Sejak beberapa hari lalu, laman sosial kecoh apabila produk span diberi nama, ‘Apam Che Ta’ yang diusahakan Rozita Che Wan, dikritik netizen atas alasan berbaur lucah.

Melancarkan produk itu bersama teman yang dikenali sebagai Anas, Rozita atau mesra disapa Che Ta, bagaimanapun enggan mengambil peduli kritikan orang.

Sumber:ANAS Cosmetics

Katanya nama Apam Che Ta diinspirasikan dari kuih kegemaran mereka berdua dan tidak mempunyai maksud lain.

Sumber:patyskitchen.blogspot.com

Che Ta berkata, solekan menggunakan span keluarannya dijamin bermutu malah harga yang ditawarkan berpatutan.

 

 

 

Kritikan Netizen Publisiti Percuma Untuk Produk Che Ta

Tidak mahu ambil peduli dengan segala kritikan, Che Ta menyifatkan rata-rata netizen lebih gemar melihat sesuatu dari sudut negatif dan disebabkan itu tidak maju ke hadapan.

Sumber:RotiKaya

Che Ta juga menganggap kritikan netizen merupakan publisiti percuma untuk produknya itu.

Tambah Che Ta, dia merasakan perkara ini agak lucu apabila netizen boleh membayangkan benda lain untuk produk span kecantikannya ini.

Tegasnya, perniagaan seseorang itu tidak akan maju jika sering mengkritik perniagaan orang lain.

Bagaimanapun, Che Ta menerima kritikan netizen itu sebagai perkara yang positif dan tidak perlu melenting.

 

Netizen Anggap Che Ta Guna Taktik Murahan Lariskan Produk

Netizen mengatakan Che Ta menggunakan taktik murahan untuk melariskan produk terutamanya berkaitan penjagaan dalaman wanita atau jamu.

Sumber:rotikaya

Che Ta mempunyai empat jenis produk di bawah syarikat RCW yang akan dijual pada acara itu ialah minyak wangi, jus goyang rapat, pencuci goyang segar dan losyen putih ajaib.

Sumber:Shopee

Selain span solekan, dan penjagaan wanita, Che Ta dan suamninya Zain turut menjual koleksi tas tangan.

Sumber:Astro Awani

Tas tangan yang dinamakan Zapatos X Rozita Che Wan.

Che Ta pula seorang selebriti yang terkenal dengan penggunaan bulu mata yang tebal serta penampilan yang menawan. Itu membuatkan netizen tidak senang duduk dengan kejelitaan Che Ta.

 

Che Ta Mahu Perniagaan Terus Maju

Walaupun Che Ta dikenali sebagai pelakon yang mulutnya agak lantang apabila bersuara, namun apabila melibatkan kritikan perniagaan dia tidak mahu ambil pusing.

Cukup beliau berdiam diri dan terus majukan perniagaan. Beliau pernah mencecah keuntungan sehingga RM80,000 sehari.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapat anda, adakah Che Ta sengaja gunakan nama apam sebagai produk atau netizen yang berfikiran negatif?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN