Kecoh di media sosial apabila Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu atau lebih mesra disapa Mat Sabu telah berkunjung ke rumah penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Sumber: FB Abu Bakar Mohd Rashid

Difahamkan kunjungan tersebut adalah untuk ‘memujuk’ penyanyi itu menghiburkan para pahlawan negara di  Majlis Makan Malam Tabung Pahlawan yang bakal diadakan pada 21 Oktober depan.

Sumber: FB Abu Bakar Mohd Rashid

Perkara itu dikongsikan pengguna maya Abu Bakar Mohd Rashid,yang turut mengepilkan beberapa keping gambar kunjungan tersebut termasuk isteri Mat sabu juga, Normah Alwi dan ahli keluarga Siti.

Siti Ubah Jadual

Pada awalnya, difahamkan Siti tidak dapat memenuhi undangan untuk ke Majlis Makan Malam Tabung Pahlawan kerana jadual yang padat.

Sumber: FB Abu Bakar Mohd Rashid

Namun, menurut Abu Bakar, Siti telah meminda jadualnya itu dan telah bersetuju untuk menghiburkan para pahlawan negara kita.

Siti dijangka menghiburkan penonton dengan mempersembahkan dua hingga tiga lagu pada majlis sempena menghargai jasa dan pengorbanan pahlawan negara itu.

“Berapa Pula Bayar Siti?”

Bagaimanapun, rakyat mempersoalkan bayaran yang pihak Kementerian Pertahanan ataupu Kerajaan Pakatan Harapan (PH) berikan kepada penyanyi nombor satu negara.

Sumber: Utusan

Mereka menyatakan bukan jumlah yang murah untuk mengupah penyanyi kesayangan rakyat Malaysia itu. Mereka mahu Mat Sabu dedahkan berapa jumlah sebenar.

Mereka menemplak tindakan Mat Sabu yang sanggup ‘memujuk’ Siti untuk mengadakan persembahan sedangkan pahlawan-pahlawan kita mahu dividen mereka itu dibayar dengan jumlah yang munasabah.

Daripada membayar puluhan ribu kepada penyanyi itu lebih baik hasil duit itu dimasukkan ke dalam tabung pahlawan.

Sasar Kutipan RM6 Juta

Kementerian Pertahanan menyasarkan kutipan Kempen Tabung Pahlawan 2019 akan mencapai RM6 juta.

Sumber: Berita Harian

Mat Sabu juga menyatakan pihaknya sudah merangka pelbagai program termasuk Majlis Makan Malam Amal , Larian Amal Veteran ATM dan ‘flashmob’ bagi memastikan sasaran dapat dicapai.

Sumbangan tabung berkenaan akan digunakan sepenuhnya bagi menjaga kebajikan veteran dan ahli keluarga secara menyeluruh terutama veteran kelainan upaya (VKU), balu veteran, mereka yang terbabit dengan musibah kebakaran dan bencana alam.

Sumber: Sarawakvoice

Kempen tabung ini juga untuk mengurangkan kebergantungan kepada peruntukan kerajaan bagi membantu veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan tanggungan pada masa depan.

Dan mungkin ‘memujuk’ Siti adalah salah satu usaha untuk sumbangan tabung itu mencapai sasaran yang dikehendaki.

“Skop Kerja Menteri Pujuk Artis Ke?”

Dalam pada itu, rakyat juga mempertikaikan skop kerja menteri pertahanan yang sukakan hiburan. Sepatutnya tugas menteri pertahanan adalah menjaga kebajikan tentera-tentera di negara ini dan kehidupan mereka lebih terbela.

Dan sewajarnya  pegawai menteri yang bertanggungjawab  turun padang dan berbincang dengan penyanyi berkenaan tentang jemputan itu.

Mereka melihat Mat Sabu gagal mengurus tadbir Kementerian Pertahanan Malaysia dengan baik.

“Baik Pujuk Pelabur, Bukan Siti”

Sebelum ini, Mat Sabu mengisytiharkan dividen yang lebih tinggi, ia memerlukan pulangan yang baik hasil daripada pelaburannya.

Pelaburan tidak munasabah yang dijalankan oleh kepimpinan terdahulu telah menyebabkan kurangnya pulangan untuk tahun ini.

Katanya, pengurusan LTAT hari ini mewarisi organisasi yang sarat dengan pelbagai ketidakpatuhan serta kelemahan pengurusan, kesan daripada kepimpinan yang tidak telus sebelum ini.

Untuk rekod, pendapatan bersih LTAT pada tahun 2017 turun sebanyak lebih 30% daripada RM686.8 juta kepada RM459.5 juta.

Oleh itu, rakyat menyeru Mat Sabu sewajarnya memujuk pelabur untuk melabur ke dalam tabung pahlawan supaya mereka mendapat dividen yang tinggi.

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa kata anda?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN