Sumber: Free Malaysia Today

Tindakan peguam kerajaan menarik diri daripada inkues yang sedang berjalan menimbulkan persoalan dalam kalangan orang ramai. Ini kerana Syazlin Mansor (peguam) telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan sepanjang tempoh 36 hari inkues bersidang. Malah, beliau sangat agresif dalam mendapatkan keadilan buat arwah Adib tatkala menyoal semua saksi terlibat.

Penarikan diri beliau selaku peguam kerajaan telah menyebabkan tindakan memanggil semula saksi ke-29, Prof Dr Shahrom Abd Wahid, Perunding Kanan Patalogi Forensik di Universiti Kingdom terbatal. Lantas, peguam yang mewakili keluarga Muhammad Adib, Ahmad Taufiq Baharun tidak mempunyai saksi lain untuk dipanggil memberi keterangan.

Dr Shahrom Saksi Penting

Sedangkan Dr Shahrom merupakan saksi penting dalam kes Muhammad Adib. Ini kerana beliau memberitahu mahkamah bahawa Adib mengalami kecederaan selepas ditarik keluar dari kenderaaan Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) dan dipukul semasa berlakunya rusuhan di kuil Seafield pada 27 November lalu.

Sumber: Ohmedia

Memetik laporan Malaysiakini, Syazlin berkata, beliau terpaksa berbuat demikian kerana terdapat perkembangan terbaru dalam inkues berkenaan, tetapi enggan mengulas. Malah, beliau mendakwa keputusan menarik diri merupakan keputusan yang dilakukannya sendiri.

Tarik Diri Kerana Tekanan Dari Pihak Tertentu

Namun berdasarkan sumber lain, difahamkan Syazlin menerima tekanan daripada pihak tertentu menerusi sepucuk surat yang mengarahkan beliau untuk menarik diri.

Dalam masa yang sama, menurut Free Malaysia Today, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) turut menerima tekanan daripada pihak tertentu sehingga menyebabkan wujudnya perbincangan diadakan sebelum arahan dikeluarkan.

Jelas terdapat campur tangan oleh pihak tertantu semasa prosiding sedang berlangsung. Difahamkan surat tersebut dikeluarkan oleh pegawai kanan kerajaan yang berkuasa dalam undang-undang kepada Syazlin.

Sumber: Berita Harian

Respon Menteri

Persoalan tersebut terjawab apabila Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata peranan peguam Syazlin Mansor sudah lagi tidak perlu. Ini kerana peguam negara telah bertindak selaku pihak KPKT dan Jabatan Bomba dan Penyelamat kerana beliau mewakili kerajaan. Justeru khidmat Syazlin sudah tidak lagi diperlukan.

Namun isu berkenaan surat arahan masih menjadi tanda tanya memandangkan Zuraida enggan mengulas dakwaan surat yang ditimbulkan tersebut.

Mendatangkan Persepsi Negatif Masyarakat

Dengan kemelut yang berlaku ketika ini sudah pasti bakal merencatkan siasatan inkues Adib yang sedang berlangsung di mahkamah. Persoalan yang timbul, kenapa selepas berbulan inkues ini berlangsung, baru peguam negara ingin bertindak?

Sumber: Kosmo

Adakah atas faktor teknikal atau faktor lain yang menyebabkan beliau terpaksa bertindak? Sedangkan Syazlin mempunyai rekod yang baik sepanjang 36 hari inkues berlangsung. Yang pasti, pertukaran peguam disaat-saat akhir telah memberi persepsi negatif terhadap inkues ini.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda tentang isu ini?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN