Pasti anda pernah nampak mahupun pernah menjadi pengguna tegar mesin air yang selalu diletakkan dikedai-kedai runcit, kawasan perumahan mahupun di kawasan-kawasan komersial.

Airnya dijual dengan harga yang murah dan secara langsung ianya dilihat sebagai satu cara yang boleh menjimatkan kos terhadap penggunaan air.

Tidak dinafikan air merupakan sumber semulajadi yang menjadi keperluan semua orang malah tumbuhan dan haiwan bagi meneruskan kehidupan, namun sejauh mana tahap kebersihan air dan kualitinya perlu diteliti kerana ianya mampu membawa kemudaratan kepada si pengguna.

Baru-baru ini, sebuah Pejabat Kesihatan menerima aduan tentang keracuanan makanan yang berlaku di sebuah sekolah agama.

Mengikut siasatan yang dilakukan, keracunan makanan yang dialami perlajar-pelajar dipercayai berpunca daripada sumber minuman yang mereka minum.

Malah apa yang memeranjatkan, penapis air yang menjadi sumber minuman untuk pelajar-pelajar berkenaan sudah lama tidak diselenggara dan telah menjadi tempat pembiakan virus Rota dan Noro Virus.

 

Penapis Air Layan Diri Tidak Berlesen

Sumber : Public Health Malaysia

Jika diteliti, hampir di seluruh negeri ada mesin-mesin air layan diri disediakan untuk kegunaan orang ramai, malah ianya memang menerima permintaan ramai orang.

Ini kerana dengan adanya mesin ini, orang ramai tidak perlu memasak air sendiri untuk digunakan sebagai minuman mahupun untuk masakan.

Dengan berbekalkan kurang dari RM1, pembeli boleh mendapatkan berliter-liter air tersebut dengan mudah dan menjimatkan masa.

Namun pernahkah pengguna-pengguna ini selidik terlebih dahulu kebersihan air yang mereka beli dan gunakan tersebut?

Adakah ianya betul-betul bersih untuk diminum? Adakah mesin penapisnya diservis dengan kerap?

Di Pulau Pinang baru-baru ini, ratusan mesin air layan diri disita kerana diyakini memudaratkan pengguna dan tidak mempunyai lesen dari pihak KKM untuk menjalankan perniagaan tersebut.

Ini bermakna ramai pengguna yang telah tertipu dan terdedah kepada bahaya.

Apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan negeri terhadap syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan ini tanpa lesen yang sah dan tidak menjaga baik kualiti air mereka?

 

Virus Rota dan Noro Virus? Apa tu?

Tahukah anda Virus Rota merupakan virus yang berpunca dari minuman dan makanan yang tidak bersih yang dikonsum oleh kanak-kanak.

Walaupun ia bukanlah virus yang akan memakan masa yang lama untuk disembuhkan namun ianya pasti akan membuatkan kanak-kanak yang terkena virus ini menjadi tidak bermaya dan lemah.

Mungkin anda tidak pernah dengar namun Virus Rota ini mudah tersebar di tempat-tempat seperti kolam air panas, taman tema air, dan juga taman rekreasi yang mempunyai air pancut.

Selain dari itu, taman permainan dan pusat asuhan kanak-kanak juga boleh menjadi tempat virus merbahaya ini membiak dan merebak kepada kanak-kanak lain.

Ini kerana, virus tersebut juga boleh melekat pada objek-objek dan berjangkit kepada orang yang memegang objek tersebut.

Sebagai ibu bapa, kita perlulah lebih peka dan pantau pemakanan dan persekitaran anak-anak anda agar tidak berisiko untuk terdedah kepada benda-benda yang tidak diingini.

Umur dari 0 hingga 2 tahun merupakan fasa dimana antibodi anak-anak masih lemah dan tidak mampu melawan sebarang virus dengan baik seperti kanak-kanak yang lebih besar mahupun orang dewasa.

Jadi cuba elakkan dari anda membawa anak-anak ketempat-tempat yang boleh menjadi pusat virus-virus merbahaya ini membiak dan menjangkiti orang lain.

Selain itu, dengan wujudnya vaksin khas yang dicipta bagi mengelakkan kanak-kanak dijangkiti Virus Rota, ibu bapa dinasihatkan membawa anak-anak mereka mengambil suntikan untuk kebaikan mereka dimasa hadapan.

Mencegah lebih baik dari mengubati, elak sebelum terlambat.

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pernahkah anda membeli dan meminum air di mesin air layan diri dan jatuh sakit?
4 votes · 4 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN