Siapa tidak kenal dengan pelakon Rozita Che Wan atau dikenali sebagai Che Ta yang terkenal dengan fesyen bulu mata palsu dan mempunyai suami yang lebih muda iaitu pelakon Zain Saidin.

Sumber: Viral and Glamour

Beberapa bulan lalu, laman sosial Instagramnya dibanjiri dengan komen netizen berhubung anak tunggal perempuannya hasil perkahwinan baru dengan Zain iaitu Aaisyah Dhia Rania, 3, yang menjadi duta produk makanan tambahan untuk kanak-kanak.

Netizen mendakwa Che Ta seolah-olah mempergunakan anak perempuannya itu untuk mengaut keuntungan.

Netizen juga menyifatkan tindakan itu sebagai strategi untuk melariskan jualan produk berkenaan.

Che Ta Guna Anak Jual Produk?

“Tiada niat saya untuk memanipulasi anak sendiri,” itu jawapan Che Ta apabila timbul komen-komen netizen mengatakan beliau menggunakan anaknya untuk melariskan produk.

Che Ta berkata, berikutan ramai yang bertanya apa yang Aaisyah makan sewaktu proses tumbesarannya, jadi beliau kongsikan ia sebagai produk makanan tambahan yang terbaik.

Malah katanya, apa yang dilakukan itu hanya untuk membantu golongan ibu bapa untuk mencuba produk berkenaan yang disifatkan dapat mengurangkan masalah kesihatan kepada kanak-kanak kerana ia merupakan produk yang berasaskan sunnah dan sesuai untuk kanak-kanak.

April lalu, Aaisyah Dhia Rania baru sahaja mengeluarkan produk suplemen kesihatan untuk kanak-kanak berusia 2 tahun keatas iaitu ‘Aaisyah Champ Champ’.

Selain produk makanan tambahan tersebut, Aaisyah juga telah dipilih sebagai duta rangkaian produk mandian organik bayi dan kanak-kanak, Mini Me pada 2016.

Pengasas produk Mini Me, Illi Nadiah Ibrahim menyataka faktor utama mengapa memilih Aaisyah adalah kerana populariti yang ada padanya.

Aaisyah ialah antara selebriti cilik dan model kanak-kanak popular di Malaysia dengan mengumpul 1.4 juta pengikut di akaun laman sosial Instagram.

Tidak mustahil juga ibu Aaisyah menjadikan anaknya duta produk makanan tambahan kerana populariti anaknya yang mempunyai pengikut ramai mengalahkan ramai artis di Malaysia ini.

Trend Artis Jadikan Anak Duta Produk Atau Model

Menjadikan anak sebagai duta adalah perkara yang tidak asing lagi dikalangan artis di Malaysia ini.

Ramai artis di Malaysia membenarkan anak mereka disunting syarikat-syarikat besar untuk dijadikan duta antaranya ialah anak pasangan Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari iaitu Lara Alana.

Sumber: Facebook

Lara Alana telah dipilih sebagai duta produk Yakult, Johnsons Baby Malaysia selain menjadi model dan mempunyai rancangan televisyen sendiri.

Selain itu, anak kepada Que Haidar dan Linda Jasmine iaitu Tengku Ratu Haidar & Tengku Cleopatra Haida yang seringkali menjadi model bagi beberapa pertunjukan peragaan.

Turut menjadi model adalah anak pengarah terkenal, Aziz M Osman, Puteri Nur Azzahra Aziz yang dipilih untuk menjadi model bagi beberapa produk dan iklan di samping berlakon dalam drama tempatan.

Bayangkan Lara Alana kanak-kanak berusia 4 tahun itu telah mula membayar cukai pendapatan di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sejak tahun lalu. Agaknya berapa mereka dibayar bagi satu produk atau iklan ya?

Kesan Anak Bekerja Ketika Kecil

Jangan fikir orang dewasa sahaja boleh mengalami stres atau tekanan, anak kecil juga boleh mengalami perkara tersebut.

Sarada Devi R. Subramaniam, Pegawai Psikologi Unit Kaunseling Keluarga, Bahagian Pembangunan Keluarga, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) ada menyatakan anak kecil boleh mengalami tekanan jika pergerakan mereka terlalu dikawal atau disekat.

Anak kecil katanya perlu dibenarkan bermain kerana ia juga satu bahantara pendidikan dan terapi terbaik untuk menangani tekanan.

Seperti artis-artis ini, mereka jangan terlalu mendesak anak mereka untuk bekerja sehingga lupa terhadap kemahuan dan apa yang anak mereka perlukan.

KATA ORANG 

 

KATA ANDA 

 

.
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN