Bahasa menunjukkan bangsa dan bahasa merupakan jiwa bangsa kerana fungsinya bukan sekadar menjadi alat komunikasi tetapi sebagai interaksi di antara penuturnya.

Namun, penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan rakyat Malaysia kini semakin disisihkan walaupun pelbagai usaha telah dilakukan.

sumber: lobak merah

Menerusi artikel daripada lobakmerah.com, baru-baru ini Vivy Yusof merakam sebuah video yang mencabar dirinya untuk bercakap dalam Bahasa Melayu sepanjang sehariannya.

Video yang dirakamnya itu mendapat pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak dan rata-rata mengecam apa yang dilakukan olehnya itu.

 

“Orang Luar Negara Lebih Fasih Berbahasa Melayu”

Mereka yang mengikuti perkembangannya di media sosial pasti mengetahui bahawa Vivy dan keluarganya sememangnya menggunakan bahasa Inggeris untuk berkomunikasi dalam kehidupan seharian.

sumber: says

Krebilitinya sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM dipetikaikan kerana dia dikatakan tidak mampu bertutur dalam bahasa Melayu dengan fasih walaupun merupakan seorang yang berbangsa Melayu dan menetap di Malaysia.

Berikutan hal ini, netizen sanggup membuat perbandingan dengan mereka yang menetap di luar negara dan juga yang bukan warganegara Malaysia mampu bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik serta dalam masa yang sama mampu menguasai banyak bahasa.

Antara contoh yang diberikan golongan netizen ialah lelaki dari United Kingdom yang sudah lama menetap di Malaysia iaitu Rhys William yang terkenal dengan rancangan makanan dan juga kanak-kanak cilik yang menetap di Birmingham, United Kingdom iaitu Fatima.

 

Sikap Malu Untuk Bertutur Bahasa Melayu

Jika diteliti, masyarakat di bandar terutamanya, lebih gemar menggunakan pertuturan dalam bahasa Inggeris dan bahasa rojak berbanding menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya. Mengapa keadaan sebegini boleh berlaku?

Adakah dengan menggunakan bahasa Melayu bercampur bahasa Inggeris akan menampakkan mereka ini seorang yang lebih intelek? Bukan itu sahaja, lebih ketara lagi jika dalam perniagaan di Malaysia yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dan bahasa Mandarin menjadi bahasa kedua walaupun hanya berkomunikasi dengan rakyat Malaysia.

sumber: malaysiagazette

Menurut pandangan oleh tokoh budaya dan bahasa, Profesor Emeritus Datuk Dr Nik Safiah A. Karim mengatakan perlunya seseorang itu memantapkan penguasaan bahasa ibundanya terlebih dahulu sebelum menguasai bahasa lain.

Secara tidak sedar, menjadi satu kerugian buat pelajar asing dari luar negara yang mempelajari bahasa Melayu kerana mereka tidak dapat menggunakannya sebagai satu peluang pekerjaan sebagai penterjemah jika orang Malaysia sendiri malu untuk menggunakan bahasa Melayu.

 

Sekurang-Kurangnya Vivy Berani Mencuba

Cabaran yang dilakukan oleh Vivy itu juga menerima pujian dan bagi mereka tidak salah untuk mencabar diri dalam bertutur dalam bahasa Melayu kerana masyarakat di bandar sendiri sudah terbiasa dengan penggunaan bahasa rojak.

Walaupun sesetengah pihak mengatakan Vivy hanya seperti ‘buat-buat’ tidak fasih berbahasa Melayu, tetapi dalam masa yang sama dia tidak malu untuk menggunakannya. 

Memang tidak dapat dinafikan penggunaan bahasa Inggeris amat penting untuk dikuasai sebagai bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa tetapi dalam masa yang sama tidak boleh mengetepikan bahasa ibunda sendiri dan menganggap penuturnya sebagai ‘tiada kelas’.

Jika bangsa Melayu sendiri menolak bahasanya, sukar bagi kita untuk menyuruh orang lain menggunakan bahasa Melayu kerana orang Melayu juga tidak mahu mempelajari dan menggunakan bahasanya sendiri.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa kata anda?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN