Sejak semalam, tular di media sosial mengenai isu makanan laut yang didakwa dicemari dengan logam berat di Sungai Muar dan Selat Melaka.

Sumber: Astro Awani

Hasil laporan yang dijalankan sepasukan penyelidik dari Universiti Malaysia Terengganu itu juga turut menasihatkan orang ramai untuk mengurangkan pengambilan makanan laut kerana dikhuatiri dijangkiti penyakit akibat keracunan logam terbabit.

Apa yang dilaporkan itu bagaimanapun telah menimbulkan panik kepada orang ramai yang rata-ratanya risau untuk membeli makanan laut di pasar apatah lagi memakannya.

 

Pencemaran Dikesan Akibat Aktiviti Manusia

Sumber: Villagerspost.com

Menurut laporan itu, punca utama yang menyebabkan berlakunya pencemaran itu tidak lain tidak bukan adalah disebabkan pencemaran akibat aktiviti manusia.

Mana tidaknya, sekiranya aktiviti manusia tidak dikawal dengan baik ia secara tidak langsung boleh menyumbang risiko pencemaran kepada hidupan marin serta spesis makanan yang bercengkerang.

Lebih-lebih lagi makanan laut yang bercengkerang, kebiasannya hidupan itu tidak akan berganjak ke tempat lain seperti ikan.

Jadi, ada kemungkinan untuk habitat itu juga dicemari dengan logam berat selepas kajian dilakukan terhadap sampel sedimen, air laut, plankton, hibentos dan mikro plastik di perairan tersebut.

Sumber: SirapLimau

Malah, empat spesis hidupan laut kerang-kerangan seperti tiram, kepah, lokan dan kerang juga perlu dikurangkan meskipun kesemua spesis makanan itu masih selamat untuk dimakan kerana berada di bawah kandungan logam di bawah Malaysia Food Regulation (1983).

Pun begitu, sebagai langkah berjaga-jaga, orang ramai perlu mengurangkan pengambilan makanan laut berkerang bagi mengelak risiko dari terkena penyakit akibat keracunan logam berat yang boleh membawa maut.

 

Antara Kawasan Yang Dikesan Berisiko

Sumber: Era Baru

Menurut hasil kajian itu juga, antara kawasan yang berisiko dicemari dengan logam berat itu adalah di sekitar pelabuhan di perairan Johor, Pelabuhan Klang dan muara sungai di Pulau Pinang.

 

 

Kesan Terhadap Kesihatan Manusia

Apabila bercakap mengenai keracunan makanan laut, ianya boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu ejen jangkitan dan ejen toksin.

Ejen jangkitan termasuk virus, bakteria, parasit dan ejen toksin atau dalam bahasa mudahnya, racun adalah terhasil secara semula jadi dalam makanan laut akibat pencemaran kimia daripada bahan buangan industri seperti logam berat, dioksin dan pestisid.

Sumber: Hello Sehat

Apabila makanan laut ini diancam dengan kepekatan logam yang berat, seseorang itu akan terkena keracunan termasuklah perut memulas atau berpeluh tanpa sebab, demam, rasa sejuk walaupun cuaca panas, sakit kepala, loya dan mual.

Selain itu, keadaan pengeluaran najis juga akan sedikit luar biasa yang mana najis seseorang akan bertukar menjadi cair.

Apa yang paling menakutkan, keracunan logam terhadap hidupan laut juga boleh menyebabkan kematian.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, perlukah denda yang lebih tinggi atau hukuman yang lebih tegas dikenakan terhadap mereka yang didapati bersalah melakukan pencemaran ini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN