Setiap majlis yang diadakan di sekolah tidak kira sama ada majlis sambutan perayaan, majlis hari guru, majlis anugerah pasti akan dimulakan dengan bacaan doa oleh mereka yang beragama Islam.

Tetapi minggu lalu timbul isu apabila  terdapat dakwaan tindakan sebuah sekolah rendah di Pulau Pinang yang tidak membenarkan bacaan doa mengikut agama Islam pada satu majlis di sekolah itu sebaliknya dibaca mengikut agama Kristian.

Sekadar Gambar Hiasan

Ekoran dari itu, sebanyak 10 laporan polis telah diterima diseluruh negara termasuk tiga negeri iaitu lapan di Pulau Pinang dan masing-masing satu di Selangor dan Kedah.

 

 

Sekolah Diberi Amaran

Isu ini turut mendapat perhatian Ketua Pengarah Pelajaran Dr Amin Senin yang turutr memberikan amaran keras kepada sekolah itu dan sedang mempertimbang keperluan untuk mengambil tindakan tata tertib.

Sumber: Malay Mail

Namun dalam masa sama, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy, menyifatkan amaran Kementerian Pendidikan terhadap sekolah itu sebagai ‘double standard’ dan isu itu telah dibesar-besarkan.

Beliau turut menggesa kementerian menyiasat dahulu sebelum membuat kesimpulan.

Kes ini telah disiasat mengikut  Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan , iaitu mendatangkan khianat awam dengan niat hendak mengapi-apikan mana-mana golongan atau kaum untuk melakukan sesuatu kesalahan terhadap golongan lain.

Malah, polis juga setakat ini telah memanggil lima individu untuk diambil keterangan.

 

Pihak PIBG Nafikan

Walaubagaimanapun, dipetik dari laporan Malaysiakini, seorang anggota Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Perempuan Methodist di Pulau Pinang itu menafikan bacaan doa Kristian dibuat ketika majlis penyampaian anugerah sekolah itu.

Katanya, setiap tahun akan ada doa yang dibuat untuk kedua-dua penganut Kristian dan Islam tetapi kerana masalah jerebu, acara tahun ini dipendekkan dan hanya doa kesyukuran yang dibaca.

Tambah beliau lagi, tiada niat jahat berhubung perkara itu, dan pastinya tiada niat untuk menyebarkan agama Kristian kepada sesiapa.

 

Doa Untuk Semua Agama

Sesi berdoa di sekolah seharusnya perlu mengambil kira latar belakang agama semua murid, supaya murid bukan Islam boleh bersama-sama berdoa secara senyap menurut kepercayaan masing-masing ketika doa dibacakan untuk umat Islam.

Bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, Profesor Tajuddin Rasdi, berkata ada dua bentuk bacaan doa, iaitu sama ada senyap atau kuat, seperti dalam sesebuah majlis.

Sekadar Gambar Hiasan

Katanya, di Indonesia, sebelum doa dibacakan, juruacara akan minta mereka yang bukan berbeza agama membacakan doa mereka secara senyap dan perkara itu sangat baik. Namun sebaliknya amalan yang dilakukan di Malaysia.

Walaupun ada yang tidak mengiktiraf agama lain di Malaysia tetapi kita perlu menghormati agama lain supaya kita dapat hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah persembahan Mak Yong perlu diteruskan dan dikembangkan?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN