Isu membabitkan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali nampaknya makin panas apabila beliau dikhabarkan mahu meninggalkan PKR dan menyertai Parti Gerakan dalam masa terdekat ini. 

Sumber: Malaysia Stylo

Khabar angin itu tular sejak Rabu menerusi aplikasi Whatsapp yang mendakwa Azmin mahu meninggalkan parti tersebut berikutan pergeseran beliau dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai video seks songsang yang dikaitkan dengannya.

Turut difahamkan khabar angin itu juga membabitkan beberapa pemimpin PKR kecewa dengan Anwar hingga membuat keputusan untuk berbincang dengan kepimpinan Parti Gerakan itu. 

Sebelum ini, tersebar juga khabar angin yang mengatakan kononnya Azmin akan membawa 10 pemimpin PKR menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Namun, dakwaan itu dikatakan tidak benar. 

 

Undang Pelbagai Reaksi

Dalam isu ini, mungkin ramai yang tertanya-tanya adakah benar Azmin mahu keluar daripada PKR yang sudah menjadi basis politiknya? 

Sumber: Malaysiakini

Khabar angin membabitkan Azmin disangkal Setiusaha politiknya, Hilman Idham yang menegaskan mustahil untuk Azmin menyertai parti tersebut dan menyifatkannya sebagai satu fitnah yang dilakukan oleh mereka yang kalah.

Bukan itu sahaja, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari juga turut menolak khabar angin tersebut. 

Malah, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini juga menafikan dakwaan itu sebagai tidak benar yang mana Azmin masih lagi kekal sebagai ahli di dalam parti itu sehingga ke hari ini. 

 

Parti Gerakan Sambut Baik Kehadiran Azmin

Sumber: Malaysia Stylo

Apa yang mengejutkan, Presiden Parti Gerakan itu, Datuk Dominic Lau sendiri mengakui ada menerima pelawaan daripada beberapa pemimpin PKR untuk menyertai parti itu bersama Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan memberikan sokongan pada beliau.

Malah, pelawaan tersebut sudah lama dibuat sebelum isu video seks songsang yang dikaitkan dengan Azmin tersebar.

Walaupun semua pihak masih terus berteka-teki, pimpinan Parti Gerakan itu tidak menolak sekiranya Azmin mahu menyertai parti tersebut.

Perkara itu juga nampaknya disambut baik Setiausaha Agung GERAKAN Mak Kah Keong yang mengalu-alukan hasrat Azmin. Selain itu, Naib Presiden GERAKAN Datuk G Parameswaran juga turut menyatakan kegembiraannya andai kata benar Azmin mahu menyertai partinya.

 

Keluar Atau Tidak?

Jika dilihat latar belakang Parti Gerakan, walaupun kepimpinan tersebut keluar dari Barisan Nasional (BN) dan tidak menyertai mana-mana gabungan. Namun, andai kata benar Azmin mahu menyertai parti tersebut, tindakan itu sama sekali membolehkan parti berkenaan menyertai Pakatan Harapan (PH) yang menjadi kerajaan pada hari ini.

Lebih-lebih sekarang ini, isu peralihan jawatan Perdana Menteri tidak pernah putus di antara Anwar dan Azmin yang mana kedua-dua pemimpin ini mungkin akan diangkat sebagai Perdana Menteri ke-8 bagi menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sumber: MyKMU

Ditambah pula dengan perang baru-baru ini di antara Anwar dan Azmin, yang mana Anwar menyatakan Azmin perlu meletakkan jawatan sekiranya sekiranya bersalah terlibat dalam insiden video hubungan seks sejenis itu.

Tidakkah apa yang diperkatakan Anwar itu menggugat kedudukan Azmin yang turut sama mendapatkan sokongan sebanyak mungkin untuk mencapai hasrat itu?

Tambah pula dengan keadaan sekarang ini, ramai juga ahli PKR dilihat mengangkat akuan sumpah taat setia terhadap pemimpin tertentu. Jadi, sebarang kemungkinan boleh berlaku walaupun beberapa pihak yang berdolak dalih mengenai perkara tersebut.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah khabar angin yang dikatakan ini ada kaitan dengan hasrat Azmin yang mahu mendapat sokongan penuh dan menyaingi Anwar untuk menjadi Perdana Menteri ke-8?
11 votes · 11 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN