Menggalas tugas bapa bukanlah sesuatu yang mudah. Mencari rezeki, mendidik anak isteri, memberikan keperluan yang secukupnya dan memberikan apa yang terbaik buat seisi keluarga. Hati siapa yang tidak tersentuh tatkala melihat seorang bapa berhempas pulas memerah keringat menceri rezeki.

Sumber: Alibtg

Tidak Ada Istilah Lelah Bagi Bapa

Tipu kalau hendak dikatakan mereka tidak pernah sakit, tidak pernah letih dan tidak pernah kecewa. Namun riak wajah itu tidak akan dipaparkan buat anak isteri. Bagi seorang bapa, kegembiraan yang terpancar dari riak wajah ahli keluarga merupakan kekuatan untuknya menggalas tugas sebagai ahli keluarga.

Tular baru-baru ini kisah seorang bapa yang berhempas pulas menyimpan wang bagi membelikan telefon bimbit buat anaknya. Kejadian dikatakan berlaku di Filipina.

Memetik laporan oh my media, seorang bapa sanggup menyusun wang syiling (dipercayai wang simpanan) di kaunter bayaran kedai telekomunikasi semata-mata bagi melunaskan bayaran harga telefon buat anak lelakinya.

Telefon Bimbit Model Mahal

Tidak dapat dipastikan berapa lama tempoh masa yang diperlukan oleh si bapa bagi menyimpan wang yang mencukupi untuk membeli telefon bimbit yang diminati anaknya. Walaupun bukan iPhone, namun berdasarkan jenis telefon yang dipaparkan mendapati jenis telefon bimbit tersebut boleh dikategorikan sebagai mahal memandangkan ia merupakan antara model terbaru jenama Oppo.

Sumber: Oh My Media

Pada awalnya, kisah ini telah dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial instagram yang bernama hashtag_mccoydl dari Filipina. Dalam hantarannya, beliau melahirkan rasa kagum dengan pengorbanan si bapa yang membelikan telefon bimbit buat anak. Dalam masa yang sama beliau berharap agar dapat bertemu dengan si bapa itu pada masa akan datang.

Sungguhpun kejadian ini berlaku di Filipina, namun perkongsian di halaman media sosial Twitter oleh IzwanHS telah mendapat 16.9 ribu perkongsian dan 13.6 ribu tanda suka. Ia menyebabkan kisah si bapa ini menjadi tular di negara kita.

Bagi warga maya, ramai yang melahirkan rasa terharu terhadap pengorbanan si bapa dalam usaha merealisasikan kehendak anak lelakinya.

Sebagai Anak Hargailah Si Ayah

Dalam dunia hari ini yang penuh mencabar, kita tidak tahu apakah nasib yang akan menimpa keluarga kita pada masa akan datang, lebih-lebih lagi nasib si ayah. Mungkin hari ini mereka masih bersama kita, namun adakah usia dan kesihatan yang diberikan tuhan akan selamanya berkekalan? Sebagai seorang anak, apa yang perlu kita lakukan ialah menghargai ayah.

Tidak semestinya membantu mereka tatkala kita sudah bekerja. Sekiranya kita masih belajar, memberikan khabar-khabar gembira buat mereka juga sudah memadai bagi membuktikan bahawa pengorbanan mereka tidak sia-sia.

Sumber: Sarawak Viral

Jangan Bebankan Bapa Dengan Permintaan Yang Sukar

Berdasarkan kisah yang tular tersebut, rata-rata warga maya memberitahu bahawa si anak sangat beruntung kerana mempunyai ayah yang sanggup berkorban demi kebahagiaan dirinya.

Ada juga yang menasihatkan pada golongan-golongan muda untuk tidak membuat permintan yang bukan-bukan sehingga menyebabkan si bapa bergolok-bergadai untuk memenuhi permintaan mereka.

Kalau si bapa sanggup berhempas-pulas untuk diri kita, adakah kita sanggup melakukan hal yang serupa kepada ibu bapa kita? Sama-sama kita renungkan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda tentang isu ini?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN