Pada 31 Disember 2018, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad merasmikan arca ‘Putrajaya’, iaitu mercu tanda tarikan terkini di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan.

Sumber: Astro Awani

Dengan latar belakang Perdana Putra, yang menempatkan pejabat Perdana Menteri, arca yang direka bentuk dengan imej abstrak berwarna-warni itu menampilkan keunikan paparan imej grafik yang boleh ditukar ganti.

Majlis perasmian mercu tanda Putrajaya baharu di Dataran Putra, Presint 1 di Putrajaya itu turut dihadiri Presiden

Sumber: BebasNews

Perbadanan Putrajaya (PPj) Dr Aminuddin Hassim.

Arca berketinggian 2.4 meter (lapan kaki) yang diperkukuhkan dengan asas tapak huruf berkelebaran 1.5 meter (lima kaki) serta panjang keseluruhan huruf sepanjang 22 meter (66 kaki) itu dibina daripada ‘stainless steel’ (keluli tahan karat) supaya tahan lasak, manakala bahagian belakang huruf-huruf yang membentuk perkataan Putrajaya pula berimejkan kibaran Jalur Gemilang.

 

Arca ‘Putrajaya’ Lambang Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Sumber: Sinar Harian

Presiden PPj, Aminuddin berkata pembinaan arca hasil inspirasi pegawai-pegawai muda PPj itu menjadi manifestasi keutuhan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan persekutuan sejak dibangunkan pada 1995.

Beliau berkata, idea pembinaan arca itu antara perancangan pelan penceriaan Putrajaya yang dibentangkan kepada Perdana Menteri pada 12 Disember lepas dan kerajaan menetapkan tempoh sehingga Mac depan untuk disiapkan.

Aminuddin berkata, imej grafik pada perkataan itu akan ditukar setiap enam bulan sekali yang disesuaikan dengan tema semasa seperti sambutan hari kebangsaan.

 

Penggiat Seni Kata Ia Hanya Papan Tanda

Beberapa penggiat seni tidak bersetuju dengan penggunaan istilah ‘arca’ bagi merujuk mercu tanda terkini di Putrajaya yang diilhamkan PPj.

Sumber: arteri.search-art.asia

Memetik portal Malaysiakini, seorang pelukis kontemporari yang bergiat aktif dalam arena seni sejak 1996, Suddin Lappo, berkata, ia bukan sebuah arca tetapi hanya papan tanda tiga dimensi sahaja.

Beliau menganggap mungkin pembuat ‘Putrajaya’ itu sendiri yang menamakan ia sebagai arca ataupun berkemungkinan silap wartawan yang menggunakan istilah itu.

Sumber: picswe.com

Sementara itu, seorang kurator seni, Nur Hanim Khairuddin berkongsi pandangan sama bahawa mercu tanda berkenaan tidak sesuai dipanggil arca.

Katanya, ia bukanlah arca dalam konteks seni halus. Ia lebih kepada papan tanda yang diolah secara kreatif untuk pelancong yang suka bergambar atau mesar instagram semata-mata.

Meskipun tidak menolak pembinaan mercu tanda itu, Nur Hanim berkata, kawasan berkenaan lebih sesuai dihias dengan arca awam seniman dan pengarca negara.

 

Arca Perlu Bawa Maksud Lebih Besar

Sumber: Berita Harian

Suddin juga menyatakan arca awam Syed Ahmad Jamal yang telah dirobohkan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sebelum ini sebagai contoh.

Jelas Suddin, istilah ‘arca’ membawa maksud yang “lebih besar” dalam arena seni.

Jelasnya, tiada masalah nak bina mercu tanda tetapi ia tidak perlu dipanggil sebagai arca.

Suddin antara lain dikenali dengan lukisannya, The Subtitle yang pernah ‘ghaib’ dari Balai Seni Visual Negara (BSVN).

Itu antara pandangan penggiat seni di negara kita, mungkin pihak PPj perlu lebih meneliti maksud sebuah arca.

 

Arca Untuk Bodek Perdana Menteri?

Sumber: RoketKini

Penulis Hasmi Hashim yang sependapat berhubung penggunaan istilah ‘arca’ pula berkata, PPj perlu lebih peka dan tidak menjadikan projek seumpamanya “seakan-akan membodek perdana menteri”.

Katanya, PPj tidak boleh remehkan citarasa Perdana Menteri kerana beliau ada citarasa yang tinggi tapi sikap yang seakan-akan nak membodek perdana menteri ni boleh merendahkan citarasa perdana menteri.

Ulasnya, kritikan yang diberi ini dapat membuka mata pihak PPj dan kerajaan supaya tidak meneruskan lagi arca sebegitu. Namun, ia bukan langkah membantutkan usaha pihak tertentu, mungkin selepas ini arca sebenar dapat dibina dengan gah dan ia ada maksud serta melambangkan identiti dan maruah sesebuah kota.

Penulis lirik Awan Nano itu juga berkata , mercu tanda berkenaan “tidak sedondon” dengan binaan sekitarnya.

 

Rakyat Bantah Pembinaan Arca Yang Dianggap Membazir

Segelintir rakyat Malaysia melihat arca ini menganggap ia satu pembaziran yang tidak wajar. Disaat kewangan kerajaan semakin menipis kerana korupsi kerajaan terdahulu, sepatutnya kerajaan Pakatan Harapan memikirkan cara untuk memulihkan ekonomi rakyat sendiri.

Sumber: FB Malaysiakini

Mereka merasakan arca ini dibina tidak melambangkan apa-apa maksud, bangunan Putrajaya itu sendiri sudah melambangkan Putrajaya, dengan acra tulisan ‘Putrajaya’ ia sekadar perkataan sahaja dan tidak membawa maksud.

Ada yang mempersoalkan kos pembuatan ‘Putrajaya’ dianggap sebagai arca itu. Dan adakah projek pembinaan arca itu diberi kepada kroni dan sebagainya?

Persoalan ini timbul kerana kerajaan tidak mampu melaksanakan janji kepada rakyat mengikut manifesto Pakatan Harapan yang telah dibuat, tetapi arca ini boleh pula dibina dengan jayanya.

 

Daya Tarikan Pelancong

Sumber: Utusan Online

Ada juga rakyat Malaysia yang merasakan walaupun ia hanya arca perkataan ‘Putrajaya’ ia dapat menarik lebih ramai pelancong ke sana dan bergambar.

Ini juga salah satu daya tarikan pelancong tempatan dan asing ke Putrajaya.

Pada Februari tahun 2017, berlaku penurunan tiga peratus kedatangan pelancong asing ke negara ini berbanding 2016 adalah disebabkan penurunan sebanyak 3.9 peratus pelancong daripada pasaran ASEAN.

Namun, jumlah kedatangan pelancong dari negara-negara ASEAN ke Malaysia terus mendominasi pasaran dengan 75.1 peratus.

Ketibaan pelancong asing ke dalam negara adalah seramai 29,948,459 orang pada tahun 2017.

lndustri pelancongan Malaysia merupakan antara penyumbang utama kepada sektor perkhidmatan negara dengan sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 14.8 peratus atau RM182.4 bilion.

Industri ini juga merupakan penyumbang ketiga terbesar dengan sumbangan bernilai RM73.3 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar.

Di samping itu, guna tenaga industri pelancongan juga telah mencatatkan rekod tertinggi iaitu seramai 3.2 juta orang; iaitu sebanyak 22.7 peratus daripada jumlah guna tenaga keseluruhan pada tahun 2016.

Maka, dengan mercu tanda atau arca ini dapat menjana lagi pendapatan negara dan mengembalikan semula kos pembuatan arca Putrajaya itu.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah salah acra Putrajaya itu dibina?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN