Selepas dikiritik soal pendapatan peneroka Felda, bekas pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman secara sinis membalas hentaman tersebut dengan ucapan terima kasih.

Sumber:Suara Pakatan Daily

Ia susulan Ketua Pemuda Umno Bahagian Pengerang, Aznan Tamin mendakwa gaji peneroka Felda kini hanya RM400 sebulan bawah pemerintahan Pakatan Harapan (PH).

Katanya, peneroka sudah merasa kesannya dan generasi baharu pun sudah mula merasai apabila ketiadaan pelbagai insentif termasuklah dengan penurunan harga sawit terumbang ambing.

Pendapatan mereka yang sebelum ini lebih RM3,000, kini hanyalah RM400 sebulan.

Sumber;The Malaysian Times

Bidas Mazlan, langkah yang lebih baik perlu diambil oleh ketua Pemuda Umno ialah membantu Felda mengatasi masalah tenaga kerja dengan menyediakan tenaga buruh di kalangan anak generasi Felda di kalangan Pemuda Umno.

 

Jangan Tunding jari, Cari Jalan Penyelesaian

Mazlan bagaimanapun menegaskan isu Felda memerlukan politik solusi, bukan menuding jari kepada arah yang salah.

Beiau melihat perkara ini boleh diselesaikan tetapi mengambil masa dan tidak boleh terburu-buru kerana ia perlu mengambil kira semua peneroka di negara ini.

Sumber:FMT

Menurutnya, selain masalah bebanan hutang yang sedang dibaiki Felda yang kini di bawah seliaan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi juga sedang menyelesaikan kegagalan program Perumahan Generasi Baru Felda (PGBF) dan mengumumkan skim pendidikan bagi anak peneroka.

Walau apa pun alasan yang diberikan Mazlan,solusi masalah yang dialami peneroka Felda perlu dititip bertakan, jangan sekadar berjanji untuk menang pilihanraya, bila menag nasib peneroka pula terabai.

Sumber:Ibnu Hasyim

Kotakan janji yang telah dibuat sepanjang menajdi pembangkang sebelum ini, sepatutnya apabila sudah memerintah penyelesaian konkrit perlu dicari, bukan hanya mengeluarkan kenyataan balas kosong sebegini.

 

Musim Kemarau Punca Hasil Komuditi Kurang

Memetik kenyataan anggota Jawatankuasa Anak, R Thangam, dakwaan yang dibuat pemuda Umno itu dianggap sebagai fitnah yang sengaja dibuat-buat bagi mengelirukan rakyat.

Sumber:bharian.com.my

Thangam berkata peneroka kini mengalami kekurangan hasil kerana buah yang berkurangan.

Keadaan sekarang perlu difahami oleh setipa pihak, punca hasil kurang kerana musim ‘kemarau’ bagi kelapa sawit.

Dan hasilnya akan berkurang, namun tidaklah seteruk RM400 sebulan. Pendapatan peneroka masioh ditangga Rm1,200 hingga RM1,500 sebulan.

Beri Masa Kerajaan PH Baiki Kepincangan Dalam Felda

Umum tahu kepincangan yang berlaku dalam Felda disebabkan oleh kerajaan terdahulu dibawah pemerintahan Najib Razak. Bukan menunding jari tetapi ia adalah fakta.

Sumber:myKMU

Najib telah meranapkan Felda dan tempiasnya terkena pada peneroka Felda.

Dan kerajaan PH melalui Kementerian Kewangan menyediakan peruntukan khas berjumlah RM77 juta untuk membantu peneroka Felda melunaskan bayaran tertunggak.

Peruntukkan itu termasuk bayaran khairat kematian berjumlah RM1.2 juta melibatkan waris kepada 120 peneroka yang telah meninggal dunia.

Bayaran tunggakan berjumlah RM43 juta kepada Felda Technoplant Sdn Bhd bagi kerja operasi pembangunan ladang peneroka.

Sumber:Bank Negara Malaysia

Bayaran sara hidup dan pendahuluan hasil tanam semula berjumlah RM32.8 juta untuk 38,000 peneroka.

Diharapkan kementerian yang bertanggungjawab menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin membantu peneroka Felda, jangan macam kerajaan sebelumnya.

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Patutkan Mazlan dipersalahkan, sedangkan seliaan kewangan Felda dibawah tanggungjawab Kementerian Hal Ehwal Ekonomi?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN