Beberapa hari lepas, makanan segera popular Mc Donalds (MCD) telah keluarkan satu lagi menu baru yang menjadi kegilaan atau ‘trend’ masyarakat Malaysia saat ini iaitu ‘Ayam Goreng Extra Spicy 3X’ yang mana tahap kepedasannya tiga kali ganda dari ayam goreng MCD biasa.

Melihat kepada warna kulitnya oren memikat, kerak yang garing, pasti membuka selera sesiapa sahaja. Terutama rakyat Malaysia ini yang ‘pantang’ mendengar mengenai makanan. Sebab itu peratusan pesakit obesiti sangat tinggi di negara ini.

Banyak juga diantara pelanggan merungut kerana cawangan MCD yang mereka pergi seringkali kehabisan stok ayam goreng tersebut ekoran permintaan yang tinggi dari pelanggannya.

Yang mana pernah mencuba ayam goreng ini, semua tidak menafikan bahawa ayam tersebut benar-benar pedas.

 

Usus Boleh Berlubang

Disebabkan rasa yang terlalu pedas, kebanyakkan dari pelanggan yang memakan ayam tersebut mengalami sakit perut dan cirit-birit.

Lebih malang lagi ada yang terpaksa pergi ke klinik bagi mendapatkan ubat kerana tidak tahan dengan sakit perut yang dialami.

Malah doktor yang merawat menyatakan makanan yang terlampau pedas dan dimakan dengan banyak boleh mengakibatkan usus tercedera atau berlubang dan juga boleh menyebabkan buasir.

Ini kerana menurut doktor tersebut, cili yang digunakan bukanlah rasa cili yang sebenar yang selalu digunakan didalam masakan tetapi lebih kepada rasa pedas buatan.

 

Eat At Your Own Risk

Dalam pada masa yang sama, penyanyi yang juga chef selebriti, Dato Fazley Yaakob turut berkongsi bahawa rakan dan kakitangannya juga sakit perut dipercayai memakan ayam goreng extra spicy ini.

Beliau bernasib baik katanya kerana tidak membelikan ayam tersebut untuk anak-anaknya.

Malah Fazley turut mempersoalkan mengenai ‘peringatan’ didalam iklan  untuk mempromosikan menu baru ini yang dilihat seolah-olah kenyataan ‘cuci tangan’ atau tidak mempedulikan kepada kesan yang mungkin akan berlaku kepada pelanggan.

Bagi menu ini, MCD telah mengeluarkan “peringatan: Eat At Your Own Risk” yang membawa maksud pelanggan perlu menanggung sendiri ‘akibat’ dari memakan menu ini.

Itu mungkin hanya strategi MCD untuk melariskan jualan ayam goreng tersebut dan tidak sewajarnya sekiranya pihak MCD benar-benar memaksudkan apa yang dinyatakan itu. Ini kerana sebagai pengeluar makanan, mereka perlu bertanggungjawab di setiap kesan yang dialami oleh pelanggan.

 

 

 

MCD Tak Paksa Makan

Disebalik ramai yang mengadu mengenai kesan sakit perut yang dialami mereka selepas memakan ayam goreng pedas 3X itu, ada yang berpendapat sepatutnya mereka yang tidak tahan dengan tahap kepedasan melampau tidak perlu untuk mencuba menu ini.

Ia bergantung kepada kepada diri masing-masing dan tiada paksaan yang dibuat oleh MCD untuk membeli menu yang menjadi kegilaan ramai itu.

Setiap orang pasti lebih arif tentang tubuh badan masing-masing dan mengetahui tahap kepedasan mana yang mampu dihadam oleh tubuh.

Selain itu ada juga pelanggan meminta MCD untuk menarik semula menu baru ini yang dianggap tidak sihat untuk dimakan dan memberi kesan buruk.

Adakah MCD perlu menarik semula menu tersebut?

Tips Makan Pedas

Ada diantara kita lebih gemarkan memakan makanan pedas kerana ia akan membuka selera dan lebih merasa nikmat ketika makan.

Tetapi ada yang tahap kepedasannya terlalu pedas seperti ayam goreng extra spicy ini. Selalunya apabila pedas menyerang mulut kita, dengan pantas kita akan meminum air dan cara itu tidak menghilangkan rasa pedas tersebut sebaliknya akan membuatkan mulut kita terasa lebih pedas dan panas.

Terdapat beberapa bahan yang boleh anda gunakan untuk menghilangkan rasa pedas ini seperti porduk tenusu. Ini kerana di dalam susu terdapat protein yang akan menghilangkan capsaicin dan mengurangkan haba pedas. Susu Coklat juga boleh menghilangkan rasa pijar.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan beberapa sudu minyak zaitun dan letakkannya di lidah. Mintak zaitun mempunyai lemak yang dapat menyejukkan dari haba pedas.

Untuk pengetahuan, gula juga boleh meneutralkan haba dari makanan pedas yang dimanakan. Gula akan menyerap minyak pedas.

Jus lemon juga antara yang boleh menghilangkan rasa pedas pada lidah kerana ia berakali. Selain lemon tomato dan nanas juga perlu anda cuba.

 

Pedas Boleh Hilang Ingatan

Lazimnya apabila menyebut mengenai makanan pedas pasti yang terlintas di fikiran ialah sakit perut dan penyakit yang berkaitan masalah perut.

Tetapi untuk pengetahuan, memetik dari laporan thereporter, kajian dari Universiti of South Australia dan Qatar University mendapati, individu yang suka makan makanan pedas setiap hari berisiko mengalami dementia (nyanyuk, pelupa atau hilang memori). 

Individu yang makan lebih dari 50 gram cili sehari berisiko dua kali ganda mengalami masalah memori. Keputusan itu juga mendedahkan, masalah itu lebih mudah berlaku kepada individu yang badannya kurus.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah Ayam Goreng Extra Spicy 3X Perlu Dihentikan?
79 votes · 79 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN