Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah memetik nama Almarhum Tun Abdul Razak bagi menyerang anaknya dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih baru -baru ini.
Azmin dengan pantasnya menyatakan Almarhum Tun Razak akan “bangun dan cekik anaknya”, iaitu Datuk Seri Najib kerana didakwa telah menswastakan Felda.
Dakwa Azmin, Felda dan nasib peneroka Felda merundum kerana tindakan Najib yang menghuru harakan pengurusan Felda. Malangnya, peneroka Felda yang menerima bebanan itu sehingga hari ini.
Najib Balas Kritikan Azmin
Susulan kritikan itu, Najib membidas kenyataan Azmin yang didakwa sebagai melampau kerana mengusik keluarganya terutama almarhum bapanya yang sudah meninggal lebih 43 tahun.
Najib kesal dengan tindakan Azmin itu, yang cuba menyerang beliau tanpa sebarang sebab.Â
Najib mahu Azmin sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi menjalankan tanggungjawabnya untuk membantu rakyat dan bukannya menyentuh hal ehwal keluarga orang lain.
Sebenarnya, Felda dan FGV adalah dua entiti berlainan. Tanah Felda dan tanah peneroka tetap tanah mereka.
Balas Najib, FGV ialah anak syarikat Felda. FGV bukan Felda atau sebaliknya. Cuma Felda ada perjanjian untuk menyewa sebahagian tanah mereka kepada FGV.
Perjanjian ini dipanggil Land Lease Agreement. FGV kena bayar Felda RM250 juta setiap tahun serta 15 peratus dari keuntungan tahunan FGV untuk menyewa tanah ini.
Oleh itu, Felda bukan diswastakan. Takkan Azmin tak faham ini?” soal Najib.
Â
Azmin Heret Rosmah Sekali
Sebelum ini juga, Azmin pernah menyuruh Najib untuk membawa isteri bekas perdana menteri itu untuk berjalan-jalan di Semenyih. Bagaimanapun, Najib terus memberi kenyataan balas.
Rasanya tidak perlu isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kempen Pilihan Raya Kecil Semenyih yang sedang berlangsung ketika ini.
“Tak payahlah, soal isteri tak usah masuk dalam hal ni. Isteri dia(Azmin) pun ada macam-macam cerita juga.
Azmin menerusi ceramah PH menyindir Ahli Parlimen Pekan yang kini popular dengan panggilan ‘Bossku’ supaya membawa isterinya untuk turun bersama-sama berkempen pada PRK berkenaan.
Wajarkah Sebut Nama Orang Sudah Meninggal Demi Kepentingan Diri?
Rata-rata rakyat Malaysia tidak setuju dengan tindakan Azmin yang menggunakan nama orang yang telah meninggal tambahan pula pemimpin ternama. Almarhum Tun Razak tidak ada kena mengena dalam ‘urusan’ kerajaan baharu dengan pembangkang.
Cukuplah gunakan kempen murahan seperti ini untuk kepentingan diri. Apa yang rakyat mahukan adalah selesaikan masalah ekonomi rakyat, bukannya mengeluarkan kenyataan seperti kebudak-budakan.
Menggunakan nama bapa orang lain untuk tutup kesalahan diri sendiri adalah tidak boleh diterima sama sekali. Serang sahaja Najib bukan almarhum bapanya.
Pakatan Harapan Urus Jiwa Peneroka, Bukan Ladang
Begitulah juga diungkapkan oleh generasi kedua Felda yang juga merupakan Naib Presiden ANAK Kebangsaan, Zulkifli Mohamed.
Katanya dalam satu kenyataan, kerajaan hari ini terlalu alpa dan lupa bahawa terdapat isu-isu yang sangat penting untuk diutamakan demi kelangsungan kepercayaan rakyat terhadap keikhlasan dan ketelusan pentadbiran kerajaan yang baharu.
Isu yang melingkari warga Felda sebenarnya jauh lebih besar daripada isu 1MDB.
Ia pada bila-bila masa sahaja boleh meletup dan menyebabkan tidak hanya hilang kepercayaan daripada masyarakat Melayu, bahkan boleh menjatuhkan kerajaan jika tidak ditangani dengan segera.
Isu beban hutang peneroka juga perkara yang mesti diberi perhatian serius kerana ianya membabitkan hampir RM100,000 seorang.
Kita berharap agar hutang-hutang peneroka ini dapat dikurangkan sehingga 50 peratus dan menghapuskan sama sekali faedah yang amat tinggi iaitu sebanyak 6.2 peratus. Inilah yang patut kita beri perhatian.
KATA ORANG
Hahahha. Then kita balas balik "mak azmin klu bleh bangun, jgn kata cekik, awal2 dah gugurkan azmin..."😂😂😂
— Mizan Roselin (@RosmizanRoselin) February 21, 2019
Azmin, nak kempen pun, be lah ‘gentleman’. Some believe u will become PM one day. Don’t go reminding us ur wife’s stories & wat ur siblings + mother said abt u.
— D'Aldebaran (@ronysram) February 21, 2019
Darimana Azmin dapat sijil dia , jangan2 dia pun dah macam politisi ph yg kantoi sijil palsu. Satu saat nanti Azmin akan bergantung dan bergabung dengan DSN macam dia buat kat Tun juga. Insyallah. Wasalam
— TUN DIN (@tundin) February 21, 2019
Org tua dia pun azmin tak hormat...masa..dulu... tak hairan la.. kalau dia cakap cam ni kat dsnr..oorg hancing.. https://t.co/UQIfxSDHcq
— Yazid Ariff (@yazid_ariff) February 21, 2019