Tidak dapat digambarkan keperitan yang dialami oleh adik Azalea Hani ketika kuah sambal popia yang sedang dimasak oleh makciknya tertumpah ke badannya. Niat ahli keluarganya membawa Azalea untuk meziarahi dan bermain bersama sepupu-sepupu yang lain bertukar tragedi buat si kecil ini kerana hampir keseluruhan badannya melecur.

Sumber ; The Speedy of Viralisme

Menurut sumber, kecederaan adik Azalea agak teruk sehingga dia terpaksa di tukar ke unit rawatan rapi kerana jangkitan di bahagian kulit yang melecur sudah mula merebak ke seluruh badannya. Setakat ini sudah 6 kali pembedahan dilakukan bagi membuang kulit mati dari badan adik tersebut.

 

Pagar Keselamatan Penting Sebagai Langkah Keselamatan

Sumber : Google

Bagi ibubapa yang ada anak kecil, sangatlah penting untuk mereka memastikan keselamatan di rumah mereka berada di tahap yang terbaik. Memang leceh dan mungkin akan melibatkan kos namun  pastinya ibu bapa tidak mahu sesuatu yang buruk terjadi kepada anak-anak mereka.

Terlalu banyak kes yang pernah dilaporkan sebelum ini sehingga mengakibatkan kematian. Kes kanak-kanak tertusuk pisau, terkena air panas, kanak-kanak lemas dibilik air, tertelan ubat-ubatan dan sebagainya.

Cukuplah dengan contoh-contoh yang sedia ada, semua pihak terutamanya dikalangan ahli keluarga perlu memainkan peranan dan menjaga bersama keselamatan anak-anak kecil.

Sumber : impiana.com

Mungkin harga pagar keselamatan ini agak mahal, namun ibu bapa boleh memilih untuk membeli barang terpakai yang banyak dijual samada di laman sesawang mahupun kedai-kedai perabot terpakai. Selain itu ibu bapa juga boleh membuat sendiri pagar keselamatan mengikut kreativiti mereka.

 

Tips Menjadikan Rumah ‘Kids Friendly’

Pelbagai initiatif dan langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa dalam memastikan rumah mereka selamat untuk dihuni oleh anak-anak kecil. Antaranya ialah :

  1. Pagar Keselamatan
  2. Span Untuk Lindungi Bucu Tajam Perabot
  3. Racun Serangga dan Ubat-ubatan di simpan di tempat tinggi
  4. Pintu tandas sentiasa bertutup dan berkunci
  5. Pisau dan alatan tajam disimpan didalam laci
  6. Letak alas kaki yang sesuai dibahagian dapur dan sinki bagi elak tergelincir
  7. Elakkan penggunaan perabot yang berbahaya seperti meja kaca

Adik Azalea Hani Perlukan Sumbangan Kilat

 Seperti yang dimaklumkan oleh makcik kepada mangsa, adik Azalea disarankan oleh doktor untuk lakukan pembedahan kerana jangkitan kuman di badannya semakin merebak dan komplikasi yang lebih besar boleh terjadi jika pembedahan tidak dilakukan segera.

Disini disertakan maklumat yang berkaitan dengan kes ini dan nombor akaun bank bagi yang ingin membuat sumbangan untuk adik Azalea.

Sumber : Facebook

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, perlukah pagar keselamatan dipakai oleh setiap ibu bapa yang mempunyai anak kecil di rumah?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN