Lambakan laman cari jodoh di Internet pada hari ini sedikit sebanyak mampu membantu golongan yang masih belum bertemu pasangan hidup masing-masing.
Namun, adakah media sosial platform yang terbaik untuk mencari jodoh? Atau Sebaliknya?
Ada sahaja antara kita yang bertemu jodoh di laman sosial, malah sampai ke jinjang pelamin. Jodohkan ketentuan Allah.
FB Lancar Servis Cari Jodoh
Jangan terkejut, platform media sosial Facebook (FB) bakal melancarkan servis untuk penggunanya menjalinkan hubungan kekasih.
Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg, berkata, ia direka dengan memanfaatkan status berjuta pengguna FB yang belum berpunya selain bertujuan meningkatkan jumlah masa penggunaan platform media sosial paling popular di dunia itu dalam kalangan netizen.
200 Juta Pengguna FB Masih ‘Single’
Kata Zuckerberg, seramai 200 juta pengguna FB melabelkan diri mereka sebagai ‘single’.
Dengan itu, dia merasakan sesuatu perlu dilakukan dalam situasi ini.
Tambahnya, servis ini dicipta bagi melahirkan hubungan kekasih untuk jangka masa panjang, dan bukannya untuk berseronok.
Kalau digunakan ke jalan yang betul dan selamat, rasanya mereka yang betul-betul bujang dapat bertemu jodoh mereka nanti.
Ada Tetapan Privasi Yang Selamat
Zuckerberg juga menjelaskan bahawa servis ini mempunyai tetapan privasi yang selamat. Ini bermakna orang luar atau rakan FB anda tidak akan dapat melihat profil anda.
Mereka tidak dapat ceroboh privasi rakan-rakan di FB.
Prototaip yang ditunjukkan membenarkan pengguna mencari pasangan ideal mereka dan menghantar mesej perkenalan.
Ia tidak mempunyai ciri ‘swipe’ ke kanan atau kiri seperti aplikasi dating lain, sebaliknya menawarkan ciri ‘pass’ dan ‘interested’.
Servis ini dikatakan bakal menyaingi aplikasi ‘dating’ yang lain seperti Tinder dan OKCupid.
Buka Peluang Curang
Sudah banyak aplikasi yang dicipta dalam mencari jodoh yang sama seperti ini. Malah, mereka mendakwa servis ini akan mendatangkan keburukan.
Ia akan disalahgunakan oleh kaum lelaki terutamanya yang sudah berkeluarga.
Ia akan membuka lebih luas peluang untuk melakukan kecurangan. Berlaku keretakan dalam keluarga. Boleh porak peranda rumahtangga.
Ada Yang Jumpa Jodoh sampai Jinjang Pelamin
Bagaimanapun, ada yang menyokong usaha mereka yang mencari jodoh di laman sosial ini. Ada sahaja yang bertemu sehingga ke jinjang pelamin.
Tidak kira di mana kita bertemu dengan jodoh kita, sama ada di laman media sosial seperti Tinder, Facebook, Twitter atau yang seumpama dengannya, ataupun di masjid, di kedai makan,atau di mana sahaja, jika ditakdirkan begitu cara anda bertemu dengan jodoh anda, maka disitulah tempatnya.
Paling penting sekali adalah niat kita, jika niat kita bermula dengan baik, maka baiklah kesudahannya.
KATA ORANG
Bahaya ni ..dont play play https://t.co/I1nzRdav33
— Mohd Akil (@mohdakilaz) May 2, 2019
Facebook lancar servis 'dating', sasar jodohkan jutaan pengguna bujang https://t.co/DAB4HkBY1t
— ضامام (@dhamamORI) May 2, 2019
Dulu aku tak yakin je diorang ni bercinta. sebab tak nampak langsung dating or tanda2 bercinta dekat laman sosial. tup2 dah nak kawin.
— ED (@adriena22) June 23, 2015
Dating di laman sosial adalah lebih baik kerana dpt mengelakkan drpd Maksiat ;D
— Haura Al Maqsurah (@nurin_qilaaa) February 10, 2013