Berakhirnya drama bersiri Nur 2 semalam sudah pasti meninggalkan impak buat para penonton di Malaysia. Mana tidaknya, drama yang penuh dengan ujian, kesedihan, kesusahan dan kezaliman menjadi bualan rakyat Malaysia hari ini.
Karya yang mengisahkan seorang ustaz bertemu pelacur menjadikan jalan ceritanya unik berbanding pembawaan drama-drama lain. Malah, kritikan sosial yang ingin dipaparkan kepada masyarakat sangat jelas.
Berjaya Tonjol Watak Penunggang Agama
Azhan Rani, yang memegang watak Ustaz Hamadi berjaya menonjolkan watak penunggang agama yang menggunakan agama untuk kepentingan peribadi. Tindakan beliau yang menyalahgunakan harta institusi pendidikan agama, bersikap tidak berperikemanusiaan dan berdendam menyebabkan pembawaan watak beliau menjadi bualan ramai pihak.
Ada pihak yang berasakan kurang senang pembawaan watak tersebut, lebih-lebih lagi ketika babak beliau melanggan pelacur, ia seolah-olah memberi perspektif buruk terhadap agamawan dan merendahkan golongan agama. Hakikatnya, perkara tersebut sememangnya berlaku dalam realiti kehidupan masa kini.
Kehidupan Peribadi
Di sebalik watak yang bengis dan pemangsa, ramai yang tidak tahu kesunyian hidup yang dialami beliau hari ini. Memetik Harian Metro, pelakon yang berusia 43 tahun ini masih menjalani kehidupan bujang di saat orang lain sudah mempunyai beberapa cahaya mata.
Bagi beliau, bohong sekiranya mengatakan beliau tidak teringin untuk memiliki isteri dan cahaya mata sama seperti orang lain.
Bukan tidak ada calon, malah pernah juga bertunang, namun disebabkan masih belum tertulis jodoh untuknya menyebabkan beliau terus membujang sehingga ke hari ini.
Menziarahi Ibu
Ada rahmat di sebalik kehidupan bujang sehingga hari ini. Beliau yang menetap di Selayang masih mampu menjenguk ibu di kampung halamannya di Kuala Kubu Bharu, Selangor. Ketiadaan ayah, Abdul Rani Sabri yang meninggal pada Ogos 2016 memberikan kesan buat keluarga, khususnya ibunya.
Disebabkan itu, tugas menjaga ibu, Salmah Budin terletak di bahunya. Begitu juga dengan pekerjaan menguruskan dusun di kampung. Bagi Azhan, kehidupan bujang tidak membebankan dirinya kerana percaya kepada ketentuan Allah SWT.
Berdasarkan laman-laman instagram miliknya, beliau banyak meluangkan masa bersama ibu tercinta dengan melancong. Jelas, walaupun sering membawa watak antagonis dalam lakonan, Azhan tetap membuktikan bahawa beliau seorang anak yang baik.
Terlibat Dengan Pelbagai Drama Dan Filem
Selain drama Nur, beliau turut membintangi hampir 100 buah drama radio antaranya ialah Istiqamah Sebuah Cinta, Tuah Si Pandir dan pelbagai lagi. Selain drama Nur, watak agama yang dibawa beliau turut menjadi dalam drama bersiri Geng Surau, yang lebih memaparkan watak komedi kepada penonton.
Disebabkan penglibatan beliau yang lama dalam bidang lakonan, beliau pernah diminta oleh rakan-rakan seangkatan usianya untuk berhenti berlakon dengan menulis skrip atau pengarah bagi memberi laluan kepada muka-muka baru meningkat naik.
Memenangi Anugerah DFKL 2019
Namun, disebabkan minat yang mendalam dalam bidang lakonan, jiwa beliau tetap akan bersama dalam bidang lakonan dan tidak mahu berhenti begitu sahaja.
Maka tidak hairan karakter lakonan hebat yang dibawa oleh beliau memenangi Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 bagi kategori Antagonis Pilihan.
KATA ORANG
Big respect to Azhan Rani, he was the best actor lepas Zamarul Hisham 😭
— Fatini Hanis (@FatinieNorzali) April 17, 2019
Nur raya please...good job [email protected] @iSyafiqKyle @azhanrani dll👍🏻👍🏻👍🏻 #Nur2
— Mya (@murnimya) April 25, 2019
Shout out to @azhanrani you're the best bro 🤘✌️ #jangansalahpilihsabun
— alvpo (@DarkcryEwan) April 25, 2019
Morning Jumaat~
— Suria Yaya 🧚🏻♀️ (@suriamuscha) April 26, 2019
Still can't get over #Nur2 😭
Fenomena and the best drama melayu by far
Bravo👏 and big applause team #Nur2 @iSyafiqKyle @azhanrani @shahrulezad @aamyrarosli