Sumber:Hangat.com

Azlan Typewriter yang juga bekas penyanyi kumpulan Meet Uncle Hussien menjadi tumpuan ekoran pelancaran video promosi produk keluarannya.

Penyanyi ini akui dengan sengaja menggunakan khidmat wanita seksi dalam klip video lagu iklan produk minumannya Turbo 3 yang dilancarkan baru-baru ini.

Azlan turut berkata, perkara itu adalah strategi pemasaran biasa yang sering digunakan oleh produk-produk terutamanya di luar negara.

Sumber:URTV.

Selain Azlan, lagu iklan produk itu juga menampilkan penyanyi dari Sinegal, King Lhota.

Azlan juga melancarkan single baru yang dinyanyikan secara solo berjudul Kukuh

 

Lebih Laris Jualan

Azlan mengaku dia memang mempunyai strategi tertentu untuk melariskan produk berkenaan.

Sumber:Malaysiakini

Dia memang sengaja menonjolkan imej wanita seksi dalam klip berkenaan bagi tujuan pemasaran.

Tegasnya, penampilan sebegitu akan melariskan lagi jualan minuman yang didakwa mampu memberi tenaga tambahan kepada pengguna.

Azlan berkata, lagu iklan tersebut hanya untuk siaran di laman Youtube sahaja.

Menurut Azlan, produk ini merupakan 100 peratus keluaran tempatan dan disahkan halal dan bersih.

Tambahnya lagi air minuman ini telah menjalani proses penyelidikan dan pembangunan selama tiga tahun sebelum dikilangkan.

 

Halal Dan Haram Diketepikan Demi Untung

Rata-rata peminat Azlan tidak senang hati dengan video pelancaran produk minumannya itu kerana dianggap tidak menjaga sensitiviti agama di negara ini.

Sumber:Hangat.com

Malah, tindakan Azlan mempromosikan produk minumannya itu sebagai tindakan yang tidak menghalalkan cara.

Banyak lagi cara untuk memperomosikan produk minuman, terdapat banyak iklan yang lebih sopan. Produk ini dipasarkan dalam negara perlu jaga hukumnya juga.

Walaupun ia akan dipasarkan ke peringkat antarabangsa, Azlan sepatutnya peka dengan budaya dan agama di negara ini.

 

Azlan Pula Tidak Kisah Dikecam

Menurut Azlan, pihaknya mempunyai perancangan untuk memasarkan produk ke luar negara.

Sumber:duniapatik

Justeru katanya mereka perlu mengambil kira selera masyarakat antarabangsa yang akan menonton iklan berkenaan.

Tambahan pula imej seksi memang tidak asing bagi masyarakat antarabangsa.

Azlan yang baru menceburi bidang perniagaan mengakui memperoleh idea mengeluarkan air minuman tenaga kerana kurangnya pesaing tempatan.

Dia juga perlu pasarkan produk ini ke luar negara untuk membuka peluang disana, maka dia tidak kisah dianggap manipulasi wanita dalam video berkenaan.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Penampilan wanita seksi mampu lariskan sesuatu produk, adakah anda bersetuju?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN