Semalam, negara kita dikejutkan dengan kejayaan pelari pecut remaja negara, Azeem selepas berjaya mencatat rekod masa terpantas 10.63 saat dalam acara 100 meter Kejohanan Olahraga MSSM di Iskandar Puteri, Johor dalam sebuah video yang menjadi tular.

Kejayaan luar biasa yang diraih atlet dari Perak itu sama sekali berjaya mencuri tumpuan netizen termasuk Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menyifatkan kejayaannya sebagai “The Flash” kerana begitu pantas sehingga meninggalkan jauh pelari-pelari lain.

Sehinggakan Syed Saddiq mengarah Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) untuk mencari peluang termasuk menghantar Muhammad Azeem menyertai program latihan di peringkat antarabangsa.

Keputusan Syed Saddiq itu turut sama dipersetujui seluruh rakyat Malaysia yang menyatakan sokongan terhadap Muhammad Azeem supaya diberi peluang sepertimana atlet berpotensi yang lain untuk menimba ilmu di luar negara dengan diberi pendedahan yang sewajarnya.

 

Mengapa Atlet Perlu Dihantar Ke Luar Negara?

Bukan hendak kata tenaga tempatan kita tidak berkebolehan dalam melatih atlet kita, namun sekiranya mereka dihantar ke sana, ia sama sekali boleh menjadikan atlet itu jaguh di pentas Asia.

Sumber: Free Malaysia Today

Apabila jurulatih tempatan bergabung tenaga dengan mendapatkan sokongan penuh dari kepakaran jurulatih dari luar negara, maka prestasi atlet berkenaan juga dapat ditingkatkan sekaligus melahirkan lebih banyak atlet sukan yang hebat di peringkat antarabangsa.

Mengambil contoh di Amerika Syarikat misalnya, di sana mereka mempunyai banyak tenaga pakar yang mahir dalam membimbing barisan atlet pecut serta lari berpagar.

Daripada kita berhabis wang ringgit untuk membayar gaji kepada pakar dari negara itu, lebih baik kita sendiri yang menghantar atlet yang berpotensi supaya berpangkalan di sana.

 

Boleh Pelajari Teknik Atlet Profesional Berlatih

Di sana, atlet kita sama sekali dapat mempelajari pelbagai ilmu serta menimba lebih banyak pengalaman dalam mempelajari teknik atlet professional berlatih.

Sumber: Utusan Online

Bukan itu sahaja, adalah penting untuk atlet negara kita mempunyai rakan sepelatih dalam kalangan pelari AS yang akan memainkan peranan dalam meningkatkan prestasi mereka.

Malah, gaya hidup penduduk AS juga akan memberikan pengaruh positif kerana budaya sebeginilah yang dapat memotivasikan atlet kita untuk bekerja keras.

Dan apabila sekembalinya ke Malaysia, segala ilmu yang dipelajari di sana juga boleh dikongsikan kepada atlet yang lain.

 

Jadi Pelapis Atlet Pecut

Walaupun masih muda, tidak mustahil untuk Muhammad Azeem ini menjadi pelapis kepada raja pecut Asia Tenggara 2003, Nazmizan Muhammad yang berjaya menggondol pingat emas dengan catatan masa 10.47 saat pada temasya Sukan SEA Ke-22 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, Vietnam.

Sumber: mStar

Jadi, tidak mustahil juga untuk Muhammad Azeem menjadi pelapis kepada atlet pecut sepertimana Khairul Hafiz Jantan, Haiqal Hanafi, Mohamad Zulfiqar Ismail, Badrul Hisyam Abdul Manap dan beberapa lagi atlet hebat yang lain.

Dengan menghantar atlet yang berpotensi seperti ini, ia pastinya dapat memberi impak luar biasa dalam arena sukan negara kita sekaligus melahirkan atlet baharu secara konsisten untuk lebih menyerlah dalam acara sukan hingga ke peringkat Olimpik dan mengubah status ‘jaguh kampung’.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah anda bersetuju terhadap keputusan Syed Saddiq menghantar Muhammad Azeem menyertai program latihan di luar negara untuk menggilapkan lagi bakatnya?
10 votes · 10 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN