Sehingga ke hari ini, isu mengenai pemberian duit minyak oleh jentera kempen dari Pakatan Harapan (PH) Cameron Highland kepada sukarelawan yang menggunakan kenderaan sendiri pada hari penamaan calon, Ahad lalu dilihat masih menjadi perbualan hangat orang ramai.

Sumber: Suara TV

Sejak Ahad lalu, gambar yang menunjukkan seorang wanita  sedang mengagihkan wang kepada sukarelawan menjadi tular di media sosial sehingga menyebabkan beberapa pemimpin politik terutamanya dari pembangkang mengulas mengenai gambar itu.

Walaupun apa yang dilakukan oleh PH itu hanya sekadar untuk membayar balik duit minyak kepada sukarelawan, namun gambar itu sebaliknya mengundang pelbagai andaian negatif yang mana ada individu menyifatkannya sebagai satu amalan politik wang untuk memancing undi menjelang pilihan raya kecil itu.

Disebalik kejadian itu, ada yang mengatakan  bahawa tindakan membayar balik kos minyak sukarelawan yang terlibat dengan kempen parti sebagai satu tindakan yang tidak menyalahi undang-undang.

Namun, masih ada lagi pihak dilihat cuba menggunakan isu tersebut dengan mempertikaikan tindakan itu walaupun isu tersebut sudah diperjelaskan sebelum ini.

 

Beberapa Pemimpin Politik Kutuk Tindakan PH Beri Duit Minyak Pada Sukarelawan

Dalam isu ini, beberapa pemimpin politik dari pembangkang dilihat mengulas gambar yang tular itu di laman sosial masing-masing.

Sumber: Free Malaysia Today

Antara pemimpin tersebut adalah Anggota Parlimen Umno Kinabatangan Bung Moktar Radin, Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dan juga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempertikaikan alasan PH kononnya wang yang diberikan kepada sekumpulan pemuda ketika kempen tersebut adalah untuk duit minyak.

Bagi Ka Siong, apa yang dilakukan oleh PH itu disifatkan sebagai satu alasan yang tidak wajar memandangkan beliau difahamkan sukarelawan yang datang ke pusat penamaan calon di Tanah Rata pada Sabtu lalu, dibawa menaiki bas dan bukannya kenderaan sendiri.

Sumber: Astro Awani

Jadi, dalam hal ini, mungkin tiada keperluan untuk PH memberi duit minyak kepada sekumpulan sukarelawan tersebut memandangkan istilah sukarelawan itu membawa maksud seseorang itu hanya memberi khidmat secara sukarela tanpa mengharap apa-apa balasan.

Pada masa sama, bagi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut sama berkongsi laporan Malaysiakini bertarikh 30 Nov yang memetik Hakim Mahkamah Pilihan Raya Azizah Nawawi dengan mengkategorikan duit minyak sebagai rasuah.

Dalam hal ini, walaupun niat seseorang itu untuk membantu namun ia mungkin boleh menimbulkan syak wasangka yang buruk pada sesetengah individu memandangkan perkara tersebut melibatkan aktiviti politik.

 

Tidak Salah Bayar Balik Duit Minyak

Sumber: Bridged Kibaran Bendera

Selepas isu ini diperdebatkan oleh beberapa pemimpin dari pembangkang, Pengerusi Bersih Thomas Fann akhirnya tampil memberi kenyataan bahawa tindakan itu tidak menjadi satu kesalahan pilihan raya bagi sesebuah parti politik untuk membayar balik duit minyak kepada sukarelawan yang terlibat.

Namun, bayaran yang dibuat itu perlulah diisytiharkan sebagai perbelanjaan bagi pilihan raya sesuatu calon itu untuk mengelak sebarang salah faham.

Mungkin dalam hal ini, ada pihak yang berpendapat bahawa bayaran tersebut tidak wajar untuk diberi kepada sukarelawan memandangkan mereka sendiri menawarkan diri untuk membantu tanpa mengharapkan apa-apa bayaran.

Tetapi, ia bergantung juga kepada jasa baik serta niat murni seseorang itu untuk memberi wang sebagai cara membayar balik duit minyak kepada mana-mana sukarelawan yang menggunakan kenderaan sendiri.

Walaupun apa yang dilakukan itu berniat murni, namun ia boleh menimbulkan syak wasangka sehingga memberi pandangan negatif masyarakat terhadap sesuatu parti politik itu.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah menjadi satu kesalahan kepada jentera parti untuk memberi duit minyak kepada sukarelawan yang menggunakan kenderaan sendiri pada hari penamaan calon itu?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN