Sektor perikanan merupakan salah satu sektor ekonomi yang begitu penting kepada negara. Sektor ini juga memainkan peranan sebagai penyumbang sumber protein termurah.

Aktiviti perikanan boleh dianggap sebagai satu pekerjaan yang tidak tetap kerana dipengaruhi oleh pelbagai elemen luaran seperti cuaca, musim dan keadaan laut.

Namun, sebahagian besar nelayan menganggap kegiatan menangkap ikan merupakan satu pekerjaan tetap dan perlu dilakukan sepenuh masa dan harus diteruskan walau apa pun yang terjadi.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub mengulas berkenaan industri perikanan negara mengahadapi cabaran kekurangan penglibatan golongan muda dalam industri berkenaan.

Tambahnya lagi, pihak kementerian akan merencana pelbagai pendekatan dalam memodenkan industri perikanan untuk menarik golongan muda dalam melibatkan diri dalam industri ini.

Penglibatan Awak-Awak Warga Asing

Kekurangan golongan muda dalam industri perikanan ini disebabkan oleh pemilik bot lebih gemar menggaji awak-awak warga asing bagi membantu mereka.

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) turut memandang serius terhadap masalah kebanjiran pekerja warga asing yang menjadi awak-awak di bot nelayan tempatan di seluruh negara.

sumber: mStar

Bot-bot nelayan yang besar memerlukan kru yang ramai dan di sebabkan tidak ramai warga tempatan yang bekerja dalam sektor perikanan ini terutamanya golongan muda, mereka terpaksa menggaji awak-awak warga asing untuk membantu mereka.

Anak muda memilih kerja?

Anak muda sering dilabelkan dengan kenyataan “memilih kerja” kerana mereka antara penyumbang kepada kadar pengangguran.

Anak-anak nelayan yang mendapat pendidikan formal bukan sahaja tidak membawa kebaikan tetapi membawa kesan yang negatif kepada sektor perikanan. Hal ini kerana mereka lebih berminat untuk bekerja di sektor lain seperti perkilangan dan tidak berminat untuk meneruskan kerjaya keluarga mereka.

Selain itu, antara lain mengapa anak muda ini tidak berminat menceburkan diri dalam sektor perikanan adalah kerana aktiviti meneroka perikanan laut dalam mengambil masa yang lama sehingga berminggu di laut, aktiviti yang terbatas apabila tiba musim tengkujuh dan tidak mahu ambil risiko.

Tetapi tidak semua anak nelayan yang mendapat pendidikan formal bekerja di sektor lain, kerana bagi mereka menjadi kemestian dalam meneruskan kerjaya dalam bidang ini disebabkan oleh desakan ekonomi, ingin menyara keluarga dan peluang pekerjaan yang sukar diperolehi.

Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil Noor berpendapat jika anak muda diberikan pendedahan teknologi mampu menarik minat mereka untuk menyertai sektor perikanan dan pihaknya akan berusaha dalam mecari kaedah baru untuk menarik minat mereka.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah golongan muda akan tertarik untuk bekerja di sektor perikanan sekiranya kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan dan pemodenan sektor ini?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN