Baru-baru ini telah tular beberapa video pembakaran Jalur Gemilang di Filipina yang berdurasi 19 minit 50 saat dan tiga minit 18 saat. Tindakan itu telah dilakukan oleh Elly Pamatong yang mendakwa dirinya sebagai pengasas United States Allied Freedom Fighters of The East (USAFE) mengeluarkan kenyataan-kenyataan anti Malaysia sebelum bertindak membakar Jalur Gemilang.
Video kontroversi tersebut dimuat naik ke akaun Facebook βPresident Pamatong Supportersβ pada 19 dan 21 Januari yang lalu namun tular di Malaysia baru-baru ini.
Desak Filipina Bertindak
Wisma Putra dalam satu kenyataan menegaskan, Malaysia mengutuk tindakan tersebut, dan menganggap komen anti-Malaysia yang dibuat oleh individu tersebut adalah jelek serta tuduhan yang dilontarkan sangat tidak berasas.Wisma Putra berkata tindakan membakar bendera Malaysia sebagai satu insiden yang serius. Bendera merupakan simbol negara yang suci dan harus dihormati.
Kerajaan Malaysia menggesa Filipina ambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap Pamatong bagi memastikan insiden sama seperti itu tidak berulang kerana dikhuatiri akan menjejasan hubungan baik dua hala yang terjalin selama ini.
Kontroversi Ely Pamatong
Ely Pamatong merupakan seorang peguam, ahli politik yang pernah bertanding sebagai calon presiden Filipina pada tahun 2004 dan 2010. Ely Pamatong pernah ditangkap kerana didakwa terlibat dalam pengeboman Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino.
Β
Selain itu, Pamatong juga pernah membakar bendera negara China semasa kempen pilihanraya calon presiden. Tindakan tersebut merupakan isytihar perang olehnya terhadap China dengan dakwaan menceroboh Filipina di Zambales dan wilayah Davao di Mindanao.
Dalam video yang tular baru-baru ini, Pamatong mendakwa tindakan membakar bendera Malaysia sebagai tanda protes terhadap kewujudan Undang-Undang Organik Bangsamoro yang merupakan idea dari Malaysia. Pamatong turut mendakwa undang-undang tersebut akan menjadi seperti tembok besar seperti Tembok Berlin dan Tembok Besar China.
Jaminan Filipina Bertindak
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Filipina, insiden pembakaran Jalur Gemilang itu dilakukan oleh individu yang dikenali telah banyak melakukan tindakan-tindakan kontroversi.
Pihak kedutaan tidak bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh individu terbabit sehingga menyinggung perasaan rakyat Malaysia. Tindakan yang dilakukan oleh individu terbabit tidak mewakili pemerintah Filipina.
Ketika ini pihak berkuasa Filipina di Manila sedang melakukan penyiasatan terhadap perkara tersebut dan akan mengambil tindakan yang sepatutnya. Pihak kedutaan Filipina juga memberikan jaminan dan komitmen kerajaan tersebut bagi memperkukuhkan hubungan dua hala antara Filipna dan Malaysia.
KATA ORANG
BAKAR BENDERA MALAYSIA, MALAYSIA MAHU FILIPINA AMBIL TINDAKAN TERHADAP PAMATONG https://t.co/Cd2QqVJp99
— NaimKepong (@KepongNaim) February 8, 2019
@cia kerajaan, rakyat filipina protes, bakar bendera negara dia..@MossadNews boleh gunakan filipina untuk serang negara dia https://t.co/0b0RieN03i
— βπππβπππβππ€π€π€βπβπβππππβπβπ (@Xxxxxx88035919) February 8, 2019
Tahu la tahun tahun babi tapi perangai tu jgnla ikut perangai macam babi. Sial. Apa perasaan korang bila kami bakar bendera korang #filipino #pig pic.twitter.com/mniIu3StJh
— Ayxna_norfika (@AyxnaN) February 8, 2019
kami jaga arroyo disini di balas dgn bendera di bakar https://t.co/htYVSvGbGp
— hajime (@AmirZamri) February 7, 2019