Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia namun kedudukan bahasa itu sering dipersoalkan.
Baru-baru ini timbul isu apabila Peguam Negara yang baru dikatakan kurang fasih berbahasa Melayu dan juga insiden dimana Menteri Kewangan Lim Guan Eng menggunakan bahasa cina dalam satu kenyataan medianya.
Perkara tersebut telah menimbulkan persoalan mengenai kedudukan Bahasa Melayu di negara Malaysia ini.
Bahasa Melayu
Bahasa merupakan identiti bagi sebuah bangsa dan negara, begitu juga dengan Bahasa Melayu.
Walau asal usulnya belum mempunyai satu pendapat yang sepakat dari para pengkaji, boleh dirumuskan bahawa Bahasa Melayu merupakan satu identiti bagi setiap warga Malaysia.
Namun demikian, adakah benar bahawa Bahasa Melayu tidak dimartabatkan atau perlu dimartabatkan lagi?
Pada suatu ketika dahulu pada abad ke-12, Bahasa Melayu pernah menjadi medium bahasa dalam meceritakan kesusasteraan Jawa.
Bahasa Melayu digunakan dalam pelbagai sektor di Malaysia termasuk sektor pendidikan, kerajaan dan juga medium komunikasi antara kaum.
Melihat ke sekolah-sekolah kebangsaan dan juga Ipta, medium bahasa yang digunakan untuk mengajar adalah Bahasa Melayu.
Malah, jika seorang individu ingin memohon pekerjaan dalam sektor kerajaan, individu itu harus mempunyai kelulusan dalam Bahasa Melayu.
Tommy Thomas dan Lim Guan Eng
Tommy Thomas telah dilantik sebagai Peguam Negara yang baru. Antara tugas terbesarnya ialah untuk mengendalikan kes perbicaraan bekas perdana menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak mengenai isu 1MDB.
Ketika dilantik sebagai peguam negara yang baru, Tommy Thomas mengaku bahawa penguasaan Bahasa Melayu beliau agak lemah dan beliau akan berusaha untuk memperbaiki kefasihan dan penguasaan dalam bahasa tersebut.
Beliau pernah meminta agar perbicaraan kes bekas perdana menteri Malaysia itu diadakan dalam Bahasa Inggeris.
Tommy Thomas telah dikritik oleh beberapa pihak atas kelemahan beliau dalam Bahasa Melayu dan perlantikan beliau jugak dikritik.
Dikatakan bahawa sekiranya ingin melantik Peguam Negara, seharusnya melantik individu yang mempunyai penguasaan yang baik dalam Bahasa Melayu dan seharusnya memertabatkan Bahasa Melayu.
Namun demikian, selepas dikritik oleh beberapa pihak, Tommy Thomas kemudian memberi ucapannya dalam Bahasa Melayu dan mendapat sambutan yang baik dari khalayak umum.
Lim Guan Eng mengalami nasib yang sama seperti Tommy Thomas dimana beliau dikritik apabila mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai Tun Razak Exchange (TRX) dalam Bahasa Cina.
Kenyataan akhbar tersebut dikeluarkan pada mulanya dalam bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu dan kemudian diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina.
Tindakan tersebut dilakukan agar dapat memberi mesej yang tepat bagi mengelakkan salah tafsir daripada media luar.
Namun, perbuatan beliau dikritik dan dianggap sebagai tidak mengangkat martabat Bahasa Malaysia.
Perkara tersebut juga menyebabkan protes daripada bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pusaka, Awang Sariyan yang megecam perbuatan Ahli Parlimen Bagan itu.
KATA ORANG
Mengikuti komen yang diberi oleh para netizen, didapati terdapat perbezaan pendapat.
Apa guna fasih Bahasa Melayu kalau corrupted kan? I know Bahasa Melayu is important but we all know Tommy was appointed specifically for 1MDB and he’s good! So yeah, in this case, BM lagi penting or ???? https://t.co/4ayDsKkBxC
— Sumandak (@eezaleeza) July 5, 2018
When there's another document begging foreign backing on the previous election and it's obvious ramifications, takde la penting.
— Rshad (@Rshadsp) July 25, 2018
Bahasa Melayu harus diperkasakan.
Sebab Malaysia je yang wujud kat dunia ni. https://t.co/jz7zi3YZQw
Paling penting bahasa melayu and second English then comes chinese as the third one 👌😊
— انزر (@Anzar_1120) February 4, 2015
For me,its such a shame if a malay does not know how to speak malay. English penting tapi jangan bahasa melayu tu langsung tak ambil kira.
— Muhammad (@akhmalsh) June 5, 2015
Tweet english on twitter sebab nak improve english? Bahasa melayu lagi penting? Language doesn't matter la dey. The message is important.
— Afiq (@afiqnorhasmadi) April 28, 2014