Baru-baru ini media melaporkan seorang ustazah di Sekolah Kebangsaan Genting,Balik Pulau dikhuatiri hilang selepas tidak hadir mengajar ke sekolah sedangkan keretanya berada di luar kawasan sekolah berkenaan sejak 15 Januari (Selasa).

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt A. Anbalagan berkata, kehilangan Nur Farhana Ibrahim, 27 tahun, disedari suaminya selepas ustazah itu tidak pulang ke rumah mereka di Langgar, Kedah pada petang Isnin seperti biasa.

Sumber:dePalmaSP

Kali terakhir beliau hadir ke sekolah adalah pada 14 Januari 2019 seterusnya jam lebih kurang 1.30 petang, difahamkan guru tersebut telah keluar daripada kawasan sekolah mengikut pintu belakang sekolah tersebut dan menghilangkan diri.

Muhammad Naim Mahayadin berkata, isterinya didapati menangis sendirian ketika menidurkan anak tunggal mereka pada malam 13 Januari di rumah mereka di Alor Setar, Kedah.

Pemeriksaan mendapati semua barangan peribadi Nurfarhana seperti beg duit dan kunci kereta masih berada di atas mejanya di bilik guru sekolah berkenaan.

Sumber:bumisepi.com

Menurut suaminya, pada hari Isnin dia menghantar isterinya ke Tol Alor Setar Utara pukul 4.30 pagi untuk menumpang rakan ustazah itu ke Sungai Dua, Butterworth bagi mengambil kereta Perodua Axianya sebelum meneruskan perjalanan ke sekolah di Balik Pulau.

Pada pukul lebih kurang 4.30 petang, suami mangsa yang merupakan peniaga itu menghubungi telefon bimbit isterinya, namun tidak berjawab dan apabila lelaki berkenaan pulang ke rumah mendapati telefon bimbit ustazah berkenaan berada dalam bilik tidur dipercayai tertinggal.

 

Nur Farhana Ditemui Di Kuala Kangsar

Semalam, Anbalagan mengesahkan penemuan guru agama itu di Kuala Kangsar dan berada di Balai Polis Kuala Kangsar.

Sumber:Foursquare

Ustazah itu ditemui di luar Pulau Pinang dan berada dalam keadaan selamat.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, ACP Razali Ibrahim berkata, guru agama itu muncul di IPD Kuala Kangsar kira-kira pukul 3.15 petang Khamis.

Sumber:Suara Perak

Berdasarkan soal siasat, wanita itu dikatakan hanya ‘sedar’ ketika berada di Padang Rengas.

Menurut Razali, dari Padang Rengas, dia naik bas ke Kuala Kangsar, turun di depan hospital. Dari hospital dia berjalan kaki menuju ke IPD Kuala Kangsar.

Farhana dikatakan agak letih sedikit tetapi tiada apa-apa kecederaan. Beliau dalam keadaan selamat, normal, agak ceria dan gembira berjumpa suaminya. Beliau juga berkata tidak sabar untuk balik dan menemui anaknya.

Kata Razali, tindakan lanjut yang mereka akan lakukan, mungkin seperti pemeriksaan doktor, akan ditentukan oleh pihak polis Balik Pulau memandangkan laporan dibuat di Kuala Kangsar.

Sumber:KL Viral

Tambahnya, ustazah itu juga tidak membawa apa-apa dokumen ketika keluar dari Sekolah Kebangsaan Genting, Balik Pulau di mana dia mengajar Pendidikan Agama Islam.

Berdasarkan soal siasat, dia hanya berbekalkan wang yang berada di dalam poketnya, di samping senaskhah al-Quran di dalam beg yang dibawa.

Nurfarhana diserahkan kepada ahli keluarga sebaik sahaja suaminya tiba untuk membuat pengesahan kira-kira pukul 5.30 petang.

 

Pernah Terima Rawatan Kemurungan

Suami mangsa memaklumkan isterinya itu pernah menerima rawatan kemurungan pada tahun 2014 dan ustazah itu dipercayai mengalami kemurungan berikutan terpaksa berulang alik setiap hari dari Langgar (Alor Setar) ke Balik Pulau (Pulau Pinang) untuk mengajar di sekolah berkenaan.

Sumber:Says.com

Perjalan ulang alik itu mengambil jarak sehingga 200 kilometer sehari. Bayangkan betapa jauhnya ustazah itu ulang alik untuk pergi mengajar.

Mungkin kerana terlampau penat ulang alik itu membuatkan ustazah berkenaan dalam keadaan murung. Penat disekolah lagi, penat mengajar dan sebagainya.

Mungkin hal ini nampak remeh di mata masyarakat lain, tetapi perasaan ustazah itu tiada siapa yang tahu melainkan dirinya sendiri.

 

Netizen Salahkan Suami Punca Isterinya Murung

Rata-rata netizen menyalahkan suaminya yang merupakan seorang peniaga itu yang sepatutnya berkorban untuk tinggal dekat dengan isterinya itu.

Sumber:FB Astro Awani

Memandangkan isterinya itu tidak dapat bertukar dalam masa yang dinginkan, pengorbanan seorang suami amat diperlukan.

Suami perlu faham apa yang dialami oleh isterinya itu. Kemurungan ini bukan boleh dibuat main-main, ia boleh mengundang keselamatan kepada isterinya itu.

Apabila kejadian ini berlaku, sebagai suami perlu mengambil iktibar akan perkara ini.

 

Bahayanya Kemurungan

Kemurungan adalah penyakit mental yang menyebabkan perasaan (mood) seseorang individu menjadi semakin menurun. Ini akan menjejaskan kehidupan harian individu tersebut, termasuklah pemikiran, perasaan, tingkah laku dan kesejahteraannya.

Sumber:baituljannah.com

Sekiranya tidak ditangani secara efektif, ianya boleh mendorong kepada tindakan membunuh diri.

Sebab-sebab terjadinya kemurungan termasuklah kemurungan boleh berlaku di dalam keluarga, peristiwa atau kejadian yang menyebabkan seseorang tertekan, penyakit kronik dan lain-lain yang berkaitan.

Sumber:biswardihasbi.wordpress.com

Penyakit kemurungan ini membuatkan mereka tidak sedar apa yang mereka fikirkan dan lakukan.

Ini adalah contoh seseorang yang alami kemurungan. Ustazah itu dikatakan tidak sedar dengan apa yang berlaku terhadap dirinya itu. Tetapi dia cepat sedar sebelum kemungkinan yang tidak dapat dielakkan berlaku.

 

Pihak Kementerian Pendidikan Perlu Pandang Serius

Kementerian Pendidikan akan menunggu laporan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang berhubung isu ustazah berkenaan.

Sumber:Astro Awani

Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata beliau tidak pasti sama ada kehilangan itu boleh dikaitkan dengan tekanan yang dialami ustazah itu yang dikatakan terpaksa berulang alik sejauh 200 kilometer setiap hari.

Kemeterian perlu tungu laporan sepenuhnya dan bukan berdasarkan maklumat melalui Whatsapp dan Facebook semata-mata.

Ditanya sama ada kementerian sedia mengkaji semula sistem pertukaran guru bagi mengelak insiden menimpa ustazah berulang lagi pada masa hadapan?

Maszlee berkata beliau memberi perhatian kepada semua guru dan permasalahan mereka.

Diharap pihak kementerian memandang serius hal ini dan bukan menunggu laporan siap sepenuhnya. Isu guru duka lara bukan pertama kali berlaku.

Sumber:MediaTerjah

Sudah ada banyak aduan melibatkan isu ini. Dan difahamkan ustazah ini sudah banyak kali memohon untuk ditukarkan tempat mengajar tetapi hasilnya masih mengecewakan.

Diharap pihak berkaitan meneliti setiap permohonan yang dibuat dan mengambil kira faktor guru duka lara itu.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, apa perlu dilakukan pihak kementerian berhubung guru duka lara dan kemurungan berlaku?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN