Sebut sahaja mengenai makanan, rakyat Malaysia pasti teruja mengenainya. Pantang ada makanan viral sikit pasti serbu.
Tidak kira bangsa mana sekalipun, setiap dari kita pasti tidak akan ketinggalan untuk menikmati pelbagai pilihan sajian semahunya-mahunya tanpa mengira waktu termasuk lewat tengah malam.
Itu belum lagi mereka yang sanggup memandu jauh dan beratur panjang semata-mata untuk mencari kedai makan yang sedang ‘hangat’ di viralkan.
Namun, di sebalik keseronokan itu, adakah kita sedar bahawa sekiranya kita salah memilih makanan, kita bakal terdedah kepada masalah kesihatan kronik seperti diabetes yang merupakan satu daripada masalah kesihatan yang terkenal sebagai pembunuh senyap atau ‘silent killer’ ?
Apa Itu Diabetes?
Diabetes atau bahasa mudahnya, penyakit kencing manis adalah penyakit yang tidak asing lagi buat rakyat Malaysia.
Penyakit ini berlaku di mana tahap gula di dalam darah lebih tinggi dari normal dan kegagalan fungsi pankreas dalam menghasilkan insulin dengan sempurna.
Malah, penyakit ini juga boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu jenis satu dan jenis dua.
Jenis satu merujuk kepada penghasilan insulin yang tidak mencukupi oleh kelenjar pankreas dalam badan pesakit yang biasa terjadi secara tiba-tiba terhadap golongan muda yang mempunyai sejarah penyakit diabetes dalam keluarga. Â
Diabetes jenis dua pula merujuk kepada insulin tidak sensitif yang sedia ada dalam badan pesakit yang biasanya menjelma secara perlahan pada mereka yang berumur dan yang mempunyai sejarah kencing manis dalam keluarga.
Kawal Kadar Gula Dalam Pemilihan Makanan
Macam mana boleh berlakunya diabetes? Adakah disebabkan hanya tersalah memilih makanan sahaja menyebabkan kita terdedah kepada penyakit ini?
Perkara itu sama sekali diakui Ahli Jawatankuasa Pusat Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (Perdim) Dr Norman Mohd Norawi  yang menegaskan bahawa, pemilihan makanan yang salah menjadi punca ramai rakyat negara ini terdedah kepada diabetes  walau pada usia yang muda.
Katanya, ia termasuk memilih menu atau makanan dengan kandungan lemak trans, gula putih serta karbohidrat yang tinggi.
Memang pada usia yang muda ini, perasaan ingin mencuba kesemua jenis makanan itu pastinya membuak-buak dalam diri.
Pantang sahaja nampak ayam bersalut keju atau makanan yang ‘luar biasa’, laju sahaja kita pergi mencubanya.
Itu belum lagi dengan pengambilan minuman yang mempunyai kadar gula tinggi seperti air berkarbonat, makanan mengandungi kadar gula tinggi serta makanan bergoreng serta manisan yang keterlaluan turut membolehkan kita terdedah kepada risiko penyakit seperti ini.
 Diabetes Tidak Kenal Usia
Dalam hal ini, mungkin ramai menyangka penyakit diabetes hanya dapat dikesan dan dihidapi oleh orang dewasa ataupun individu gemuk sahaja.
Namun, sebenarnya, andaian ini tidak boleh dipandang ringan kerana penyakit diabetes dikategorikan sebagai salah satu penyakit kronik paling kerap dihidapi kanak-kanak dan anak muda!
Mengikut satu kajian yang telah dilakukan pada tahun 2011, lebih 3 juta rakyat kita dianggarkan menghidap penyakit kronik ini.
Mana tidaknya, mengikut rekod, Malaysia mempunyai jumlah penghidap penyakit kencing manis yang tertinggi di Asia dan antara yang tertinggi di dunia selepas Arab Saudi.
Bukan sahaja yang dewasa, kanak-kanak seawal usia empat tahun malah bayi yang baru lahir juga turut dikesan untuk menghidap penyakit ini kerana mewarisi penyakit daripada ibunya, sekiranya pemilihan makanan serta pengambilan kadar gula tidak dijaga.
Tidak kurang juga pada anak muda yang berusia 18 tahun ke atas sering berdepan komplikasi pelbagai penyakit seperti hypertensi (tekanan darah tinggi) dan sakit jantung.
Oleh itu, walaupun kita masih muda, adalah penting untuk kita mempunyai kesedaran awal mengenai penyakit ini yang mana ia boleh menyerang sesiapa saja tanpa mengira usia termasuk bayi dan anak kecil yang baru bertatih.
KATA ORANG
Kalau ada penyakit kronik like diabetes or kidney failure, tu mesti datang bincang dengan doktor dan dietitian sebelum makan apa2. Sebab tu lah kami risau sangat bila ada yang suka makan macam2 supplements sebab tak semuanya bagus untuk pesakit kronik. Boleh rosak semua organ. https://t.co/5AeNyey1mI
— Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) December 28, 2018
Elok buat larangan minum air bergula ditempat awam
— mr han (@mrhan_mrhan) November 27, 2018
Diabetes tidak dpt disembuhkan sepenuhnya. Pesakit dpt hidup sihat tanpa komplikasi jika mereka mengamalkan gaya hidup & pemakanan sihat
— infosihat2u© (@infosihat2u) May 23, 2017
Boleh tak kalau kita buat satu gerakan, utk kurangkan gula dlm minuman seluruh Malaysia?
— Puteri Nurul (@puterinurul88) February 14, 2019
Ke semua org mmg suka air manis potong kaki ni??