Nampaknya nasib bekas presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan penyandang jawatan itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bakal diketahui hujung tahun ini melalui mesyuarat agung luar biasa (EGM).

Sumber:Free Malaysia Today

Ini kerana Umno dijangka melakukan pindaan pada salah satu fasal dalam perlembagaannya November depan.

Menurut sumber, peruntukan yang dicadangkan untuk dipinda ialah fasal 9.9 yang akan melucutkan jawatan parti bagi seseorang yang didakwa di mahkamah.

Singkir Najib Dan Pemimpin Lain Demi Pulihkan Umno

Menurut sumber yang dipetik portal Malaysiakini, pindaan ini juga dianggap strategi halus pihak tertentu untuk menyingkirkan Zahid, selain mengetepikan Najib selaku ketua Umno Pekan.

Sumber:The Star Online

Turut berdepan kemungkinan disingkirkan ialah Setiausaha Agung BN, Tengku Adnan Tengku Mansor.

Bagaimanapun menurut sumber terbabit,pindaan ini juga bukan mudah dan ia membimbangkan kerana tindakan itu akan membawa kepada perpecahan Umno disebabkan Najib dan Zahid masing-masing mempunyai pengaruh tersendiri.

Najib pula sekarang ini lebih dikenali sebagai ‘Bossku’ dan mendapat pengaruh daripada anak-anak muda kerana lagak gayanya yang lebih kepada trend anak-anak muda hari ini.

Zahid Perlu ‘Dibuang’ Terus Dari Umno

Nampaknya ada yang kurang senang untuk menarik semula Zahid menerajui Umno.

Kembimbangan itu dizahirkan oleh Ketua Umno Tebrau, Maulizan Bujang. Dia secara terbuka meminta Zahid melepaskan terus kepemimpinan parti itu kepada orang lain.

Sumber:ISMAWeb

Zahid sememangnya menyedari bahawa Umno berdepan risiko perpecahan jika beliau membuat keputusan kembali menerajui Umno.

Jika Zahid kembali sebagai presiden parti itu, maka akan wujudlah team Zahid dan team Mat Hasan.

Masih Ada Yang Sayangkan Zahid

Sususlan kenyataan itu, Pemuda Umno menolak gesaan Maulizan Bujang supaya Zahid terus bercuti atau melepaskan jawatan demi kepentingan parti berkenaan.

Sumber: Malaysiakini

Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kenyataan itu tidak mencerminkan pendirian Umno secara keseluruhan dan sayap itu tidak pernah membincangkan perkara berkenaan status presiden mereka.

Ulasnya, kenyataan itu hanya kenyataan peribadi dan tidak mewakili mana-mana suara akar umi dalam parti berkenaan. Dan Umno tidak akan mengambil kira pandangan tersebut.

Rakyat Sokong Jika Najib Dan Zahid di Keluarkan Dari Parti

Sumber:Bernama.com

Zahid ketika ini menghadapi 47 pertuduhan merangkumi 12 dakwaan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgi milik Yayasan Akalbudi.

Sumber:Kosmo

Manakala, Najib pula, berdepan tuduhan rasuah dan salah guna kuasa berkait dengan 1MDB.

Berhubung kedua-dua pemimpin Umno itu kini berhadapan dengan kes di mahkamah, rata-rata rakyat terutama ahli Umno sendiri menyokong tindakan parti itu meminda perlembagaan bagi ‘membersihkan’ Umno daripada pengkhiananat rakyat.

Mereka tidak mahu Umno yang ditubuhkan sejak 1946 terkubur begitu sahaja. Rata-rata ahli parti itu mahu kedua-duanya dikelaurakan dari parti itu.

Tetapi adakah tindakan itu memulihkan Umno? Dan adakah sisa-sisa pemimpin yang ada dalam aprti itu semuanya bebas dari rasuah?

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah Najib Dan Zahid disingkirkan dalam Umno?
21 votes · 21 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN