Baru-baru ini rakyat Malaysia telah digemparkan dengan isu pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor. Sehingga kini, dianggarkan lebih daripada 3,500 orang menjadi mangsa dengan kanak-kanak dan remaja merupakan mangsa yang paling banyak dicatatkan.
Dibangkitkan Oleh Ahli Parlimen Pasir Gudang
Kemelut yang semakin meruncing telah menyebabkan ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim menggesa agar usul darurat dibincang dan diisytiharkan di kawasan terbabit dengan kadar segera bagi mengelakkan lebih ramai pihak menjadi mangsa.
Walau bagaimanapun, sehingga ke hari ini kerajaan Persekutuan masih tidak mengisytiharkan darurat. Hal ini yang menimbulkan kemusykilan dalam kalangan masyarakat, kenapa darurat tidak diisytiharkan sedangkan mangsa yang terlibat semakin meningkat.
Tun Tegaskan Tiada Keperluan
Bagi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed, beliau menegaskan tidak ada keperluan untuk darurat diisytiharkan kerana keadaan masih terkawal. Beliau berpandangan perkara ini tidak akan menjadi lebih serius daripada sekarang. Tetapi yang penting, agensi di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri tahu bagaimana untuk menangani masalah ini. Adakah Benar?
Sebelum itu, perlu diketahui bahawa terdapat dua jenis darurat di Malaysia iaitu darurat keselamatan dan darurat bencana alam. Darurat keselamatan hanya akan dikeluarkan sekiranya wujud keadaan yang terlalu mencemaskan yang mengganggu-gugat kerajaan. Bagi darurat bencana, ia hanya akan diisytiharkan apabila sesuatu bencana merebak dengan skala besar.
Menurut laporan astro awani, Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berpandangan pengisytiharan darurat wajar dilakukan segera. Bila bencana berskala besar berlaku, darurat diisytiharkan agar agensi-agensi penyelamat boleh menguruskan sumber tenaga untuk memulihkan keadaan. Bagi beliau, situasi di Pasir Gudang sudah semakin serius.
Tidak Isytihar Darurat Pernah Berlaku
Bagi orang ramai, sudah pasti mereka merasakan pencemaran merupakan perkara yang serius, tetapi bagi kerajaan mereka percaya kepada kebolehan petugas di peringkat negeri buat masa ini.
Isu tidak mengisytiharkan darurat bukan perkara baru, memandangkan pernah berlaku pada tahun 2014 sewaktu negeri di Pantai Timur dilanda banjir yang besar khususnya di negeri Kelantan sehingga menyebabkan seramai 93,000 orang menjadi mangsa dengan mencatatkan beberapa kematian.
Malah, perkara ini pernah dipersetujui oleh Tan Sri Rais Yatim sewaktu diwawancara oleh radio Nasional FM dan Klasik FM.
Beliau berpendapat, darurat hanya boleh diisytiharkan sekiranya negara benar-benar berdepan dengan isu keselamatan, ketenteraman dan ekonomi yang meruncing, sebaliknya jika kerajaan masih berupaya menyelesaikan sesuatu masalah, ia tidak perlu dilaksanakan.
Perkara sama turut dipersetujui oleh seorang peguam. Berdasarkan laporan Sinar Harian, Salkukhairi Abd Sukor yang merupakan seorang peguam, melihat tidak ada keperluan mendesak bagi mengisytiharkan darurat bencana di Pasir Gudang. Beliau berpandangan, pengisytiharan darurat akan menyebabkan kerajaan pusat mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan sesuatu arahan.
Kerajaan Akan Mempunyai Hak Mutlak
Ini bermakna, kerajaan pusat mempunyai hak mengambil tanah dan tempat persendirian sama ada rumah atau bangunan untuk dijadikan bilik gerakan atau pusat pemindahan tanpa memperuntukkan apa-apa pampasan kepada pemilik. Justeru, pengisytiharan darurat adalah tidak perlu.
Pengisytiharan darurat hanya akan menyebabkan kerajaan mengerahkan unit pengurusan bencana pusat dan sudah tentu akan meningkatkan kos pengurusan. Ia sesuatu yang membazir sekiranya unit pengurusan bencana negeri masih mampu mengawal keadaan.
Selain itu, pengisytiharan darurat turut memberi kesan kepada ekonomi negara kerana kebimbangan pelabur. Bagi mangsa kejadian, mereka tidak dapat membuat tuntutan insurans bagi yang mencarum.
KATA ORANG
Tunggu semua mati baru nak isytihar darurat ke? Pls watch your kids bcs they don’t know what’s going on . Please just do anything effort to makesure your family members safe. Pakai mask time keluar rumah. 😭
— Lilly ibrahim (@Lily_MoonAimlvs) March 14, 2019
Good thread! That's why kerajaan tak isytihar darurat. https://t.co/kP2VpjU9Lq
— Je suis Faqihah (@faqihahahaha) March 15, 2019
Aku benci misleading news. Just because it says not yet doesn’t mean ‘it will not’. Jangan lah baca headlines je ya Allah 😭.
— . (@ismadanieal) March 15, 2019
To isytihar darurat is not that simple consideration.
what needs to be done now is SERIOUSLY MAKE THE AIR CLEAN AGAIN!
Betul kurang ajar punya puak2 tu..dahlah sendiri cari masalah pastu nk berlagak samseng/biadapp..akai x de kaa?
— Fuhrer50 (@langkasuka33) March 7, 2019