Semalam, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dikatakan sedang memperinci cadangan untuk memberi insentif atau pengurangan cukai kepada rakyat Malaysia yang berjaya membakar kalori di dalam badan.

Sumber: HealthWorks.my

Cadangan itu dibuat memandangkan Malaysia masih berada di kedudukan tertinggi dalam rangking diabetis dunia.

Walau bagaimanapun, cadangan yang dibawa oleh beliau ini dilihat terus menjadi bualan hangat netizen dengan ada yang menyokong dan tidak kurang juga yang membantahnya.

 

Bukan Satu Idea Yang Baru

Sumber: Menit info

Tahukah anda bahawa satu daripada empat penduduk di negara ini menghidap diabetes, menjadikan Malaysia sebagai salah satu negara yang mempunyai pesakit diabetes paling tinggi di dunia?

Malah, statistik Kajian Morbiditi Kebangsaan 2015 menunjukkan pesakit diabetes yang berumur 18 tahun ke atas berjumlah 3.5 juta orang, manakala pesakit yang paling muda berusia dua bulan.

Besar bukan angka itu?

Sumber: https://lelakisihat.com

Walaupun pelbagai kempen mengenai bahaya diabetes diperluas kepada orang ramai, namun masih ramai mengendahkan bahayanya penyakit ini.

Sehinggakan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bercadang melaksana idea seperti ini untuk dilaksana di Malaysia!

Melihat kepada cadangan yang dibawa KBS, mereka tidak hanya melihat kepada pengurangan cukai berdasarkan kepada jumlah kalori itu tetapi turut meneliti kerjasama dengan pihak swasta untuk mewujudkan skim yang lebih menyeluruh.

Skim tersebut meliputi syarikat-syarikat insurans yang menawarkan pelbagai insentif kepada pengguna yang membakar sejumlah kalori setiap hari, setiap bulan.

Sumber: Wareable

Sepertimana negara maju di Amerika Syarikat, syarikat teknologi yang menawarkan produk jam kesihatan dilihat bekerjasama dengan pelan kesihatan individu dan insuran hayat sebagai mekanisme untuk menawarkan insentif tertentu kepada pengguna mereka.

Mungkin, Malaysia juga boleh mengambil pendekatan seperti ini bagi menggalakkan orang ramai ke arah budaya sihat dengan cara memberi insentif serta pengurangan cukai kepada mereka.

 

Sukar Dilaksana Sekiranya Tabiat Pemakanan Rakyat Malaysia Tidak Diubah  

Sumber: Free Malaysia Today

Mungkin ya, mungkin tidak cadangan itu dilaksanakan. Namun, adakah ia satu langkah yang baik bagi mengurangkan masalah diabetes dalam kalangan rakyat secara keseluruhannya?

Meskipun cadangan ini dilihat baik untuk memupuk orang ramai ke arah budaya sihat, namun sekiranya tabiat pemakanan rakyat tidak diubah, tiada gunanya juga.

Bila bercakap mengenai makanan, kita pasti akan makan mengikut suka dan mengikut selera tanpa mempedulikan jumlah kalori yang terdapat di dalam setiap sajian tersebut.

Sudahlah banyak restoran mamak, restoran makanan segera dan gerai makan yang dibuka 24 jam membolehkan orang ramai menjamu selera hampir sepanjang masa.

Sumber: Free Malaysia Today

Ditambah pula dengan pengaruh sosial media yang sering dibanjiri dengan makanan ‘viral’ , secara langsung menyebabkan kadar obesiti di Malaysia adalah yang tertinggi di Asia.

Justeru itu, rakyat Malaysia perlu diberi kesedaran mengenai bahaya diabetes dengan cara didik mengenai tabiat pemakanan terlebih dahulu.

Apa-apa pun, sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai jumlah kalori di dalam setiap makanan, anda boleh rujuk laman web ini http://www.jomdiet.com/senarai-kalori-malaysia/ atau http://www.myhealth.gov.my/garis-panduan-diet-malaysia-14-mesej-utama/ .

KATA ORANG

KATA ANDA

Rakyat Malaysia mungkin dapat menikmati pengurangan cukai dengan membakar lebih banyak kalori dalam badan. Apa pandangan anda?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN