Setiausaha Agung Parti Islam Semalaysia (Pas), Datuk Takiyuddin Hassan, telah mengesahkan Nik Abduh mengakui suara dalam audio tersebut miliknya. Rakaman yang berkisar soal perbincangan bersama seorang lagi individu mengenai dakwaan menerima wang dari UMNO serta kerjasama dengan UMNO bagi pilihan raya di Sarawak.

Sumber: Astro Awani

Walaupun rakaman audio tersebut miliknya tetapi tidak bermaksud menggambarkan perkara sebenar.

Takiyuddin menambah, bagi memahami konteks ayat di dalam audio tersebut, seseorang perlu melihat dan meneliti secara keseluruhan. Sekiranya ambil separuh maka konteks ayat tersebut akan berubah menjadi maksud yang lain.

 

Sumber: Free Malaysia Today

Timbul Sebelum PRU Ke-14

Isu tersebut timbul sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 tahun lalu apabila Husam Musa yang merupakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan mencabar Nik Abduh menafikan suara rakaman audio tersebut miliknya.

Beliau turut bersedia disaman oleh Nik Abduh sekiranya dakwaan yang dikemukakan itu tidak benar.

Sumber: The Coverage

Sebelum Ini Menafikan

Mengikut rekod, Nik Abduh yang juga merupakan ahli Parlimen Bachok menafikan sekeras-kerasnya dakwaan audio yang tular sekitar Mac tahun lalu adalah suaranya dan menjelaskan itu merupakan fitnah yang dilemparkan kepadanya.

Rakaman audio tersebut mengandungi ucapan yang ‘membuktikan’ penyaluran wang oleh UMNO kepada Pas.

Beberapa pimpanan Pas turut mendakwa suara rakaman audio tersebut bukan milik Nik Abduh. Antaranya, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. Bagi Mohd Amar, penafian bagi ‘tuan punya badan’ adalah memadai bagi Pas.

Sumber: Ismaweb

Dapat Restu Presiden

Nik Abduh berkata, penafian sebelum ini dilakukan atas desakan keras pimpinan Pas. Pada mulanya beliau enggan dan menolak untuk menafikan, tetapi pimpinan atasan berkeras meminta beliau menafikannya.

Fitnah mesti ditutup, itu hujah mereka. Malah, tindakan tersebut turut direstui Presiden Pas Abdul Hadi Awang.

Beza Maksud Duit Dari Parti UMNO Dan Orang UMNO

Takiyuddin menambah, Pas sentiasa menerima sumbangan daripada sesiapa yang ingin memberi tanpa perlu tanya orang UMNO ke atau orang Pas.

Beliau memberi contoh bila Tok Guru Nik Aziz nak buat sekolah Maahad Darul Anwar, ada orang berideologi UMNO nak bagi sumbangan, bukan bermaksud duit tersebut daripada parti UMNO tetapi duit daripada orang atau ahli UMNO sendiri.

Sumber: Ilham Centre

Mahu Jaga Reputasi Parti

Melihat kepada bahang PRU yang semakin hampir pada ketika itu, secara jelas tindakan Nik Abduh menafikan rakaman audio tersebut bertujuan mahu menjaga reputasi parti.

Ini kerana, Kelantan merupakan kubu kuat Pas dan perlu dipertahankan dalam persaingan tiga penjuru bagi memastikan kelangsungan parti tersebut terpelihara.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah isu ini akan memberi persepsi yang buruk terhadap Pas?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN