Sumber: Berita Harian

Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) akan menyalurkan dana yang dikumpulkan untuk Khaeryll Benjamin Ibrahim atau dikenali sebagai Benjy melalui koperasi pegawai penjara di tempat pelakon terbabit ditahan.

Presiden Seniman, Zed Zaidi berkata, setiap wang yang dikumpul bagi menampung perbelanjaan Benjy di penjara Tanjung Gusta, Medan, Indonesia juga akan direkod dan diaudit Seniman untuk memastikan tiada sebarang kepincangan.

Sumber: www.mhetv.my

Setakat ini hasil kutipan sudah mencecah RM5,000, sumbangan diperoleh daripada rakan-rakan artis dan orang ramai.

Zed mengulas demikian sebagai meyakinkan orang ramai sekiranya mereka ingin turut sama menyumbang bahawa dana berkenaan bukan untuk kepentingan peribadi.

Sebelum ini, Seniman telah melancarkan Tabung Prihatin Seniman Khas Untuk Benjy dan Larian Seniman 2.0 di Tourism Biro Kuala Lumpur.

 

 

Zed Zaidi Tunaikan Permintaan Ibu Benjy

Menurut Zed, bantuan Seniman terhadap Benjy ini bukan bermakna pihak mereka menyokong perilaku artis dalam kes-kes berkaitan dadah tetapi atas sifat kemanusiaan terhadap kesihatan Benjy ketika ini.

Sumber: Selebriti Hatiku

Ulas Zed, ketika ibunya, arwah Azean Irdaawaty berperang melawan kanser, beberapa kali Seniman datang membantu, malah arwah pernah berbisik pada Zed supaya tengok-tengokkan Benjy dan sekarang beliau cuba tunaikan amanat primandona itu.

Katanya, yang salah tetap salah, beliau tidak menyokong perbuatan Benjy, kerana dia pun sedang menanggung hukuman tetapi Seniman bantu atas dasar kebajikan, kesihatan dan tanggungjawab Seniman sebagai persatuan artis.

 

Bantuan Untuk Perubatan Dan Makanan Semasa Dipenjara

Benjy didakwa mengidap asma kronik dan mungkin berdepan risiko penyakit tibi sekiranya dia tidak dirawat dengan segera.

Seniman sebelum ini memaklumkan daripada keseluruhan perbelanjaan RM1,000, sementara RM600 daripadanya akan digunakan bagi tujuan menampung kos perubatan Benjy manakala selebihnya untuk hal-hal kebajikan.

Menjelaskan lebih lanjut kata Zed, niatnya adalah untuk sedaya-upaya membantu meringankan kos sara diri ditanggung Benjy.

Disebabkan Benjy bukan warganegara Indonesia, Benjy perlu membayar lebih untuk kos perubatan manakala makanan pula tak cukup disebabkan kapasiti banduan di penjara berkenaan.

 

Dipenjara Kerana Kes Dadah

Sumber: Malaysia Gazette

Benjy dihukum 11 tahun penjara atas kesalahan menyorokkan 4.5 gram methamphetamine atau syabu di bahagian dubur ketika berkunjung ke Medan, Indonesia pada April 2017.

Pada 11 Mac 2010,Benjy ditahan bagi membantu siasatan penemuan makmal memproses dan membungkus dadah. Polis menemui 850 gram kokain dan 140 gram syabu bernilai RM 650,000 .Dia ditahan bersama teman wanitanya di sebuah unit kondominium disewanya di Jalan Segambut, Kepong .

Pada 17 Ogos 2011 pula, pelakon itu didenda RM5,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas didapati bersalah atas tuduhan memiliki syabu seberat 0.24 gram yang ditemukan di rumahnya di Kondominium Menara Duta 2.

Pada 5 Mac 2015, Benjy ditahan bersama seorang wanita di Hainan, The Reeds Boutique Hotel, selepas polis menemukan dadah jenis methamphetamine anggaran berat 9.33 gram.

Pada 27 Mac 2015, Benjy ditahan kerana memiliki dadah untuk kali ketiga. Pihak polis menemukan satu beg di tempat letak kaki bahagian pemandu. Di dalamnya terdapat empat peket plastik mengandungi dadah disyaki syabu anggaran berat 52.27 gram.

 

Netizen Tidak Berpuas Hati

Sumber: Malaysiakini

Bantuan kewangan yang dihulurkan kepada Benjy nampaknya mendapat kritikan daripada netizen yang tidak berpuas hati.

Mereka menganggap Benjy sebagai sampah masyarakat yang tidak perlu dibantu kerana itu hukuman sewajarnya perlu diterima Benjy kerana kesalahan yang telah dilakukannya selama ini.

Benjy pernah dibebaskan tetapi tidak mengambil iktibar yang sebelum ini, sebab itu netizen menganggap bantuan kewangan tersebut tidak patut.

Ia sepatutnya dihulurkan kepada artis veteran yang sudah lama tidak beraksi di industri hiburan atau hulurkan bantuan berkenaan kepada mereka yang sangat memerlukan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah bantuan kewangan dihulurkan kepada Benjy ketika berada di penjara?
19 votes · 19 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN