Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa.

Dalam era Malaysia Baharu hari ini, timbul kebimbangan tentang penggunaan bahasa Melayu dalam rutin harian yang tidak digunakan dengan betul.

Telah tular di media sosial berkenaan kain rentang yang menyampaikan mesej kempen jimatkan air dengan menggunakan singkatan perkataan di kawasan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak mendapat kecaman teruk.

 

Hanya Gimik Untuk Kempen

sumber: utusan

Berikutan hal tersebut, Pengurus Besar Lembaga Air (LAP) Perak, Datuk Ir Mohd Yusof Mohd Isa berkata, kain rentang tersebut merupakan gimik untuk menarik perhatian umum. 

Katanya, perkataan tersebut bukanlah salah ejaan tetapi dikatakan trend netizen sekarang yang suka menulis dengan gaya sebegitu.

Tindakan menggunakan perkataan yang tidak cukup huruf dalam kain rentang tersebut, netizen mengecam tindakan LAP kerana merosakkan penggunaan bahasa Melayu.

 

Perlu Lebih Sensitif

Namun berbeza pula dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang menganggap penggunaan singkatan ejaan pada kain rentang sempena Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Negeri Perak 2019 itu sebagai tidak memartabatkan bahasa Melayu. 

sumber: twitter InjangNation

Ketua Pengarah DBP, Datuk Abang Sallehuddin Abang Shokeran berkata dari segi bahasa Melayu, ia merupakan satu kesalahan ejaan.

Manakala bagi pemilik Facebook Mista Hafiz pula, telah menzahirkan rasa kecewanya dan memberi tahu kain rentang tersebut dikatakan digantung di hadapan Bangunan SUK Perak dan dia bimbang kerana disekeliling Pejabat SUK tersebut ada beberapa buah sekolah dan mungkin akan mempengaruhi pelajar.

Pihak DBP dalam proses menyiapkan Draf Pindaan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 yang memberi kuasa kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam penguatkuasaan undang-undang berkaitan penggunaan Bahasa Melayu yang dijangka siap sepenuhnya pada akhir  tahun ini.

 

Boleh Guna Singkatan Perkataan?

Perbuatan menggunakan singkatan perkataan di dalam kain rentang melibatkan program-program di bawah kerajaan merupakan satu perkara yang tidak wajar berlaku.

Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Sultan Idris (UPSI), Dr Hasrina Baharum berkata, perkara tersebut satu perkembangan yang tidak sihat dan perlu ditegur.

Penggunaan singkatan perkataan dalam kain rentang tersebut mungkin akan memberi kesan kepada mereka yang melihat dan membacanya terutamanya pelajar yang akan menganggap ejaan tersebut betul dan boleh digunapakai.

sumber: Video Hive

Peggunaan singkatan perkataan dalam bahasa Melayu dibolehkan tetapi kelonggaran itu diberikan jika mesej yang ingin disampaikan itu terlalu panjang melalui medium komunikasi seperti sistem pesanan ringkas (SMS) atau melalui aplikasi WhatsApp dan Telegram. 

Katanya lagi, terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan tanpa menjejaskan bahasa Melayu bagi tujuan kempen dan kerajaan sepatutnya mendaulatkan bahasa kebangsaan.

 

Lambakan Karya Bahasa Rojak       

Karya serius yang dikaitkan dengan fungsi intelektual dan berbentuk ilmiah kurang mendapat sambutan daripada generasi muda kerana bagi mereka bahasa yang digunakan terlalu berat dan tidak menarik minat mereka untuk membaca.

sumber: mstar

Selain itu, lambakan karya yang menggunakan bahasa rojak termasuk bahasa SMS dan slanga boleh menjejaskan kemurnian bahasa Melayu yang menjadi pilihan generasi muda.

Menurut Sasterawan Negara, Datuk Dr Anwar Ridhwan berkata jika generasi muda sudah terbiasa dengan penggunaan bahasa Melayu yang tidak betul, ia akan menjejaskan masa depan negara kerana mereka inilah yang akan mengambil alih pentadbiran negara satu hari nanti.

Beliau berharap akan timbul kesedaran dalam masyarakat untuk memilih bahan bacaan yang terbaik dan karya yang terbaik menggunakan bahasa yang baik dan mempunyai falsafah untuk menggalakkan pembaca berfikiran aras tinggi.

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah penerbitan buku atau karya yang menggunakan bahasa yang ringan dan santai akan menghapuskan fungsi bahasa Melayu secara keseluruhan?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN