Mungkinkah zaman kemuncak kegemilangan perkhidmatan seru pandu (e-hailing) bakal terlungkup? Persoalan ini timbul selepas syarikat penyedia perkhidmatan Grab bakal dikenakan denda oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).

Jumlah denda bukannya sedikit. Menurut MyCC, Grab bakal dikenakan denda sebanyak RM86.77 juta. Selain denda, Grab juga bakal dikenakan penalti kewangan harian sebanyak RM15,000 sehari bermula hari ini. Ia berikutan Grab didakwa menyalahgunakan kedudukan dominannya melalui pengenaan beberapa klausa.

Sumber: Bernama News Channel

Grab Mengubah Klausa Sewenang-Wenangnya

Berdasarkan laporan Astro Awani terdapat beberapa penyalahgunaan klausa yang dilakukan oleh pihak Grab. Antaranya ialah membataskan pemandu daripada mempromosi dan menyediakan perkhidmatan pengiklanan kepada pesaing Grab dalam perkhidmatan e-hailing dan pasaran pengiklanan media transit.

Tindakan Grab bukan sahaja mempunyai kesan kepada pemandu e-hailing dan pesaing, dalam masa sama memberikan kesan jangka masa panjang kepada pengguna.

Dalam masa yang sama terdapat pelbagai aduan yang diterima oleh pihak MyCC terhadap perkhidmatan Grab. Hal ini telah menyebabkan MyCC perlu menjalankan siasatan.

Grab Telah Memonopoli Perkhidmatan Seru-Pandu

Penggabungan antara Grab dan Uber pada hujung Mac 2018 lalu telah menjadikan syarikat e-hailing itu sebagai pemain dominan di dalam pasaran. Hal ini menyebabkan wujudnya pelbagai aduan lantas menyebabkan MyCC perlu bertindak.

Sumber: Astro Awani

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, Iskandar Ismail, cadangan yang dikemukakan olehnya adalah jelas, selaras dengan Seksyen 36 AP 2010.

Ia merupakan notis bertulis yang menampilkan fakta-fakta yang membolehkan MyCC menilai dan menyatakan sebab-sebab ke atas keputusan yang dicadangkan.

Diberi Tempoh Selama 30 Hari

Ini kerana notis yang dikeluarkan kepada syarikat Grab bertujuan membantu mengemukakan representasi serta sebarang maklumat lain bagi menyokong representasi mereka kepada MyCC.

Pun begitu, ini bukanlah keputusan akhir MyCC. Grab masih diberikan tempoh selama 30 hari untuk memberikan representasi kepada MyCC. Berikutnya, MyCC akan mengeluarkan keputusan akhir di bawah Seksyen 39 atau 40 AP 2010 setelah menilai kesemua representasi serta maklumat dan bukti yang diketengahkan.

Sumber: Facebook Astro Awani

Pandangan Warga Maya?

Dalam kalangan warga maya ramai yang memberikan reaksi setuju terhadap tindakan denda yang dikenakan. Ini kerana, selain klausa-klausa yang dikemukakan MyCC, nasib pelanggan dan pemandu e-hailing juga tidak terbela.

Di pihak pelanggan, ada yang mendakwa kadar tambang yang dikemukakan oleh Grab pada ketika ini naik melambung berbanding sebelum ini.

Begitu juga dengan nasib pemandu yang semakin tidak terbela dengan penurunan kadar upah serta penurunan pemberian bonus.Apa pun, segala-galanya bergantung kepada hasil siasatan MyCC.

KATA ORANG

KATA ANDA

Golongan mana yang anda rasakan banyak ditindas Grab?
25 votes · 25 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN