si cilik. 

Sebagai ibu bapa yang prihatin, pantaulah aktiviti anak masing-masing. Kadangkala apabila kita memberi gajet kepada mereka, adakalanya mereka ini akan menyalahgunakan kemudahan tersebut.

Mungkin ada yang kata, tak elok berprasangka buruk terhadap anak sendiri tetapi hakikatnya kita takut mereka ‘terbuat’ benda-benda yang tidak elok.

Anak-anak zaman sekarang ini makin ‘advance’ dalam diam-diam sekiranya tidak dipantau. Jadi, lebih baik kita cegah sebelum terjadi perkara buruk sebegini!

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah ibu bapa yang wajar dipersalahkan dalam hal ini?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN