Semalam, beberapa kawasan di ibu kota terjejas teruk akibat kejadian banjir kilat yang melanda beberapa kawasan antaranya terowong di Jalan Tun Razak, Jalan Pudu Ulu, Jalan Cheras, Jalan Pudu Perdana, Jalan Datuk Keramat, Jalan Wirawati dan kawasan berhampiran PPR Hiliran Ampang.

Hujan lebat yang bermula dari jam 4 petang semalam turut mengakibatkan sebuah kereta ditenggelami air sedalam hampir satu meter akibat banjir kilat di terowong Jalan Tun Razak.

Dalam kejadian banjir itu, Skuad Penyelamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu.

Sumber: Berita Harian

Kejadian banjir luar biasa yang melanda ibu kota semalam turut menjadi tular di media sosial dengan ada yang menyiarkan gambar palsu yang mengatakan bahawa keseluruhan terowong Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) ditenggelami air.

Bagaimanapun, gambar yang tular tersebut disangkal oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad yang mengatakan bahawa gambar mengenai kejadian tersebut adalah tidak benar.

Isu banjir kilat ini bukan kali pertama berlaku, malah sebelum ini, setiap kali hujan lebat, beberapa kawasan di ibu kota pasti akan dinaiki air dengan cepat hingga menyebabkan ribuan kenderaan terperangkap akibat kejadian itu.

 

Banjir Kilat Disebabkan Taburan Hujan Luar Biasa Atau Sistem Saliran Longkang Tersumbat?

Sumber: Utusan Malaysia

Melihat kepada beberapa gambar yang tular di media sosial sejak petang semalam, pasti ramai yang tertanya-tanya apakah punca kejadian banjir kilat yang melanda ibu kota itu.

Adakah disebabkan taburan hujan yang luar biasa atau disebabkan sistem saliran longkang yang tersumbat akibat kerja-kerja pembinaan menyebabkan longkang tidak dapat menampung aliran air dengan sempurna.

Sumber: Kosmo

Selain itu, tidak dinafikan juga taburan hujan luar biasa selama lebih dua jam itu turut sama menjadi punca kepada berlakunya kejadian banjir kilat sekaligus menyebabkan beberapa kenderaan ditenggelami air.

Dalam perkara ini, Khalid Samad mengakui projek pembangunan yang sedang giat berjalan di sekitar ibu kota turut sama menjadi punca kepada kejadian banjir kilat tersebut.

Sumber: The Sun Daily

Walaupun sistem perparitan di DBKL telah dinaiktaraf bagi mengatasi masalah banjir ditambah pula dengan lima projek tebatan banjir yang melibatkan beberapa kawasan di ibu negara, namun masalah banjir kilat sehingga kini dilihat tidak menemui jalan penyelesaian walaupun kerajaan terpaksa menelan hampir 14.22 juta untuk mengatasi masalah banjir.

 

Kementerian Wilayah Persekutuan Pertimbang Denda Kepada Kontraktor

Memang tidak dapat dinafikan bahawa sampah sarap serta sisa projek pembangunan mega menjadi antara punca utama berlakunya banjir kilat di Kuala Lumpur.

Sumber: Harian Metro

Melihat kepada permasalahan itu, Kementerian Wilayah Persekutuan kini sedang memikirkan tindakan terbaik termasuk dengan mengenakan denda ke atas kontraktor jika didapati kerja pembinaan yang mereka lakukan menghalang atau menyekat saliran air.

Apabila melihat kembali kepada cadangan itu, ada baiknya juga kerana banyak kontraktor dilihat lepas tangan melakukan projek pembinaan hingga tidak menyedari kegiatan mereka itu boleh mengundang kepada kejadian banjir.

Akibat dari itu, Kementerian Wilayah juga turut sama bercadang langkah bercadang menetapkan kontraktor di mana mereka perlu menguruskan sendiri sebarang masalah yang menjadi punca kepada sistem perparitan tersumbat.

Sebelum ini juga, Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata pihaknya juga akan mengawasi tapak projek dengan lebih teliti dan memikirkan cara untuk mendenda kontraktor sekiranya terbukti kerja-kerja mereka menyekat saluran air.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah tindakan mengenakan denda kepada kontraktor projek pembinaan mampu menyelesaikan kejadian banjir kilat di ibu kota?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN