Sudah pasti ramai yang sudah menonton filem terbaru daripada Marvel Cinematic Studios iaitu Avengers: Endgame dan tidak sabar untuk menonton bagi yang belum lagi menontonnya.
Kehangatan filem yang mula ditayangkan pada 24 April 2019 di pawagam Malaysia sudah pasti pelbagai cerita menarik dan gelagat penonton yang boleh dikongsikan di laman sosial.
Pesanan Khas Buat Peminat
Sudah pasti ramai yang menantikan filem Avengers: Endgame ini setelah sekian lama mengikuti perjalanan timeline dari filem Iron Man lagi.
Namun, The Russo Brothers yang hampa dengan kejadian di mana klip terakhir filem tersebut dikatakan telah bocor telah menyeru kepada orang ramai agar tidak terus menyebarkan klip tersebut menerusi sepucuk surat.
#DontSpoilTheEndgame pic.twitter.com/YZhbrwcijJ
— Russo Brothers (@Russo_Brothers) April 16, 2019
Di laman Twitter rasminya dengan tanda pagar #DontSpoilTheEndGame dan meminta orang ramai supaya tidak merosakkan penantian peminat filem tersebut yang sudah membeli tiket.
Screenshot. Share. #DontSpoilTheEndgame pic.twitter.com/Y5l6oS5QKx
— Russo Brothers (@Russo_Brothers) April 23, 2019
Meran Sudah Bersuara
Tidak melepaskan peluang yang ada, di laman instagram Amran_fans77 yang lebih dikenali dengan Meran juga membuat kenyataan di mana mengapa ramai yang meroyan bila ada spoiler filem ini.
Soalnya, adakah dengan membaca ‘spoiler’ di media sosial tentang jalan cerita filem itu sudah membuatkan kita berasa seperti menonton filem tersebut secara terus?
Katanya, kalau seseorang yang betul-betul menghayati jalan cerita filem tersebut, mesti akan ke panggung wayang untuk menonton sendiri filem tersebut tanpa menghiraukan dan mempercayai apa yang ditularkan.
Tambahnya lagi, jika disebabkan terbaca tulisan di media sosial sudah membuatkan anda tidak ada mood untuk tonton di wayang, lebih baik semua poduksi filem tidak perlu bersusah payah dalam menghasilkan filem, sebaliknya menerbitkan novel sahaja yang tidak menelan kos yang banyak.
Bersama-Sama Menjaga Etika
Perlu ingat, bukan kita sahaja yang teruja dengan filem yang ingin ditonton, semua orang sudah pasti merasai perkara yang serupa dan perkara yang perlu diambil berat ialah soal etika ketika menonton wayang.
Tidak dinafikan, menonton filem di panggung wayang merupakan satu aktiviti santai dan untuk bersuka ria bersama rakan-rakan namun kita perlu ingat ada orang lain juga yang menonton bersama kita.
Walaupun sudah banyak video-video kesedaran yang menekankan tentang etika menonton wayang ini tetapi kita perlu sentiasa ada budaya sentiasa mengingati antara satu sama lain.
Antara etika ketika menonton wayang ialah tidak bercakap ketika filem sudah dimainkan, menukar telefon bimbit kepada mod senyap, elakkan membawa anak kecil untuk filem yang dirasakan tidak sesuai untuk mereka dan yang paling penting ialah masuk awal sebelum filem bermula.
Perancangan Marvel Selepas Endgame
Setelah tamat filem Avengers: Endgame ini, pasti ramai yang tertanya apakah perancangan Marvel selepas ini.
Untuk selanjutnya, Marvel akan memperkenalkan karakter-karakter baru dan setakat ini, projek rasmi yang dikeluarkan oleh Marvel selepas Avengers: Endgame cuma Spider-Man Far From Home.
Filem seperti The Eternals, Black Widow, Chloe Zhoa dan Cate Shortland sudah siap didaftarkan dan segala saringan sudah selesai dan tarikh pengambaran untuk semua filem ini belum ada sebarang info dari Kevin Feige.
Marvel Studios mungkin masih beum bersedia untuk membuat sebarang teaser tentang rancangan mereka selepas The Infinity Saga dan kemungkinan akan didedahkan ketika filem Spider-Man Far From Home.
KATA ORANG
Mintak2 la takde budak2 bising dlm wayang esok...Org besar pon same please jangan tepuk tangan or jerit dlm wayang control excited tu k
— SYED AD4M (@ThisManAintSoft) April 25, 2019
#DoneWatching . Memang wow. Cuma yang paling tak best part awal tu la. Memang huh. Lampu wayang tak tutup la pulak. Pastu ada budak lak dok bising. Last tu nangis nak balik. Huh. Yang couple sebelah bini aku dok tanya "sapa ni" dah tu dok buat benda tak elok dalam wayang lak. Huh pic.twitter.com/W5R3HDqpt6
— Zakhwan Roslee (@seorangzakhwan) April 25, 2019
Kalau bawak anak kecil tengok wayang, bila dia buat bising, terus bawak anak keluar. Anak menangis, bawak keluar terus, bukan pujuk dalam hall. Jangan mengganggu orang lain.
— Fadzlie Noor (@fadzlie) April 25, 2019
Went to 9.30 p.m. today, some kids around.. dah risau.. no disturbance from kids tapi ada dua manusia yang tak silent phone, ringing. Sorang terus off, sorang boleh sembang dalam tu jugak!
— YDY (@yasmindahlia) April 24, 2019