Sumber : Facebook S.M All Saints Likas

Sebuah sekolah menengah di negeri Sabah yang dikenali Sekolah Menengah All Saint Likas yang bertempat di Kota Kinabalu dikatakan mengasingkan pelajar-pelajar tingkatan 1 mengikut agama. Secara keseluruhan, bagi pelajar tingkatan 1 mempunyai 4 kelas bukan beragama Islam dan dua kelas bagi pelajar beragama Islam.

Tindakan pengetua sekolah berkenaan yang dikatakan tidak selari dengan dasar kerajaan untuk tidak mempunyai pemisah antara agama dan bangsa menerima kecaman teruk dari ibu bapa pelajar sekolah berkenaan yang bertindak menulis sebuah petisyen dan dihantar ke Kementeriann Pendidikan Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

Insiden ini secara tidak langsung memburukkan nama negeri Sabah yang terkenal dengan keharmonian dan kesejahteraan yang dibina oleh setiap rakyat disana selama berkurun lamanya. Tidak dapat dipastikan mengapakah pengetua sekolah tersebut bertindak sedemikian, yang pasti tindakan tersebut tidak dipersetujui oleh pelajar dan ibu bapa pelajar kerana seolah-olah cuba mencalar keamanan negara yang lama terbina.

Sumber : Fiona Wong

Mengikut sumber, sekolah berkenaan diarahkan serta merta untuk mengubah semula sistem agihan kelas sepert sekolah-sekolah lain.Pengetua sekolah juga dikatakan kurang peka dengan suara pelajar dan ibu bapa dan sering membuat keputusan yang merosakkan imej dan nama baik sekolah.

 

Malaysia Negara Majmuk

Sumber : Aswazhami.wordpress

Sudah jelas lagi bersuluh, Malaysia merupakan negara yang terkenal di mata dunia dengan imej rakyat yang berbilang kaum dan agama. Setiap rakyat bebas mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing asalkan ia diamalkan secara aman dan tidak mengugat kesejahteraan negara.

Corak kehidupan berbilang agama dan bangsa ini boleh dikatakan sudah sebati dalam hati setiap rakyat Malaysia kerana ia seperti saling melengkapi satu sama lain.

 

Adakah Ini Provokasi?

Jika dilihat sekarang, makin hari makin meningkat pelbagai jenis provokasi yang cuba dilakukan oleh individu yang kurang bertanggungjawb. Luahan-luahan di media sosial yang berkait dengan sensitiviti sesebuah agama dicalarkan sewenang-wenangnya tanpa memikir perasaan orang lain.

Contohnya isu pergaduhan di kuil, isu menghina Nabi dan bermacam-macam lagi isu lain yang boleh menjadi titik tolak bermula pergaduhan antara kaum. Tidak bersyukurkah kita dengan keamanan yang dikecapi selama ini? Mengapakah kita perlu bergaduh sesama sendiri, dan memporak-perandakan keselamatan dan kesejahteraan negara?

 

Nilai Moral Perlu Ditanam Sejak Kecil

Mungkin ada yang kurang sedar tentang kepentingan penerapan nilai-nilai moral di dalam diri pelajar perlu dilakukan seawal yang boleh. Pelajar perlu diajar untuk saling bergaul dan berinteraksi dengan pelajar lain yang berlainan agama dan bangsa supaya mereka boleh saling memahami budaya dan kepercayaan yang berbeza-beza ini dengan lebih baik.

Lihat saja diskriminasi yang secara tidak langsung berlaku di peringkat sekolah, apabila hanya pelajar melayu saja yang rata-rata menjadi pemain bola sepak sekolah dan hanya pelajar cina yang selalunya menjadi wakil pasukan bola keranjang sekolah.

Mengapakah ini berlaku? Adakah ini salah satu diskriminasi senyap yang cuba dilakukan? Bukankah semua pelajar perlu diberi peluang untuk mencuba apa sahaja yang mereka mahu?

Memupuk sifat dan nilai moral yang tinggi di dalam diri seseorang bukanlah satu kerja yang mudah, malah mungkin mengambil masa yang cukup lama untuk membuatkan seseorang faham nilai sesuatu.

Lihat saja contoh yang ada, orang dewasa sepatutnya lebih matang dan bermoral membuang sampah merata-rata dan tidak menunjukkan sikap saling menghormati agama lain menjadi contoh yang buruk buat anak-anak muda.

 

 

Jepun Contoh Baik Untuk Dijadikan Teladan

Jika dilihat sistem pendidikan di Jepun, ketika fasa awal persekolahan, kanak-kanak tidak terlalu ditekankan sangat dengan pendidikan dan mengejar gred. Namun mereka dilatih dan diajar untuk mempunyai etika diri yang tinggi dan membina nilai moral di dalam diri kanak-kanak yang masih muda ini.

Kanak-kanak dibenarkan bermain dan meneroka persekitaran mereka, disokong untuk saling bergaul dengan rakan-rakan sebaya, malah tanggungjawab menjaga kebersihan sekolah diagihkan kepada setiap pelajar.

Bukan untuk membebankan pelajar namun untuk menjaga mereka kepentingan menjaga kebersihan dan memikul tanggungjawab.

Mungkin kerana inilah, negara Jepun merupakan antara negara yang mempunyai nilai disiplin dan moral yang terbaik di dunia.  Dan semestinya, mereka wajar dijadikan teladan supaya negara kita juga dapat bergerak seiring dengan negara maju yang lain.

 

 

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah tindakan pengetua sekolah tersebut telah memburukkan imej sistem pendidikan di Malaysia?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN