Setiap kali pergi melawat kenalan atau ahli keluarga di hospital, mesti kita sering lihat ibubapa membawa anak yang masih kecil bersama-sama. Itu belum lagi diambil kira teriakan anak kecil yang menjerit ketika bermain di atas lantai hospital atau bermain kejar-kejar bersama abangnya.

Semuanya memang nampak seperti biasa bukan? Tetapi tahukah anda, tindakan membawa anak kecil ke hospital sebenarnya boleh mendatangkan bahaya terhadap kesihatan anak kecil?

 

Bahaya Bawa Anak Kecil Ke Hospital

Sumber: Siakap Keli

Seperti yang kita tahu, setiap hospital pasti mempunyai peraturan seperti tidak boleh merokok di kawasan hospital, tidak boleh berbuat bising, patuhi waktu melawat, cuci tangan sebelum dan selepas berada di dalam hospital dan sebagainya.

Tidak terkecuali juga larangan pelawat daripada membawa anak kecil di bawah umur 12 tahun untuk tujuan lawatan.

 

Kenapa Sebenarnya Pihak Hospital Berbuat Demikian?

Pihak hospital sebenarnya bukan melarang kanak-kanak untuk tidak memasuki kawasan hospital tetapi bimbang kanak-kanak terdedah dengan ancaman virus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Walaupun pihak hospital sudah menetapkan peraturan sedemikian, ibu bapa dilihat masih tidak mengambil peduli dengan peraturan ini walaupun ditegur banyak kali oleh warden hospital.

Perkara tersebut baru-baru ini mendapat perhatian netizen di media sosial apabila seorang kakitangan hospital berkongsi tentang isu kebersihan dan keselamatan apabila membawa anak kecil ke hospital.

Sumber: Facebook Faisal Firdaus

Pengguna Facebook yang juga merupakan Penolong Pegawai Perubatan Anestesiologi atau Bius, Faisal Firdaus berkata, ramai ibu bapa beranggapan membawa anak kecil di hospital, tidak akan mendatangkan bahaya kepada mereka.

Ada juga yang beranggapan lantai hospital atau seluruh kawasan hospital itu sebenarnya bersih kerana lantainya yang berkilat dan sering disapu serta dibersihkan oleh tukang cuci.

Tanggapan tersebut menyebabkan ramai ibu bapa membiarkan anak kecil mereka bergolek-golek di atas lantai seperti tilam dan apabila puting jatuh ke atas lantai, ibu bapa tidak pergi membersihkan puting tersebut dan hanya kemam-kemas sahaja kemudian sumbat ke dalam mulut anak.

Awas, tindakan ini sebenarnya mendatangkan bahaya kepada anak kecil!

 

Anak Kecil Terdedah Kepada Pelbagai Virus Berbahaya

Kakitangan hospital itu turut berkongsi cerita bahawa lantai hospital yang tampak kilat dan bersih itu sebenarnya tidak bersih 100%.

Apa yang sebenarnya berada di atas lantai itu adalah darah, nanah, lendir, urine dan sebagainya.

Jika dilihat dengan mata kasar, memang setiap lantai di hospital kelihatan berkilat selepas dimop tapi hakikatnya lantai tersebut tidaklah sebersih mana.

Sumber: Facebook Faisal Firdaus

Katanya lagi, hospital bukanlah tempat rekreasi malah tempat berkumpulnya segala penyakit berbahaya.

Bagaimanapun, beliau juga turut berkongsi tujuh jenis penyakit berbahaya di hospital yang boleh memudaratkan anak kecil seperti penyakit pseudomonas, acinetobacter, klebsiella, e-coli, staph aureus, streptocococus, bukholderia dan banyak lagi.

Dalam pada itu, di dalam perkongsian tersebut, beliau menasihatkan ibu bapa supaya meminimumkan kehadiran anak kecil di hospital kerana penyakit di hospital bukanlah calang-calang penyakit di mana kebanyakannya sangat berisiko tinggi hingga boleh membawa maut kepada si kecil.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah pihak hospital perlu menguatkuasa undang-undang lebih ketat terhadap pembawakan anak kecil ke sana?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN