Selepas seminggu insiden berdarah di Masjid Al Noor dan Masjid Linwood di Christchurch, New Zealand, terdapat hkmah yang besar berlaku semalam tanpa dijangka. 

Agama Islam akhirnya di beri penghormatan yang tinggi di negara itu apabila rakyatnya yang majoriti bukan beragama Islam telah bersama-sama dengan orang Islam dalam saat berduka ini.

 

Buat Julung Kali Azan Jumaat Dilaungkan Secara Langsung

Buat pertama kalinya, laungan azan semasa solat Jumaat disiarkan secara langsung di saluran televisyen dan radio nasional New Zealand.

 

Hadirin yang menghadiri upacara memperingati peristiwa bersejarah di bumi Kiwi dan solat Jumaat di HagleyPark, berdekatan Masjid AINoor itu, turut memberi penghormatan dengan berdiam diri sepanjang azan dilaungkan Imam Lateef.

Kelihatan masyarakat termasuk di kalangan wanita berlainan latar belakang dan agama turut menunjukkan tanda hormat dengan memakai tudung sebagai tanda sokongan kepada umat Islam.

HagleyPark juga dibanjiri lautan ribuan anggota komuniti yang mahu mendapatkan kefahaman dengan lebih dekat mengenai agama Islam. Mereka cuba mendidik masyarakat mengenai apa itu Islam.

Wanita New Zealand Bertudung Sebagai Tanda Soladiriti

Harinya telah tiba, MasyaAllah inilah kemanisan disebalik apa yang berlaku.

Hari ini,kempen memakai tudung telah dijalankan demi memberi penghormatan kepada masyarakat Muslim serta keluarga yang berada disana.

Sumber:menujukebenaran.com
Sumber:menujukebenaran.com
Sumber:menujukebenaran.com
Sumber:menujukebenaran.com
Sumber:menujukebenaran.com
Sumber:menujukebenaran.com

 

Hebahan kempen digerakkan menerusi hashtag #headscarfforharmony, mula diwar-warkan sejak awal minggu lalu, inisiatif seorang doktor di sebuah hospital di New Zealand, Thaya Ashman.

Sumber: Reuters

Beliau dikenali sebagai sukarelawan perubatan yang pernah menyertai misi di Afghanistan.

Paling indah apabila semua wanita di New Zealand, termasuk anggota polis wanita, mengenakan tudung atau hijab hari ini sebagai tanda sokongan kepada wanita Muslim di negara berkenaan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Muslim NZ Ikhlaq Kashkari menyatakan, langkah solidariti itu sangat menyentuh jiwa mereka.

Pemimpin New Zealand Juga Bertudung

Sumber:menujukebenaran.com

Lebih indah dan manis apabila pemimpin-pemimpin wanita New Zealand termasuk Perdana Menteri Jacinda Ardern tidak kekok mengenakan tudung ketika melawat keluarga mangsa yang terkorban dan cedera pada serangan di Christchurch minggu lalu.

Langkah itu mendapat pujian dari komuniti seluruh dunia yang menyatakan beliau sebagai lambang pemimpin yang tegas, cekap dan berempati.

Siar Azan, Cerminan Manifestasi New Zealand

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa terharu dengan perkembangan hari ini di New Zealand yang menjalankan sesi tafakur selama dua minit dan menyiarkan seruan azan secara langsung di saluran televisyen dan radio nasional negara itu.

Sumber: FB Anwar Ibrahim

Katanya, langkah ini harus dipuji dan ia sebagai cerminan manifestasi New Zealand di bawah teraju Perdana Menteri, Jacinda Ardern yang terus teguh menyokong masyarakat Islam.

Komitmen ini sangat penting bukan sahaja kepada New Zealand, tetapi isyarat penting kepada seluruh kepemimpinan masyarakat antarabangsa ke arah memelihara keamanan dan kesentosaan sejagat.

Agama Islam Tidak Wajar Dimusuhi

Anwar juga menegaskan agama Islam dan penganutnya tidak wajar dimusuhi kerana ajaran Islam mengajak semua menghormati antara satu dengan yang lain.

Islam mengajak kita meraikan perbedaan.

Sumber:Orangkata.my

Insiden di New Zealand itu menjadi pengajaran kepada semua untuk terus memelihara kedamaian dan tidak sesekali mendukung kebencian yang memecah belah.

Genap seminggu selepas tragedi hitam kemanusiaan di Christchurch, tiada kata dapat menzahirkan apa yang dirasai ahli keluarga mangsa korban.

Doa dan ingatan akan terus bersama ahli keluarga, moga terus cekal menempuh detik ini.

 

Hari Ini Semua Rakyat Bersatu

Hari berdarah itu sememangnya telah mengejutkan semua negara dan ia mendapat simpati dari semua orang. Kekejaman yang telah itu dilakukan tidak boleh diterima oleh sesiapa sahaja.

Namun, disebalik kekejaman dan kesediahn ini, ada hikmah yang begitu indah telah berlaku dimana semua rakyat bersatu tidak kira Islam atau Bukan Islam.

Bukan mudah untuk masyarakat khususnya keluarga mangsa melupakan insiden berdarah itu.

Namun, rata-rata pengguna media sosial hari ini terus menyatakan solidariti terhadap serangan itu.

Selain rasa sedih, mesej kecintaan dan kasih sayang dengan kapsyen “Ï Love You NZ”dimuat naik di laman Twitter oleh masyarakat daripada pelbagai latar belakang.

 

 

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Mungkin bagi keluarga mangsa ia insiden yang tidak dapat dilupakan, namun hikmahnya sungguh indah berlaku hari ini, apa kata anda?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN