Semalam, Dewan Rakyat kecoh gara-gara Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin mengeluarkan kenyataan mempersoal jantina Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang).

Kekecohan tersebut bermula ketika Azalina memulakan soalan kepada Hanipa ketika sesi perbahasan peringkat dasar Rang Undang-Undang Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2019, namun soalannya itu seakan menyindir.

Ayat yang dikeluarkan itu berbunyi “Saya tengah pasang cermin mata nak tengok YB Timbalan Menteri (Hanipa) dengan begitu jelas yang kadang-kadang nampak kecil kadang-kadang nampak besar…”.

Hanipa bagaimanapun lantas bangun untuk membalas persoalan yang dikeluarkan dengan ayat “Pengerang (Azalina) kata saya kadang nampak gemuk, kadang nampak kurus kan….

“Macam Pengerang juga la. Kejap nampak macam perempuan, kejap nampak macam lelaki. Minta maaf, mintak maaf” …

 

Cetus Kemarahan Pembangkang

Kenyataan berbaur sindiran itu sekaligus telah menimbulkan kemarahan kepada pihak pembangkang.

Sehubungan itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon mengarahkan Hanipa untuk menarik balik kenyataannya itu.

Disebabkan enggan memanjangkan kekecohan antara kedua belah pihak, Hanipa akhirnya menarik semula kenyataan yang dibuat ke atas Azalina dan memohon maaf.

 

Respon Warga Maya

Bagi warga maya, ramai yang menganggap pertikaman lidah yang berlaku di antara Hanipa dan Azalina itu sebagai ‘lumrah politik’.

Sumber: Malaysiakini

Asal ada pandangan yang tidak sehaluan, mulalah bertikam-lidah di khalayak umum dengan bermacam-macam panggilan yang amat mendukacitakan.

Sudah lah zaman sekarang ini boleh dikatakan isu mengenai rupa bentuk badan, warna kulit dan penampilan diri seseorang itu menjadi kebimbangan dalam masyarakat.

Lebih memalukan, trend sebegini juga terbawa-bawa ke dunia politik, seakan-akan ianya dianggap sebagai sesuatu yang ‘normal’ pula.

 

Jadilah Pemimpin Yang Matang

Apa-apa pun dalam isu ini, tidak kiralah anda berada di barisan kerajaan mahupun pembangkang, tunjukkan tingkah laku yang baik kepada masyarakat.

Jangan disebabkan politik, kita lupa untuk menjaga adab sesama sendiri dan tidak rugi jika kita mendengar terlebih dahulu pandangan orang lain.

Manalah tahu jika ada pandangan atau idea-idea bernas yang boleh digunakan untuk kebaikan bersama. 

Namun, jika inilah yang anda sajikan kepada rakyat, esok lusa jangan pelik pula sekiranya rakyat hilang rasa hormat terhadap pemimpin-pemimpin mereka disebabkan keegoan masing-masing. 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa komen anda?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN