Â
Aduan mengenai peningkatan bil elektrik pada bulan ini telah menyebabkan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin mengarahkan Suruhanjaya Tenaga (ST) menyiasat punca di sebalik kejadian ini.
Ia susulan rungutan dari orang ramai berkenaan kenaikan bil yang sangat mendadak. Seramai 300 pengadu mempersoalkan kenaikan bil sedangkan penggunaan pada kadar yang sama seperti bulan sebelumnya.
Bagi pengguna di Melaka, mereka merasai kenaikan caj bil selepas penukaran meter lama kepada meter pintar.
Sah Kecuaian TNB
Pada mulanya, Tenaga Nasional Berhad (TNB) tidak mengakui kesilapan dari pihaknya, malah meminta pengguna menyemak sendiri bil mereka di pejabat TNB. Namun berdasarkan siasatan yang dilakukan oleh ST, telah mengesahkan berlaku kecuaian teknikal sehingga menyebabkan bil elektrik pengguna melambung tinggi.
Ia menamatkan spekulasi yang ditimbulkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kenaikan surcaj menjadi punca kenaikan bil baharu. Ini kerana tarif bil masih lagi sama cuma kiraan yang dilakukan oleh TNB pada bil kurang tepat.
Memetik laporan dari Malaysia Gazette, ST telah memanggil TNB dalam satu mesyuarat tergempar bagi mendapatkan penjelasan. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Bee Yin selaku pihak kementerian.
Kementerian Tidak Bepuas Hati Penjelasan TNB
Walau bagaimanapun, tiga penjelasan yang dikemukakan oleh pihak TNB tidak menggembirakan pihak kementerian memandangkan penjelasan yang diberikan hanyalah berdasarkan perspektif TNB semata-mata.
Malah, kecuaian kesilapan teknikal TNB dalam caj tarif elektrik telah menyebabkan orang ramai menjadi mangsa. Jelas ia merupakan suatu penganiayaan kepada orang ramai. Persoalannya, kenapa orang ramai perlu dimangsakan disebalik kesalahan teknikal TNB?
Sedangkan berdasarkan laporan Utusan Malaysia, pendapatan TNB bagi suku pertama 2019 mencecah RM13.24 bilion. Adakah keuntungan tersebut tidak mencukupi bagi TNB sehingga terpaksa ‘menjerut’ lagi pengguna? Ini yang menimbulkan kemusykilan.
Tindakan Mahkamah Boleh Dikenakan
Justeru, Bee Yin meminta TNB untuk memenuhi standard prestasi pembekalan dan perkhidmatan pengguna elektrik. Malah satu notis daripada ST boleh dikeluarkan kepada TNB untuk mengambil langkah segera menangani masalah berbangkit.
Sekiranya tidak, ST akan bertindak di sebalik ketidakpatuhan termasuk pendakwaan di mahkamah mengikut Seksyen 9C Akta Bekalan Elektrik 1990 yang digunapakai TNB.
Apa yang berlaku kepada TNB selama ini memberi gambaran jelas kepada rakyat bahawa TNB lebih banyak mengambil kesempatan daripada pengguna berbanding membantu.
Perkara Yang Tidak Dilakukan Sewaktu Zaman BN
Pujian harus diberikan kepada pihak kementerian kerana pantas dan tegas dalam mengambil keputusan. Tindakan seperti ini tidak pernah berlaku sewaktu pemerintahan BN.
Pemerintah pada ketika itu seolah-olah seperti mengabsahkan segala tindak-tanduk TNB tanpa ada siasatan yang sewajarnya. Malah, menggunakan alasan subsidi kerajaan sebagai cara untuk mengelak dari melakukan tindakan.
Ketegasan pihak kementerian jelas sebagai satu bentuk amaran kepada TNB agar tidak sewenang-wenangnya menaikkan bil pengguna sesuka hati. Sedangkan mereka merupakan satu-satunya pembekal tenaga elektrik yang memonopoli tenaga elektrik di seluruh Malaysia.
Mereka perlu ambil iktibar di sebalik apa yang terjadi kepada SYABAS yang sering mengenakan caj air yang tinggi kepada pengguna sehingga menyebabkan kerajaan negeri Selangor terpaksa bertindak mengambil alih pengurusan air negeri untuk kebajikan rakyat sehingga ke hari ini.
KATA ORANG
Apakah... TNB ni syarikat baru ke? Tak akan lah benda 'kecuaian teknikal' macam ni boleh berlaku. Di seluruh negara pulak tu.
— hambaturmizi (@HambaTurmizi) May 29, 2019
Gaji juta2 kira bil pun tak betul - tak layak CEO ni kekal di TNB
— Haji [email protected] (@HajiMat5) May 29, 2019
Suruhanjaya Tenaga beri tempoh 14 hari siasat punca bil elektrik tinggi. - Yeo Bee Yin
Terdapat kecuaian teknikal dan TNB perlu bertanggungjawab terhadap isu kenaikan bil elektrik. - Yeo Bee Yin pic.twitter.com/KrwlMlDIEE
High time to audit TNB... Sepatutnya TNB diserapkan pd government.. Sebab kadar electric x mesra rakyat
— nurul (@nurul9989) May 28, 2019
Ini akibatnya bila satu syarikat utiliti tenaga yg me monopoli keseluruhan market domestik dari penjanaan kpd pengagihan kpd delivery. The ministry better look up for a good model in other countries as an alternative. Many had suffered.
— Dyne Smyle (@DyneSmyle) May 28, 2019