Berang apabila kad banknnya tidak dikembalikan oleh mesin juruwang automatik (ATM), seorang lelaki bertindak memecahkan cermin pintu masuk sebuah bank di Jalan Lama Port Dickson.
Lelaki berusia 47 tahun itu dikatakan bertindak membuat kacau terlebih dahulu dengan membaling dan memijak tong sampah sehingga kemek sebelum memecahkan pintu masuk bank.
Pihak Bank Kerugian RM2000
Susulan kejadian itu, pihak Bank hadir ke balai polis membuat laporan.
Kerugian yang dialami oleh pihak bank dianggarkan kira-kira RM2,000.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata kejadian berlaku dalam jam 11.30 pagi, pada awalnya ia berpunca kerana kad ATM suspek telah ditelan mesin ATM.
Pihak bank kemudiannya menyerahkan semula kad ATM kepada suspek, tetapi suspek bagaimanapun mengganggu pelanggan lain yang berurusan dengan bank.
Suspek Ada Rekod Jenayah
Menurut Aidi, anggota Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Port Dickson menahan suspek di Jalan Lama Bandar Port Dickson pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari pada hari kejadian yang sama.
Berdasarkan siasatan awal, suspek yang berasal dari Kampung Arab, Port Dickson mengaku memecahkan cermin pintu bank itu.
Mengikut rekod suspek juga pernah ditangkap tahun lepas atas kesalahan pecah cermin sebuah kedai makanan segera. Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Netizen Dakwa Suspek Jenis Panas Baran
Susulan laporan itu, rata-rata warga netizen beranggapan bahawa suspek ini berkemungkinan seorang yang panas baran. Sukar untuk mengawal emosinya ketika kejadian berlaku.
Hal yang kecil telah diperbesar-besarkan oleh suspek walaupun pihak bank telah menyerahkan kad yang ditelan oleh mesin ATM.
Mungkin suspek ada masalah sehingga dia sanggup bertindak demikian. Atau memang sengaja menimbulkan kekecohan di tempat umum.
Kes Mengamuk Di Tempat Awam
Ini bukan kes pertama kali berlaku di Malaysia. Pada tahun 2017, di Sibu,apabila seorang lelaki mengamuk dengan memecahkan pintu kaca dan beberapa telefon bimbit di dua cawangan sebuah syarikat telekomunikasi.
Lelaki itu kemudian memecut kenderaannya ke sebuah lagi pusat khidmat syarikat telekomunikasi sama di Jalan Keranji dan memecahkan pintu hadapan premis berkenaan.
Sebab bertindak demikian adalah kerana tidak berpuas hati kredit prabayarnya berkurangan sebanyak RM4 setiap hari.
Dan terbaru, ada lelaki mengamuk di tempat awam kerana seorang pemandu wanita tidak memberi signal ketika menukar laluan.
Sebenarnya sikap seseorang itu sendiri yang yang tidak berasa gembira dengan dirinya.
Orang yang tidak gembira dengan dirinya sendiri, menyebabkan ia memberi pandangan negatif kepada orang lain.
Tetapi masyarakat hari ini lebih nak menunjuk keganasan di tempat awam, kononnya nak tunjuk dia boleh bertindak teruk semata-mata untuk menakutkan orang sekeliling.
KATA ORANG
Elok jugak cermin tu pecah. Biar bank ada otak sikit. Servis makin lama makin taik. Aku haritu nk klua duit, tapi duit tk klua. Dlm acc dh tolak. Nasib baik aku tak letupkan je atm machine tu.
— меня зовут zul (@AyieMdYusoff) March 31, 2018
Gara gara kad atm ditelan mesin atm, seorg lelaki merosakkan 7 mesin atm yg tidak bersalah. Moral : jgn main gila dgn kuasa kad atm.
— M (@mgtmuhdnjb_) January 12, 2014
Aku ni kalau dah panas memng x ada rasa tahu mahu nak mengamuk dkt tempat awam.
— ♚ⓟⓛⓝⓐⓗ♚ (@MissPinaH_12) August 1, 2016
Syukur. Hingga julai 2016 aku blm sekali pun mengamuk di tempat awam walaupun org potong baris di tesco. Nampaknya azam aku hampir berjaya.
— aloy paradoks (@aloyparadoks) July 19, 2016