Semalam, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekali lagi menghina mahkamah apabila didakwa mengambil gambar ketika prosiding kes pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd yang dihadapinya sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sumber: Sinar Harian

Najib dilihat bermain-main dengan telefon pintarnya ketika saksi pendakwaan ke-30 sedang memberi keterangan.

Keadaan itu tidak disedari Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang ketika itu sedang mendengar percakapan peguam bela, Tan Sri Shafee Abdullah.

 Najib dilihat menghidupkan kamera pandang depannya seolah-olah mahu merakam swafoto dan dalam masa yang sama merendahkan telefon bimbitnya sambil melihat paparan pada skrin.

Apa yang lebih panas, tindakan Najib yang dikatakan sengaja berswafoto itu telah dilaporkan portal berita ‘The Edge’ yang ketika itu sedang menyaksikan perbicaraan.

Bukan setakat The Edge, laporan Malaysiakini dan Utusan Malaysia juga menerbitkan beberapa laporan yang hampir sama mengenai tindakan Najib itu.

 

Najib Nafi Berswafoto

Mengikut wartawan yang duduk berhampiran Najib, mereka dapat melihat bahawa wajah beliau terpapar di skrin kamera.

Dari sudut pandangan Malaysiakini di galeri awam pula, mereka melaporkan tidak jelas sama ada bekas perdana menteri itu mengambil swafoto atau membuat rakaman. 

Laporan The Edge pula mengatakan Najib mengambil swafoto dengan muka yang berkerut.

Gambar sekadar hiasan

Selain itu, Utusan Malaysia pula melaporkan Najib dilihat telah ‘zoom in’ keadaan di bahagian hadapan mahkamah yang menempatkan barisan pendakwaan, pembelaan, jurubahasa mahkamah dan juga hakim sebelum merakam gambar.

Setelah beberapa laporan media disiarkan, pendakwa ‘ad hoc’ Datuk V. Sithambaram dilihat membangkit isu berkenaan dengan meminta mahkamah mengeluarkan perintah atau garis panduan berikutan laporan media yang mengatakan Najib telah mengambil swafoto semasa perbicaraannya.

Bagaimanapun, Najib menafikan dakwaan itu dengan mengatakan bahawa beliau menggunakan telefon bimbitnya sebagai cermin untuk memeriksa penampilan dirinya.

Tidak dapat dipastikan pihak mana yang betul tetapi sehingga ke hari ini tiada paparan gambar dimuat naik di mana-mana akaun sosial media milik Najib andai kata beliau sengaja berswafoto.

 

 Shafee “Nasihat” Media

Setelah isu itu dibangkitkan, Ketua peguam bela Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menyifatkan laporan media itu sebagai melampaui batas dan langsung tidak mempunyai nilai berita.

Sumber: The Star Online

Dalam masa yang sama, beliau juga menegaskan bahawa laporan itu sama sekali tidak disenanginya dan mengulas tindakan wartawan itu sebagai bosan mengikut prosiding mahkamah sehingga tiada perkara lain yang boleh ditulis.

Malah, Shafee juga sempat “menasihat” wartawan untuk tidak berperangai sepert “orang estet” dan meminta mahkamah untuk turut mengeluarkan peringatan kepada wartawan supaya tidak menulis artikel yang tidak benar.

Bagaimanapun, Hakim Nazlan berkata ianya tidak perlu kerana wartawan terikat dengan kod etika mereka sendiri.

 

Mahkamah Perlu Ketatkan Peraturan!

Gambar sekadar hiasan

Mengikut etika peraturan mahkamah ketika prosiding terbuka, seseorang itu tidak dibenarkan mengambil rakaman atau gambar ketika perbicaraan sedang berlangsung.

Sekiranya benar Najib telah melanggar peraturan mahkamah, mungkin selepas ini mahkamah perlu bertindak dengan lebih tegas lagi dengan melakukan pemeriksaan terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar peraturan tersebut.

Mungkin selepas ini Najib boleh terlepas tetibe sekiranya beliau melakukan kesalahan yang sama, maka tindakan undang-undang sama sekali wajar dikenakan ke atas diri beliau kerana sama sekali telah melanggar Peraturan Mahkamah Terbuka.  

 

Peraturan Mahkamah Terbuka 

Seseorang itu perlu berada di dalam bilik bicara sebelum jam 9 pagi atau pada masa yang telah ditetapkan oleh mahkamah.

Apabila Hakim atau Majistret masuk dan meninggalkan bilik bicara, semua di dalam bilik bicara perlu bangun dan tunduk hormat.

Selain itu, ketika prosiding sedang berjalan dan nama anda dipanggil oleh jurubahasa, anda perlu tampil ke hadapan.

Apa yang paling penting, ketika bersidang sedang berjalan, setiap orang perlu beri sepenuh perhatian dan dilarang sama sekali untuk membuat bising.

Sumber: oding-kn.blogspot.com

Sekiranya hendak masuk dan keluar dari mahkamah yang sedang bersidang, anda juga perlu tunduk hormat.

Dalam masa yang sama, kanak-kanak adalah dilarang sama sekali untuk dibawa masuk ke dalam bilik bicara kecuali diarahkan oleh mahkamah.

Mereka yang hadir di dalam bilik bicara adalah dilarang membawa masuk sebarang jenis senjata. Sebarang rakaman sama ada dalam bentuk audio atau visual juga adalah tidak dibenarkan yang mana telefon bimbit serta alat elektronik lain hendaklah dimatikan.

 

 

Antara Kesalahan Melanggar Peraturan Mahkamah Yang Najib Pernah Lakukan

Ini bukan kali pertama Najib melanggar peraturan mahkamah.

Sebelum ini, pada 15 Mac lalu, Najib pernah hilang seketika apabila beliau keluar ke tandas tanpa memberitahu sesiapa termasuk peguamnya.

Pada 18 Mac pula, seorang anggota polis terpaksa mengejutkan Najib yang terlena ketika kesnya sedang berlangsung di hadapan tiga panel hakim Mahkamah Rayuan di Putrajaya.

Namun katanya, tindakan itu bukan tidur tetapi cuma tutup mata sahaja.

Pada 22 April lalu, bekas pegawai khas Najib, Isham Jalil pula mencetuskan kontroversi dengan memuat naik klip video prosiding mahkamah ke halaman Facebooknya. Bagaimanapun, Isham kini di bawah siasatan polis.

Dan yang terbaru, 9 Mei, Najib didakwa berswafoto pula.

Jadi, apa pandangan anda? Adakah ini salah satu cubaan untuk menangguhkan kes sekali lagi?

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah pihak mahkamah mengetatkan lagi peraturan mereka terhadap mana-mana individu yang didapati telah melanggar Peraturan Mahkamah Terbuka ini?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN