Pada 20 Julai 1969, Neil Armstrong, Michael Collins dan Buzz Aldrin merupakan rakyat Amerika Syarikat pertama yang berjaya menjejakkan kaki ke Bulan dengan roket Apollo 11. 

sumber: cbs news

Beberapa jam kemudiannya, Neil Armstrong pula menjadi manusia pertama yang berjalan di atas Bulan dan ketika itu lebih 650 juta penduduk di Bumi menyaksikan detik bersejarah itu di televisyen. 

sumber: nasa

Setiap 16 Julai pada setiap tahun merupakan hari ulang tahun Apollo 11 yang dilancarkan pada tahun 1969 untuk mendarat ke Bulan. 

Namun, sehingga hari ini, masih terdapat segelintir masyarakat yang tidak mempercayai angkasawan dari Amerika Syarikat yang telah berjaya membuat pendaratan di Bulan 50 tahun lalu walaupun terdapat bukti yang kukuh.

 

Teori Konspirasi Bulan

Mengapa ramai yang tidak mempercayainya? Ini adalah disebabkan oleh konspirasi yang diwujudkan setelah tamatnya program misi ke Bulan pada tahun 1970-an.

Tetapi kewujudan teori konspirasi ini pada awalnya langsung tidak ada kena mengena dengan misi ke bulan, tetapi lebih kepada runtuhnya kepercayaan rakyat terhadap kerajaan Amerika Syarikat pada waktu itu.

sumber: rocket rundown

Pertikaian utama bagi mereka yang mendukung teori konspirasi Bulan ini ialah pada tahun 1960-an, program angkasa Amerika Syarikat pada ketika itu tidak memiliki teknologi yang cukup untuk menjalankan misi ke Bulan.

Oleh itu, teori ini mula diwujudkan dan menggambarkan bahawa pendaratan tersebut tidak berlaku dan mendakwa pihak The National Aeronautics and Space Administration (NASA) telah membuat pendaratan palsu untuk menang dalam perlumbaan angkasa dengan Soviet Union yang lebih maju kehadapan pada ketika itu.

 

“We Never Went to the Moon”

Bill Kaysing merupakan bekas pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat yang bekerja sebagai penulis teknikal untuk salah satu pengeluar roket Apollo NASA untuk misi ke Bulan.

sumber: BillKaysing.com

Beliau mendakwa bahawa dia mempunyai maklumat dalam tentang konspirasi kerajaan Amerika Syarikat untuk memalsukan pendaratan angkasawan di Bulan dan konspirasi tersebut ditulis dalam bukunya, We Never Went To The Moon: America’s Thirty Billion Dollar Swindle.

sumber: ebay

Teori konspirasi pendaratan Bulan ini bermula dengan ‘terjemahan semula’ segala bukti yang disiarkan oleh NASA kepada awam dan mencari percanggahan dalam rekod rasmi, namun mereka tidak pernah mencari maklumat dan bukti yang sebenarnya disembunyikan oleh kerajaan Amerika Syarikat berkenaan dengan misi tersebut.

 

Teori Konspirasi Adalah Tidak Benar

Para saintis dan pakar dari NASA, tampil dengan fakta-fakta yang kukuh untuk membuktikan bahawa pendaratan ke bulan tersebut adalah benar kepada mereka yang mempercayai teori konspirasi Bulan.

sumber: honeysuckle creek

Maklumat daripada bbc.co.uk, berikut antara sebab mengapa dikatakan pendaratan tersebut adalah palsu dan mengapa mereka salah?

1-Tiada Bintang Kelihatan Dari Bulan

sumber: nasa

Mengapa tiada satu bintang kelihatan di langit Bulan kerana gambar yang diambil menggunakan kamera dengan ‘exposure’ yang cepat. ‘Exposure’ dalam istilah fotografi ialah jumlah paparan cahaya yang diterima oleh sensor kamera dan dengan ‘exposure’ yang tinggi, kamera akan menghadkan jumlah cahaya yang datang dari latar gambar. Cahaya dari latar tidak terlihat kerana permukaan Bulan yang terlalu terang akibat dari cahaya matahari. Gambar yang diambil dengan kelajuan 1/150 sehingga 1/250 saat, dengan kelajuan ini sudah pasti cahaya bintang tidak akan terlihat di dalam gambar.

2-Bendera Berkibar Di Bulan

 

 

Mereka mendakwa di angkasa tiada udara, dan mengapa bendera Amerika Syarikat boleh berkibar di Bulan? Para saintis dan pakar menjelaskan bahawa walaupun ia kelihatan seperti bergerak, tetapi sebenarnya tidak. Jika dilihat dengan teliti, bendera tersebut di pasang pada batang berbentuk ‘L’ dan ketika mereka meletakkan batang di dalam permukaan bulan, secara tidak sengaja bendera tersebut berkedut dan kelihatan seperti berkibar.

 

3- Mustahil Manusia Boleh Melepasi Radiasi Van Allen Belt

sumber: nasa

Radiasi Van Allen Belt ialah radiasi daripada zarah bertenaga yang terperangkap dalam medan magnet Bumi. Konsep pergerakan roket Apollo 11 ini sama seperti berjalan di atas api. Kemalangan akibat radiasi ini muncul apabila manusia terdedah terlalu lama dengannya sebanyak 200 hingga 1000 ‘rads’ dalam tempoh beberapa jam. Tetapi krew Apollo 11 hanya terdedah kurang dari dua jam dan mereka hanya terdedah sebanyak 18 ‘rads’ sahaja (masih dalam lingkungan yang selamat). Pihak NASA juga sudah membuat persiapan dalam memastikan roket Apollo 11 ini kebal daripada radiasi tersebut.

4- Batu Bulan (Rock Moon)

sumber: orlando sentinel

Antara bukti yang mengukuhkan lagi hujah mereka ialah dengan membawa balik serpihan batu dari Bulan ke Bumi. Krew Apollo 11 telah membawa pulang lebih kurang 382 kilogram (842 pounds) untuk dikaji oleh para saintis di beberapa negara. Kesemua ujian telah membuktikan bahawa batu tersebut memang datang dari Bulan.

5- Bekas Tapak Kaki Di Bulan

sumber: nasa

Di bumi, bekas tapak kasut atau tanda lain mudah dihilangkan dengan angin, hujan dan aktiviti di permukaan lain yang berlaku di planet dengan suasana, lautan dan hidupan. Tetapi di Bulan, tidak ada satu pun keadaan yang dinyatakan, telah menyebabkan jejak kaki tersebut kekal sehingga kini. ‘Nasa’s Lunar Reconnaissance Orbiter’, yang telah berada di orbit mengelilingi Bulan sejak tahun 2009 telah mengambil gambar semua tapak pendaratan Apollo dan mendapati jejak kaki angkawan masih ada.

Berkenaan dengan tapak kasut pula, mereka menggunakan kasut di luar untuk berjalan di atas permukaan Bulan dan berbeza dengan kasut yang digunakan di dalam kapal.

 

Mengapa Soviet Tidak Mendukung Teori Konspirasi Bulan?

Walaupun terdapat beberapa teori konspirasi telah dihapuskan, tetapi perkara ini masih popular dan masih disebarkan oleh mereka yang mendukung teori konspirasi Bulan ini.

sumber: false steps

Persoalan yang sering kali dilemparkan kepada mereka yang mendukung teori ini, jika pendaratan ke Bulan itu palsu, mengapa pihak Soviet Union yang berperang dengan Amerika Syarikat dalam Perang Dingin tidak ikut mendukung teori ini?

Sudah terang dan jelas bahawa penjejakkan manusia ke Bulan sememangnya benar-benar terjadi dan disokong pula dengan bukti-bukti yang cukup kukuh.

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Setelah membaca artikel ini, adakah anda rasa Teori Konspirasi Bulan ini masih relevan?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN