Membesarkan anak-anak terutamanya yang masih kecil merupakan tugas yang sangat-sangat mencabar.

Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai anak ramai, dengan keperluan dan kemahuan yang bermacam adakala ibu bapa boleh jadi tertekan.

Namun, itulah lumrah kehidupan apabila kita sudah mempunyai zuriat. Fasa 5 tahun pertama anak-anak sangat penting. Ibu bapa sentiasa dinasihatkan untuk menjalankan tugas mereka dengan baik tanpa mengeluh agar anak-anak tidak merasakan diri mereka seperti beban kepada ibu bapa.

Malahan mereka juga akan membesar dengan gembira.

Namun dalam mengalas tanggungjawab harian terhadap anak-anak, ada sesetengah pasangan yang agak culas dan melepaskan semua tugas menguruskan anak-anak kepada si isteri.

Malah sebelum ini, ada wanita yang diceraikan hanya kerana meminta bantuan suaminya untuk membersihkan najis anak mereka.

Namun terbalik pula dengan pengakuan seorang ibu yang mempunyai 3 orang anak perempuan ini. Suaminya sangat rajin membasuhkan najis anak-anak tanpa perlu disuruh.

Isteri mana yang tidak gembira jika suami menunjukkan rasa prihatin sebegitu.

Namun yang musykilnya, anak-anak mereka akan menangis setiap kali bapa mereka yang basuhkan najis mereka. Dan bila ditanya masing-masing hanya mendiamkan diri.

Si ibu yang nekad untuk membawa anak-anaknya berjumpa doktor terkejut apabila doktor mengatakan bahawa terdapat kecederaan pada kemaluan anak-anak mereka.

Rupanya bapa mereka yang kononnya sungguh rajin membantu isteri menguruskan anak tergamak mencabul anak-anak perempuannya sendiri.

Akhirnya, si isteri nekad menuntuk fasakh dan kesal akan trauma yang akan menghantui kehidupan puteri-puterinya sehingga mereka dewasa.

Jijik sungguh perlakuan si ayah. Oleh itu, para isteri dan si ibu perlu sentiasa memantau setiap gerak geri mahupun respon yang diberikan anak-anak mereka ketika bersama bapa.

Bukan kita nak bersikap derhaka mahupun biadap, namun tidak ada yang mustahil sekarang.

Di zaman yang semakin maju ni, pelbagai ragam manusia semakin pelik dan di luar kotak pemikiran manusia normal.

Anak-anak tidak dilihat lagi sebagai amanah malah mereka dijadikan tempat menempiaskan nafsu syaitan bapa yang durjana.

 

Bapa Terangsang Anak Duduk Atas Peha

Sebelum ini, terdapat juga aduan yang dibuat seorang ibu muda yang kononya dia sentiasa perasan kemaluan suami seolah-olah terangsang apabila si suami bermain ataupun bergurau dengan anak perempuan mereka.

Lebih-lebih lagi apabila anak perempuannya baring diatas ayahnya ataupun duduk di atas peha sambil melompat-lompat.

Bukan ingin berburuk sangka namun hati si isteri seperti dapat merasakan sesuatu yang pelik. Namun ada juga yang mengatakan kalau tahan kencing pun kemaluan lelaki akan nampak seperti terangsang.

Ramai yang mencadangkan untuk dia meletakkan kamera litar tertutup agar dapat membongkar jika suaminya betul-betul ada melakukan perkara yang tidak baik terhadap anak mereka.

 

Didik Anak Perempuan Batas Aurat Dan Pergaulan Sejak Kecil

Di dalam Islam sendiri, anak-anak perempuan mahupun lelaki sudah diletak garis panduan untuk mereka dari aspek penjagaan batas aurat ketika berada di kalangan ahli keluarga mahupun orang luar.

Lebih-lebih lagi untuk anak perempuan, pakaian yang disarankan untuk mereka adalah pakaian yang longgar dan tidak menampakan susuk tubuh badan agar tidak menaikkan nafsu orang sekeliling tanpa sengaja.

Mungkin anda akan rasa ‘Ish, takkan la bapa sendiri bernafsu tengok anak’ ataupun ‘abang dan adik membesar sama-sama,mustahil abang boleh bernafsu tengok adik’.

Namun, itulah realiti kehidupan sekrarang.

Masalah haruan makan anak, dan sumbang mahram antara abang dan adik semakin berleluasa sehinggakan ada yang hamil anak luar nikah.

Mengapa ini terjadi? Salah ibu bapa? Atau anak-anak yang terlebih maju dari segi permikiran dan pergaulan?

Sejak dari kecil, ibu bapa dan orang sekeliling perlu sentiasa mendidik anak-anak secara langsung ataupun tidak langsung tentang isu-isu sensitif ini.

Apa bahagaian yang boleh dilihat orang, apa yang perlu disorok. Malah adab-adab pergaulan juga perlu dididik tegas agar tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku.

Rotan lah jika perlu, selagi mereka masih boleh dilentur.

 

Pilih Lah Suami Dengan Betul Selagi Sempat

Bagi wanita, dalam kita memilih suami janganlah pernah terburu-buru. Jangan pernah tertipu dengan gambar-gambar manis mahupun ‘relationship goal’ yang hanya memaparkan satu sisi perkahwinan.

Banyak bertanya dan yang penting sentiasa utamakan pendapat ibu bapa anda.

Dalam kita memilih suami, pastikan anda selidik terlebih dahulu peribadi dan latar belakang mereka dengan bertanya kepada rakan-rakan mahupun ahli keluarga.

Selagi belum mengikat tali pernikahan, anda berhak memilih lelaki yang terbaik agar kelak masa depan anda dan anak-anak terjaga baik.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa kata anda?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN