Fenomena cuaca panas dan kering ketika ini menjadi tanda tanya masyarakat mengenai situasi yang sedang melanda negara.

Sumber: Bernama

Ianya berikutan tanda awal fenomena ‘heat stroke’ atau strok haba berikutan cuaca panas yang akan melanda negara sehingga pertengahan April ini.

Sejak semalam, suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 celcius juga dicatatkan berlaku di 10 kawasan semenanjung selama tiga hari berturut-turut yang dikategorikan pada tahap satu iaitu dalam fasa berjaga-jaga

10 kawasan tersebut termasuk di Chuping (Perlis), Kubang Pasu, Kota Setar, Sik (Kedah), Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta (Perak), Maran (Pahang), Kepong (Kuala Lumpur) dan Muar (Johor).

Manakala negeri lain yang tidak berada di tahap satu, mencatatkan suhu harian maksimum di bawah 35 celcius.

 

Mengapa Ia Dipanggil Strok Haba?

Sumber: Astro Awani

Heat stroke atau strok haba berlaku disebabkan pemanasan global atau fenomena ekuinoks yang sering melanda negara setiap tahun pada Mac dan September.

Pada ketika itu, matahari akan berada tepat di atas garisan Khatulistiwa dengan suhu paling panas antara jam 12 tengah hari sehingga 3 petang.

Jadi, tidak hairanlah negara kita ketika ini sedang mengalami fenomena strok haba yang mana ia boleh menyebabkan badan seseorang itu menjadi terlalu panas disebabkan terdedah kepada tenaga dalam suhu yang tinggi sekaligus menyebabkan paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 celcius.

Sumber: Iluminasi

Apabila kelembapan persekitaraan mencapai 100 peratus, ia menyukarkan penyejatan peluh sekaligus menyebabkan badan seseorang itu hilang keupayaan untuk menghilangkan haba.

Apa yang membimbangkan, sekiranya seseorang itu mengalami strok haba dan tidak dirawat, ia boleh membawa kepada kematian serta mendatangkan risiko hipertermia (penyakit berkait pemanasan) buat warga tua, pesakit diabetes juga              mereka yang obesiti.  

 

Tanda Terkena Strok Haba

Mungkin kita biasa dengar, strok haba ini hanya akan terkena kepada manusia sahaja. Namun, haiwan juga tidak terkecuali untuk dapat kesan yang sama.

Sumber: Sinar Harian

Tidak kira di mana sekalipun anda berada, sekiranya anda kerap sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walapun berada dalam suhu yang panas serta denyutan nadi pantas, berkemungkinan besar itu salah satu tanda untuk mendapat strok haba.

Bukan itu sahaja, tanda-tanda lain dari segi fizikal juga termasuk otot lemah, kejang, muntah,kulit menjadi kering dan kemerahan, sawan serta mudah pitam.

Selain itu, suhu panas yang tinggi juga boleh mengundang komplikasi yang lebih teruk kepada sistem saraf otak sehingga menyebabkan seseorang itu sawan, koma sekaligus membawa kepada kematian.

Kes Melibatkan Strok Haba

Sumber: Utusan Online

Pada tahun 2016, kes melibatkan strok haba pernah menggemparkan negara apabila seorang pelatih konstabel lelaki, Azizan Ayob, 23, menjadi mangsa pertama yang maut akibat mengalami masalah dehidrasi yang kritikal ketika menjalani latihan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Segamat.

Mangsa ketika itu didedahkan kepada cuaca dan suhu yang terlalu tinggi selain menghadapi kekurangan air dalam badan sehingga sampai ke satu tahap teruk yang menyebabkan sistem saluran darahnya pekat dan mengundang masalah penyaluran darah ke tisu-tisu hingga tidak mendapat oksigen yang mencukupi.

Malah bagi tahun 2018, seramai 61 peserta kursus pemilihan Unit Tindakan Khas yang sedang menjalani latihan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Bukit Sentosa Kuala Kubu Bharu, dikejarkan ke hospital selepas diserang strok haba.

Daripada jumlah itu, 16 mangsa telah dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

 

Orang Ramai Diminta Berjaga-Jaga, Kurangkan Aktiviti Luar

Sumber: Astro Awani

Namun usah bimbang, strok haba ini boleh diramal dan dicegah sekiranya kita mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengurangkan aktiviti luar seperti berikut:

  • Elakkan aktiviti riadah apabila anda berada dalam keadaan letih, lapar atau dahaga yang keterlaluan di bawan sinaran matahari yang berpanjangan 
  • Minum air dalam kuantiti banyak sekurang-kurangnya 3 hingga 4 liter sehari 
  • Pakai pakaian yang diperbuat dari 100% kapas kerana bahan itu membenarkan penyejatan peluh yang maksimum
  • Pakai topi dari bahan kapas kerana lebih 40% daripada kehilangan haba berlaku di bahagian kepala
  • Elakkan berjalan atau lakukan aktiviti di atas permukaan panas seperti simen dan bitumen
  • Amalkan pemakanan sihat dan seimbang 

KATA ORANG

KATA ANDA

Patutkah semua sekolah di seluruh negara menghentikan sementara aktiviti diluar kelas ekoran suhu yang tinggi ketika ini?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN