Baru-baru ini, lima menteri Pakatan Harapan (PH) antara 419 penerima darjat, bintang dan pingat kebesaran Melaka bersempena sambutan ulang tahun ke-80 Yang Dipertua Negeri Tun Dr Mohd Khalil Yaakob.

Sumber: Berita Harian

Lima pemimpin yang menerima gelaran Datuk Seri itu adalah Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Mohd Harun; Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad; Menteri Pembangunan Usahawan Mohd Redzuan Md Yusof; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Dr Mujahid Yusof.

Namun, di sebalik penganugerahan itu, ada segelintir individu terutama pengguna media sosial yang mempersoalkan bakti kesemua pemimpin itu yang dilihat baru lima bulan memegang jawatan selepas PH memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 , yang lalu.

Tidak terkecuali juga, Setiusaha Agung DAP yang juga Menteri Kewangan, Lim Guan Eng turut menegur sikap pemimpin parti itu yang sebelum ini juga belum menunjukkan komitmen serta prestasi kepada rakyat.

Jadi, apabila difikirkan semula, apakah kesemua pemimpin ini diberikan darjah kebesaran disebabkan mereka memberi sokongan penuh kepada kerajaan semata-mata atau kerana jasa mereka kepada negara?

 

Apa Sebabnya Sultan Beri Darjah Kebesaran Kepada Seseorang?

Sumber: BH Plus

Gelaran atau pangkat khas sememangnya sudah lama wujud sejak zaman penjajahan lagi.

Jika dahulu Sultan akan memberi gelaran berbentuk Seri Bija Diraja, Seri Nara Menteri mahupun Seri Nara Diraja tetapi kini gelaran seperti Tun, Tan Sri, Datuk Seri dan Datuk juga akan diberikan oleh Sultan, Seri Paduka dan Yang Di-Pertua negeri masing-masing.

Bukan calang-calang orang sebenarnya yang boleh mendapat gelaran Datuk atau Datuk Seri ini kerana setiap calon akan dilihat dari segi kredibiliti dan sumbangan yang diberikan kepada negara.

Sebelum gelaran pangkat Datuk mahupun Datuk Seri diberikan, satu kertas kerja perlu dibentangkan dahulu sebelum dihantar kepada Setiusaha Kerajaan Negeri (SUK).

Selesai sahaja penilaian dibuat, seseorang itu akan dinilai sama ada benar-benar layak atau tidak untuk diberikan darjah kebesaran daripada aktiviti serta sumbangan yang telah diberikan tidak kira dalam dunia seni, politik dan sebagainya.

 

Gelaran Tidak Diberi Sewenang-wenang

Pasti ada sebab mengapa kelima-lima pemimpin ini diberikan gelaran datuk seri dan ia sebenarnya bukanlah satu gelaran yang diberi secara sewenang-wenangnya.

Mengulas mengenai pertikaian gelaran itu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menjawab bahawa setiap penganugerahan yang diberikan tidak secara sewenang-wenang seperti yang diamalkan oleh kerajaan terdahulu.

Beliau berkata, jika dahulu, mana-mana pemimpin yang memberi sokongan terhadap kerajaan, mereka pasti akan mendapat hadiah.

Tun Mahathir berkata, setiap gelaran yang diberi kepada lima pemimpin tersebut adalah disebabkan jasa dan bakti mereka kepada negara yang mana mereka sememangnya layak untuk menerima darjah itu.

Apabila diimbas kembali sumbangan pemimpin-pemimpin ini, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Mohd Harun sememangnya sejak dahulu lagi telah aktif di dalam dunia politik.

Sumber: Scripters News

Rina Harun yang aktif berpolitik sejak tahun 2002 sebagai Ketua Puteri UMNO Bahagian Sepang juga pernah memegang beberapa jawatan dalam Puteri UMNO termasuk jawatan Exco Puteri UMNO Malaysia pada 2009 sebelum mengundur diri menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia tahun lalu dan memegang jawatan sebagai Ketua Srikandi Bersatu dan turut sama aktif bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Malah, tidak kurang juga bagi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang turut sama berjasa kepada negara memandangkan beliau pernah menjawat jawatan sebagai Pemuda UMNO sebelum menyertai PH pada tahun 1999.

Sebaik beliau menyertai PH, beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Naib Presiden KEADILAN Bahagian Padang Serai serta merupakan Anggota Majlis Tertinggi Parti itu dan kini beliau juga merupakan Setiausaha Agung PH selain memegang jawatan sebagai menteri.

 

Gelaran Datuk Seri Boleh Ditolak

Sumber: Sinar Harian

Bagi pemimpin yang tercalon untuk menerima darjat, bintang dan pingat kebesaran, mereka sebenarnya mempunyai pilihan sama ada mahu menerima atau menolaknya.

Ketua Menteri Melaka yang juga Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari sepatutnya menerima darjah kebesaran itu namun beliau memilih untuk menolaknya atas sebab tertentu.

Walaupun sebelum ini beliau juga bergiat aktif dalam dunia politik, tetapi beliau memilih untuk menolak gelaran itu walaupun tercalon.

KATA ORANG

Fetch Tweets: Invalid or expired token. Code: 89

KATA ANDA

Apa kata anda?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN