Trend berbuka puasa beramai-ramai di kawasan lapang di bulan Ramadan sudah menjadi ‘acara wajib’ bagi umat Islam di Malaysia.

sumber: twitter MBSA

Kawasan-kawasan yang sering menjadi tumpuan ialah di Dataran Merdeka, Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Padang Majlis Perbandaran Kuantan  (MPK), Dataran Shahbandar, dan Dataran Putrajaya.

Menariknya, di Terengganu telah wujud satu kawasan baharu untuk mereka berbuka puasa beramai-ramai iaitu di Pesisir Payang- Dataran Shahbandar yang berlatar belakangkan jambatan angkat yang menjadi kebanggaan rakyat di negeri itu saat ini.

 

Tak Guna Bangunan Lawa, Sampah Tak Pandai Buang

Keindahan sekitar jambatan angkat atau dikenali sebagai ‘drawbridge’ yang kini menjadi ikon di negeri Terengganu sayangnya telah dicemari dengan sampah sarap.

Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan kawasan lapang yang digunakan untuk orang ramai berbuka puasa tersebut telah dicemari dengan sampah menerusi akaun rasmi Facebook milik Lokman Hamid dan juga Shaharudin Hashim.

 

 

 

Menerusi rakaman video yang dikongsi di Facebook Shaharudin Hashim itu, menunjukkan sampah-sampah yang bertaburan di kawasan sepanjang Pesisir Payang. Difahamkan sumber yang membuat rakaman ini sedang membawa pelancong menaiki botnya dan kecewa dengan sikap masyarakat yang tidak menjaga kebersihan. 

 

Agih Plastik Untuk Beri Kesedaran

 

 

Selepas sahaja kecoh berkenaan isu sampah di pesisir Payang- Dataran Shahbandar, telah ada usaha untuk memberi kesedaran kepada pengunjung yang memilih kawasan berkenaan untuk berbuka puasa.

Menerusi laman Facebook rasmi Amazing Terengganu, katanya usaha murni tersebut datang daripada pihak Jabatan Kesihatan Persekitaran MBKT.

Namun ada juga yang memberi cadangan untuk menyelesaikan masalah sampah ini antaranya:

 

Jambatan Angkat Sudah Boleh Guna

Sudah pasti ramai yang ternanti-nanti bilakah masanya untuk jambatan angkat ini boleh digunakan.

sumber: malaysia gazette

Menurut sumber dari media, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk A. Rahman Yahya memberitahu jambatan angkat Kuala Terengganu itu akan dibuka untuk sesi ujian selama 13 hari bermula pada 2 Jun 2019.

Pembukaan jambatan angkat yang sepanjang 638 meter itu bertujuan untuk melancarkan aliran trafik di bandar raya itu sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Namun, jambatan tersebut akan ditutup semula untuk memperkemaskan operasinya terutamanya pemasangan papan tanda dan dijangka kembali beroperasi sepenuhnya pada akhir bulan Jun nanti.

Uniknya, jambatan ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian utara dan juga selatan di mana bahagian utara menempatkan restoran di tingkat 14 dan selatan pula terdapat galeri.

Jambatan angkat yang menghubungkan Muara Selatan Pusat Bandaraya dan Muara Utara Seberang Takir (Kuala Terengganu – Kuala Nerus) menjadi sebuah destinasi baharu untuk pelancong tempatan mahupun luar negara bergambar.

 

Anjur Pertandingan Untuk Promosikan Jambatan Angkat 

Jabatan Perlancongan Negeri Terengganu sedang menganjurkan pertandingan Foto-Video Terengganu Iconic Drawbridge pada 5 Mei sehingga 30 Jun 2019.

Bukan itu sahaja, terdapat tiga kategori pertandingan iaitu kategori fotografi, kategori video pendek dan kategori telefon pintar.

Jadi kepada mereka yang berminat, boleh ke laman Facebook rasmi Jabatan Perlancongan Negeri Terengganu untuk keterangan lanjut.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, apakah cara yang dirasakan terbaik untuk mengatasi masalah sampah di kawasan yang digunakan untuk berbuka puasa secara beramai-ramai?
12 votes · 12 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN