Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang dalam proses untuk menentukan jika 6,000 baju kalis api bernilai RM13.5 juta yang dibeli Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) pada 2016 merupakan barang palsu.

Sumber:ohmymedia.cc

Menurut sumber, suruhanjaya itu menerima maklumat bahawa pakaian memadam kebakaran itu tidak dibuat pengilang yang berpengkalan di United Kingdom.

Memetik kata sumber kepada Malaysiakini, ini kerana perolehan baju kalis api itu didakwa berasal dari sana.

SPRM cuba mendapatkan syarikat di UK untuk melakukan analisis forensik .

 

Tak Selamat, Tak Patuh Piawaian

Sumber itu mengulas mengenai SPRM sedang mengusahakan kerjasama dengan UK melalui perjanjian antarabangsa, Bantuan Perundangan Bersama (MLA)

Sumber:Utusan Online

Semalam, dilaporkan bahawa SPRM telah merampas baju tersebut pada tahun 2017.

Rampasan itu dibuat selepas Jabatan Kimia mendedahkan bahawa pakaian itu tidak selamat dan tidak mematuhi piawaian Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Pemeriksaan Malaysiakini terhadap senarai keputusan tender oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada tahun 2016 mendapati hanya satu syarikat yang dianugerahkan projek itu untuk membekalkan pakaian kalis api bomba tahun itu.

Sumber:Astro Awani

Ia menyatakan bahawa kementerian membuat keputusan dalam satu mesyuarat pada 10 Jun 2016, untuk menyerahkan projek itu kepada syarikat persendirian swasta, yang alamatnya berdaftar di Cheras, Kuala Lumpur.

Jumlah tepat untuk tender bekalan itu adalah RM13,590,000, atau RM2,265 bagi setiap unit pakaian.

 

Menteri Janji Baju Kalis Api Baru Untuk Bomba

Sumber:kosmo.com.my

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamarudin berkata kerajaan akan memproses tender baru bagi membeli 9,000 baju kalis api bomba bulan depan dengan mengikut spesifikasi yang betul.

Jelas Zuraida, JBPM akan menerima baju kalis api yang baru dalam tempoh tiga bulan selepas tender berkenaan dikeluarkan pada Februari.

Bagaimanapun, Zuraida berkata beliau tidak pasti sama ada wujud unsur rasuah berhubung urusan pembelian baju kalis api sebelumnya yang kini dalam siasatan SPRM.

SPRM juga dikatakan telah merampas kira-kira 6,000 baju kalis api bermasalah pada 2017 yang menyebabkan anggota bomba dan penyelamat kekurangan pakaian memadam kebakaran dan terpaksa berkongsi baju kalis api “usang” atau menggunakan baju yang telah koyak.

Mengulas mengani siasatan SPRM, Zuraida menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukannya.

 

Ada Demonstrasi Baju Kalis Api Dilakukan Terlebih Dahulu

Zuraida berkata pengilang akan buat demonstarsi baju kalis api tersebut bagi menentukan paiawaian dan selamat untuk digunakan bagi anggota-anggota bomba di negara ini.

Sumber:allanpakdoe.blogspot.com

Bagus juga cadangan menteri ini supaya pihak pengilang tidak menipu lagi untuk emndapat keuntungan yang berlipat kali ganda.

 

Buat Tender Terbuka Tanpa Kompromi

Rata-rata rakyat Malaysia terkejut dengan pendedahan maklumat ini bahawa selama ini anggota bomba mendapat baju kalis api yang palsu.

Zuraida berkata walaupun isu baju kalis api kecoh dengan isu ‘rasuah’ namun kementeriannya tetap akan mengeluarkan tender untuk pembelian itu.

Sumber:Taiwan KK Corp.

Bagaimana tergamak ‘orang tengah’ membuat keuntungan tanpa memikirkan keselamatan serta nyawa anggota-anggota bomba yang memakai baju palsu itu.

Diminta pihak SPRM mendedahkan siapa yang telah menipu ini dan sanggup membahayakan nyawa anggota-aggota bomba di negara ini.

Sumber:freemalaysiatoday.com

Baju ini ditempah pada tahun 2016, ketika pemerintahan Datuk Seri Najib Razak. Nampaknya banyak lagi pendedahan-pendedahan yang rakyat sendiri tidak jangka.

Diharap bawah pemerintahan kerajaan yang baharu, perkara sebegini perlu diambil serius dan tidak mengulangi perkara yang sama dilakukan pada zaman pemerintahan kerajaan terdahulu.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapat anda, apakah hukuman yang patut diberikan kepada mereka yang sanggup menipu dan gadai nyawa orang lain?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN